PUFF PASTRY SARDIN YANG MUDAH

   ASSALAMUALAIKUM..

puff pastry

Dah masuk bulan syaaban dah. Lagi beberapa minggu Ramadan akan tiba kan..Persiapan dari segi mental, fizikal dan rohani dah semestinya kena praktis dah. Nak masuk bulan ramadan ni macam - macam nak kena fikir nak fikir menu masak apa, mesti korang nak yang mudah - mudah kan. Search kat blog Wani Sukarno ni, insyaAllah kot ada yang berkenan di hati. hihi

Masih lagi entri tertunggak, disebabkan lama sangat tak bakar puff pastry, sebenarnya dah lama sangat  pastry puff asyik frozen dalam peti, Entah kenapa, mood malas sangat nak main bakar - bakar ni. Ok lah, puff pastry ni kalau orang tangan berseni, boleh lah buat style macam - macam kan. Kali ini, Wani buat style macam ni pulak, saja nak ubah selera. filling kat dalam tu inti sardin.

Sekali lagi nak bagi tahu puff pastry ia kena bakar suhu tinggi, baru ia kembang elok. Rujuk gambar kat bawah, yang ni dah siap bakar. brown golden giteww..


Inti sardin yang simple, potong dadu bawang, potong cili api, potong daun bawang, ikan sardin buang tulang dan sos. Kemudian , gaul ke semua tambah serbuk perasa semua dah siap.

Baca sini >>>>>> PUFF PASTRY WITH SAVORY FILLING


   
Siap dengan youtube lagi ya. Sila enjoy, boleh lah buat untuk bulan puasa nanti, simple tapi kena makan banyak nak boleh kenyangkan perut :D

                       





4 Comments

  1. wohhhh sedap moleh nampaknye... pos la kat lea sikit.. haha

    ReplyDelete
  2. Mama ucapkan selamat hari jumaat kepada sis Wani. Sedapnya, baru makan karipan sardin pagi pagi ni

    ReplyDelete
  3. tq for sharing.
    buat sendiri, muai anak2 nak makan, kan :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post