4 LANGKAH PENJAGAAN HARIAN KULIT WAJAH

ASSALAMUALAIKUM...

4 langkah penjagaan harian  kulit wajah

4 langkah penjagaan harian kulit wajah || Bagi wanita, kulit wajah adalah salah satu aset yang penting untuk dijaga dan dibelai supaya kulit kelihatan cantik dan berseri. "Cantik" di sini bermaksud memiliki kulit yang sihat bebas daripada jerawat, jeragat, liang pori besar serta masalah kulit yang lain.Sebenarnya, banyak masalah kulit yang kita kurang ambil tahu.  Ingat kulit muka pun tak bermasalah ke ?  Masalah - masalah seperti ini boleh menghantui wanita kerana ia membuatkan hilang keyakinan diri untuk berdepan dengan orang lain. Kalau tanya korang pun, agak-agak bahagian paling penting nak dijaga mesti kulit wajah kan, :D.

Berbalik kepada perkongsian hari ini, Wani nak berkongsi dengan pembaca semua empat langkah penjagaan harian kulit wajah yang Wani gunakan. Sudah setahun lebih dah setia bersama produk Nurraysa. Lama dah peram gambar ni, mana tahu nanti packaging bertukar yang baru.Setakat ini, masih lagi packaging yang lama. Alhamdulillah makin lama makin banyak perubahan di kulit wajah sendiri. Kalau sebelum ini, tengok rupa orang lain yang cantik, kita sendiri pun tertanya - tanya bila nak cantik macam dia, tapi lama- lama bila tengok muka sendiri macam tak percaya pulak hihi.

Kalau ikutkan, Wani jenis seorang yang susah juga nak bertukar skincare. Tak berapa suka sebenarnya. Tapi kadang- kadang terfikir - fikir adakah skincare yang digunapakai ini selamat atau tidak ?. Soalan tu la yang menghantui dalam kepala. Lebih - lebih lagi  terbaca info pasal krim - krim merbahaya, pasal ciri - ciri krim yang ada bahan kimia berbahaya untuk kulit. Kadang - kadang tengok krim yang dipakai. Tertanya diri sendiri, Krim aku pakai ni selamat ke tidak ? Kalau dulu, biasanya memang Wani jenis pakai krim siang dan juga krim malam.

Bila dah terbiasa kan, sebut nama skincare mesti nak ada krim siang dan juga krim malam. Betul tak ? Selepas itu, baru ambil keputusan nak tukar skincare yang lain, Jadi Wani pilih nak pakai Set skincare Nurraysa. Nak boleh ke tukar skincare ini, asyik baca tauu testimoni orang lain. Bukan main terjah macam tu jerrr hihi.. Nampak feedback yang pengguna pakai pun macam menjadi. Baca lagi pasal bahan- bahan yang ada dalam setiap item dalam skincare Nurraysa. Nampak macam menyakinkan, terus order satu untuk percubaan.

SET SKINCARE NURRAYSA 

Untuk pengetahuan semua, set skincare Nurraysa terdiri daripada 4 item sahaja. Rujuk gambar di atas, Sabun tu sepatutnya kecik jerr saiz tapi dah habis, Jadi, pergi letak Sabun yang besar sebab nak ambil gambar :). Item yang ada dalam satu kotak skincare ini ialah :

1.Sabun collagen

2. Treatment Serum

3. Miracle whitening spray

4. Uv cream

Nanti nak cerita satu - satu ya. Sebelum itu, diri sendiri memang ada masalah dengan kulit muka, seperti tona kulit tak sekata, kusam, pigmentasi, liang pori yang besar, dulu - dulu kuat juga make up hihi, sebab nak tutup segala kecacatan yang ada pada muka. Zaman rajin nak make up, Sekarang ni dah zaman kematangan bukan tak makeup langsung, tapi lebih kepada natural make up.Lebih lagi kulit muka dah cantik tak macam dulu asbab Nurraysa :D. Puji diri sendiri sikit.

Sebab kenapa tertarik dengan set skincare Nurraysa ? sebab ia tak ada krim malam tapi digantikan dengan miracle whitening spray. Menarik kan. Spray- spray jerr ,tak payah tempek- tempek krim malam - malam. Mesti korang pun jenis malas jugak kan nak tempek krim bagai ni :D. Sebab itu, dah macam breakthrough dalam dunia skincare dah tak guna pakai krim malam. Satu lagi, yang selalu dipanggil krim siang dah digantikan dengan serum.

Kalau dah habis pakai ke semua set trial ini, jangan risau boleh beli untuk loose item yang lagi besar saiznya.


1. SABUN COLLAGEN 

Wani dah setahun lebih dah setia dengan Nurraysa, sayang pula kalau tak kongsikan testimoni sendiri kat blog. Bercakap tentang skincare, pemilihan skincare sangat penting yang betul - betul sesuai dengan kulit muka kita. Dan juga kalau betul - betul nak tukar skincare, kena betul -betul berterusan pakai dalam 3 bulan, tengok ada keserasian atau tidak dengan kulit. Dan yang penting kena konsiten guna, jangan pakai 2 minggu dah cepat mengalah sebab macam tak nampak kesan. Nampak sangat nak cepat, kita pilih skincare bukan nak cepat putih ya, kita nak merawat kulit

Sabun kolagen adalah item paling utama. Kulit Wani jenis berminyak,  paling suka sabun nurraysa sebab ia tidak menggelupas kulit. Bau pun wangi, Sabun yang mampu merawat masalah kulit, bukan sahaja untuk muka malah keseluruhan badan. Lagipun, bertambah yakin sebab bahan- bahan utama dalam sabun nurraysa ini terdiri daripada minyak zaitun, extra virgin lagi tau.. perahan pertama. Susu kambing, kolagen. Susu kambing dan kolagen pun sudah diketahui memang banyak khasiatnya untuk kulit.

Pada peringkat permulaan , memang ada tindak balas sikit dengan kulit muka.  Disebabkan sabun ini berfungsi untuk merawat kulit dari dalam, ia bergantung kepada keadaan kulit muka kita. Dalam setahun lebih dah guna secara konsisten, kulit muka makin flawless, liang pori pun tak besar macam dulu, kulit muka pun halus mulus jerr :D, parut jerawat pun makin pudar. Suka sangat.



2. TREATMENT SERUM 

Sebenarnya,satu lagi sebab Wani nak lari daripada segala jenis krim - krim.hihi.. Terasa macam takut terbayang krim timbang kilo tu. Kalau korang nak tahu serum ialah cairan yang mengandungi formula zat aktif yang berguna untuk memperbaiki struktur kulit.

Bagi Wani, walaupun memakan masa untuk kulit pulih sepenuhnya, tapi sangat berpuas hati sebab nampak kesan. Fungsi serum ini, ia bertindak untuk melawan tanda - tanda penuaan seperti tompok - tompok hitam, kulit kusam dan liang pori pun mengecil.

Serum ini tak melekit ya, sedap pakai sapu rata pun mudah dan diserap cepat pada kulit wajah.


3. MIRACLE WHITENING SPRAY

Untuk set skincare ini, krim malam memang tak ada ya dah digantikan dengan miracle whitening spray. Dah upgrade sikit. Tak ada dah istilah tempek - tempek krim malam - malam, hanya spray dan sapu rata.

Selepas sapu rata dengan serum, boleh spray dan sapu rata keseluruhan muka.



4. UV CREAM 

Nak lengkap lagi, kena pakai uv cream, selepas pakai serum. UV cream sangat penting untuk melindungi kulit daripada sinaran matahari. Wani pakai best smooth jerr, Nak lagi best basahkan span dengan air dan ratakan, lagi nampak cantik.

Itu sahaja 4 basic penjagaan harian kulit muka yang Wani pakai menggunakan produk Nurraysa. Tak banyak pun. Yang penting ke semua produk ini disahkan oleh KKM, jadi tak ada rasa was - was. Bila dah habis skincare trial ini, Wani sambung beli loose item sampai lah sekarang. Alhamdulillah tak perlu risau dah kulit muka cantik dah :D..Dari pakai uv cream, Wani dah beralih pakai bedak DD Nurraysa sahaja. lagi best.. InsyaAllah konsisten pakai, korang akan nampak hasilnya. Kalau jerawat naik seketul dua jarang- jarang, itu biasa lah tanda kulit sihat. jangan tak naik jerawat langsung, lagi serammmm pulak. hihi.

Cuma yang penting kat sini, sekiranya korang dah ambil keputusan nak bertukar skincare, pastikan pilih skincare yang bahan - bahan dalam skincare adalah selamat digunakan. Kalau dulu, wani cari skincare lain sebab nak lari daripada istilah krim - krim.

Satu lagi, korang kena jaga pemakanan yang diambil. Itu pun mempengaruhi keadaan kulit muka, jangan mengharapkan pakai skincare semata- mata. Kita nak cantik luaran dan dalaman, jadi dalaman kena jaga juga. Nanti Wani pun nak kongsikan minuman jus yang sihat pula ya yang biasa Wani minum. Entri lain kali lah ya. Panjang sangat dah entri kali ini.

Kalau sesiapa yang nak beli produk nurraysa ini, boleh whatsaap di nombor 0129823590. Sedia membantu. :)



7 Comments

  1. dari sehari nak try produk Nurraysa nih.. sebab tertarik dengan iklan APA SA ? hee~ nanti la habiskan stok skincare yang ade nih.. lepas tu laju2 kite pergi beli..

    ReplyDelete
  2. Set yang menarik.. Iklan dia pun memikat..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, Ibu singgah blog walking ke blog sis Wani. Orang perempuan memang wajib jaga penampilan

    ReplyDelete
  4. sesuai bg mereka yang masih belum jumpa pencuci muka yang sesuai. hehe

    ReplyDelete
  5. teringin jgak nk try produk ni,,heee

    ReplyDelete
  6. Best pakai produk Nurraysa ni. Mesra solat ciktie dah try. Memang puas hati

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post