PUFF PASTRY WITH SAVOURY FILLING ( INTI DAGING )

ASSALAMUALAIKUM...

puff pastry inti daging

Seperti biasa entri dalam draft. :D Lama sangat dah tak buat puff pastry berintikan macam ni. Tak tahulah kenapa. Mungkin sebab renyah nak buat ke hihi.. alasan kan tapi puff pastry tu pun beli yang ready made. Nak masak inti tu kena rajin sikit. Tapi ini memang favourite tak kisah lah inti apa kat dalam, inti sardin ke pun boleh.


Mula - mula sekali kena ada inti. Yang ini inti daging cincang, resepi boleh baca kat bawah sekali ya.


Puff pastry beli yang double size empat segi. Tapi untuk sekeping ini dapat 4


Letak lah inti kat tengah, rujuk gambar di atas


Macam- macam style boleh buat, atas kreativity masing - masing. Wani buat yang simple lipat 2 lepas tu tekan - tekan dengan garfu tak nak bagi inti keluar.


Kejadian rupa selepas bakar. So puffy and golden brown. Makan panas - panas minum air kopi.


PUFF PASTRY DENGAN INTI DAGING

BAHAN-BAHAN

250 gm daging / ayam cincang  ( kalau nak banyak tambah
puff pastry secukupnya ( boleh beli cap kawan )
1 sudu besar rempah kari daging
1/2 labu bawang kuning didadu
3 tangkai lada burung di hiris halus
daun sup secukupnya dihiris halus
garam secukupnya


CARA- CARA

1. Panaskan sedikit minyak,  masukkan bawang kuning, tumis sampai naik bau dan masukkan daging cincang.
2. Kacau mesra sekejap boleh masukkan rempah kari daging dan tumis sampai naik bau
3. Kemudian, masukkan lada burung dan daun sup. kacau rata sekejap dan terus tutup api. Perasakan dengan garam
4. Kalau nak simpan dulum boleh letak dalam peti untuk guna keesokan hari.
5. Sekarang nak isi inti ke dalam puff pantry senang jerr. Rujuk gambar ya.
6. Puff pastry kemudian di tekan sekeliling tak nak bagi inti keluar. Tekan dengan garfu.
7. Boleh glazekan atas permukaan puff pastry dengan kuning telur nak bagi berkilat sikit.
8. Loyang alas dengan baking paper ya. Panaskan oven dalam 180 C selama 10 minit.
9. Puff pastry kena bakar suhu tinggi, sebab nak suruh puffy. Bakar dalam 20 - 25 minit. sampai nampak keperangan kat atas tu tapi jangan sampai hangus.

4 Comments

  1. Inti savoury tu rupanya inti daging, menu sedap buka puasa ni

    ReplyDelete
  2. Sedapnya.. terus rasa lapar.. kikiki..

    ReplyDelete
  3. wowww sedappnyaa..ain terus terase lapar.

    ReplyDelete
  4. sedap nyer ni :)
    aida ada buat jugak.
    tapi tak secantik wani punyer ha ha ha...

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post