PENGUMUMAN TARIKH PENTING UNTUK PILIHAN RAYA KE 14

ASSALAMUALAIKUM...

PRU 14


Segala persoalan telah terjawab setelah sekian lama rakyat Malaysia menantikan debaran bilakah tarikh penting untuk PILIHAN RAYA UMUM KE 14 nanti. Ke semua informasi telah dikreditkan di http://www.spr.gov.my/ . Informasi tentang pilihan raya pun perlu ambil tahu juga ya.

URUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE-14 (PRU-14)

1. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah menerima Perisytiharan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong berhubung pembubaran Parlimen Penggal Ke -13 pada 7 April 2018 dan diikuti oleh pemakluman rasmi oleh Speaker Dewan Rakyat berhubung dengan Pembubaran Parlimen Penggal Ke-13 serta Speaker-Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi semua Negeri dan DUN-DUN bagi semua Negeri.

2. Sehubungan dengan itu, SPR telah mengadakan Mesyuarat Khas berkaitannya pada hari ini dan menetapkan bahawa satu Pilihan Raya Umum Ke-14 perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh Pembubaran Parlimen Ke-13. Bagi maksud menjalankan Pilihan Raya Umum Ke-14 ini, SPR telah menetapkan tarikh-tarikh seperti yang berikut:

TARIKH KELUAR WRIT11 APRIL 2018 (RABU) 

HARI PENAMAAN CALON : 28 APRIL 2018 (SABTU)

HARI MENGUNDI AWAL : 5 MEI 2018 (SABTU) 

HARI MENGUNDI : 9 MEI 2018 (RABU)

3. Tempoh berkempen yang ditetapkan adalah 11 hari, bermula pada
hari Penamaan Calon sehingga pukul 11.59 malam 8 Mei 2018.

4. Bagi menjalankan proses PRU14 ini, SPR telah melantik 222 orang
Pegawai Pengurus Pilihan Raya. Manakala untuk tujuan memantau
semua aktiviti kempen pilihan raya sepanjang tempoh rasmi berkempen,
SPR juga menubuhkan 445 Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan
Raya (PP-KPR).

5. Pada pilihan raya ini, seramai 259,391 orang petugas dilantik
daripada kalangan orang awam untuk pengendalian proses PRU-14.
Manakala sebanyak 8,989 buah premis bangunan akan digunakan
sebagai Pusat Mengundi yang mengandungi kesemuanya 28,995 Tempat
Mengundi (Saluran) dan dianggarkan memerlukan belanjawan sebanyak
RM500 JUTA.

6. Daftar Pemilih Pilihan Raya PRU14 yang akan digunakan untuk PRU-
14 adalah sehingga Suku Keempat Tahun 2017. Daftar Pemilih tersebut
mengandungi 14,940,624 orang pemilih berdaftar yang terdiri daripada:

Pemilih Biasa 14,636,716 orang

Pemilih Awal (Tentera dan Pasangan/
Polis ) 300,255 orang

Pengundi Tidak Hadir Luar Negara 3,653 orang

7. Daftar Pemilih Pilihan Raya akan mula dijual pada 16 APRIL 2018.
Para pengundi boleh membuat semakan Daftar Pemilih untuk mengetahui
maklumat pusat mengundi dan saluran mengundi mereka melalui Laman
Web SPR (www.spr.gov.my) atau melalui aplikasi MYSPR SEMAK atau
telefon ke talian 03-88927018 atau melalui SMS 15888 juga mulai 16 APRIL
2018.

8. Pada PRU-14 ini juga, SPR telah menjemput 14 buah negara sebagai
Pemerhati Antarabangsa yang terdiri daripada Badan Pengurusan Pilihan
Raya dari Negara-Negara anggota ASEAN, KOMANWEL, ASIA dan
EROPAH serta sebuah pusat kajian dan sokongan kepada badan
pengurusan pilihan raya yang berpangkalan di Cambridge, United
Kingdom iaitu Malaysian Commonwealth Studies Centre (MCSC).

9. SPR juga turut melantik 14 buah NGO dan Wakil Universiti sebagai
pemerhati tempatan untuk menjalankan pemerhatian ke atas penjalanan
proses PRU14 ini bermula dari hari penamaan calon sehingga keputusan
pilihan raya diumumkan.

10. Pemerhati Antarabangsa dan Pemerhati Tempatan dibenarkan untuk
membuat pemerhatian seperti di dalam pusat penamaan calon, pusat
mengundi awal, pusat mengundi, tempat pengiraan undi dan proses
penjumlahan undi di pusat penjumlahan rasmi undi.

11. Dalam hal ini SPR tidak mengiktiraf mana-mana organisasi dan individu
lain selain yang dilantik oleh SPR untuk memantau dan memerhati proses
PRU-14 ini.

12. Suka saya mengingatkan bahawa Tarikh Tutup Permohonan Undi
Pos Dalam Negara bagi kategori Borang 1A akan ditutup pada 28 APRIL
2018. Manakala Tarikh tutup bagi permohonan kategori Borang 1C adalah
pada 23 APRIL 2018.

13. Maklumat-maklumat lain berhubung dengan urusan pilihan raya ini
akan dimaklumkan dari semasa ke semasa oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

Sekian dan terima kasih.

TAN SRI MOHD HASHIM BIN ABDULLAH
Pengerusi
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR)
Tarikh : 10 April 2018 / 24 Rejab 1439H

Sumber : http://www.spr.gov.my/

3 Comments

  1. Selamat mengundi.
    jalankan hak dan tanggungjawab kita

    ReplyDelete
  2. selamat mengundi semua.. buatlah pilihan yg terbaik

    ReplyDelete
  3. sabar jealah PRU hari Rabu..tapi tetap pergi mengundi walaupun pada hari bekerja.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post