Tampil Bergaya Dengan Tudung Thalia Mermaid Dari SofeaRose

Tampil Bergaya Dengan Tudung Thalia Mermaid Dari SofeaRose | Salam semua, baru - baru ini, Wani mendapat satu kotak yang ekslusif dari SOFEAROSE. 

Kotak yang berwarna hitam dan diikat dengan reben putih lagi nampak misteri dan rasa macam tangan tak sabar nak buka ikatan reben dan nak lihat apa dalam kotak misteri tersebut. 

Nak tahu apa dalam kotak hitam ? Baca tajuk kat atas pun dah tahu kan, punya lah suspense tanya soalan. 

Sebaik sahaja buka tudung kotak, wah !! inilah dia, tudung ekslusif Thalia Mermaid dari SOFEAROSE..


Mesti ada yang tertanya - tanya kenapa lah pula ada perkataan "Mermaid" kat belakang tu. Yang ni lah Wani nak cerita. 

Ada cerita di sebalik nama Thalia Mermaid. Sungguh, puteri duyung memang wujud, percaya ke atau tak percaya. Nanti Wani cerita lanjut ya.

Demi Penyu, Puteri Duyung Sofearose Muncul



Untuk pengetahuan semua, SofeaRose telah bekerjasama dengan SEATRU iaitu Unit Penyelidikan Penyu Universiti Malaysia Terengganu. Ia adalah kempen untuk memulih dan memelihara penyu.

Sepeti yang telah kita ketahui, penyu adalah haiwan yang tergolong dalam haiwan yang populasinya semakin menurun. 

SEATRU  telah bermula pada tahun 1984 apabila pennyelidikan Penyu Belimbing di Rantau Abang dimulakan.

"Jika kami tidak melakukan sesuatu untuk memelihara penyu, pada masa hadapan kita hanya dapat melihat penyu hanya di muzium"

Bagi Wani, penyu memang haiwan yang lemah, kalau kita tengok sifat fizikal penyu sendiri pun macam diri sendiri pun nak menangis dengan cara penyu merangkak naik ke permukaan darat nak bertelur.

Jangan terkejut ya, 1 daripada 5000 anak penyu akan hidup sehingga ke peringkat dewasa. Ini kerana banyak ancaman dari pencemaran laut, pemburu penyu dan juga haiwan pemangsa. 

Untuk tahun keempat ini, SOFEAROSE telah mengambil inisiatif dengan menghasilkan koleksi pakaian bertemakan Puteri Duyung, bagi mengumpul dana program "Seatru - Adopt a Turtle". 

Untuk program ini, dengan mengambil penyu sebagai anak angkat, wang akan digunakan untuk proses pemuliharaan penyu seperti memantau pergerakan penyu, melindungi habitat, membeli peralatan veterinar dan banyak lagi.

Koleksi Tudung Mermaid Dari SofeaRose 

Untuk menjayakan program ini dan dalam masa yang sama untuk membela nasib alam semulajadi, SOFEAROSE akan menyumbangkan sebahagian jualan dari koleksi Mermaid kepada program "SEATRU - Adopt A Turtle". 

Semoga ini dapat menyokong pemuliharaan penyu yang sedang dijalankan.

Di SOFEAROSE, mereka telah berusaha untuk menghasilkan tudung yang diinspirasikan oleh kacantikan Mermaid. 

Gambaran Puteri Duyung, ikut cerita yang kita selalu tonton dalam tv, merupakan seorang wanita cantik dengan perwatakan lemah - lembut, penyayang dan periang.

Rujuk gambar di bawah adalah salah satu koleksi dari tudung Mermaid adalah tudung Diona. Tudung Diona diperbuat daripada Satin Matte berteknologi tinggi. 

Tudung ini berharga RM 79 dan dilengkapi dengan "charm" dan kotak yang dibuat khas bagi koleksi ini.





Puteri Duyung SofeaRose Muncul 

Wah !, macam tak percaya Puteri Duyung wujud,  nak tengok, sila klik youtube di bawah. Muslimah Puteri Duyung siap memakai tudung Diona berenang di dalam air. 

Sungguh lemah - lembut dan alunan tudung Diona dalam air lagi nampak menyerlahkan keanggunan Puteri Duyung. Seumur hidup ini lah kali pertama tengok Puteri Duyung pakai tudung. Cantik !!


Koleksi Ready To Wear Dan 13 Baju Raya Mermaid 

Selain daripada koleksi tudung, SOFEAROSE juga mengeluarkan koleksi Ready To Wear dan 13 baju raya mermaid. 
Antaranya Baju Mini Kurung, Baju Kurung Moden, Jubah, Baju Kurung Kedah dan banyak lagi.
 
Koleksi Mermaid SofeaRose ini, berharga di antara RM 59 dan RM 419. Sebahagian dari duit tersebut akan digunakan untuk tujuan pemeliharaan penyu.

Gambar di bawah adalah sebahagian daripada koleksi baju di SofeaRose. Nak tengok banyak lagi koleksi, boleh ke laman web SofeaRose.




Review Pakai Tudung Thalia Mermaid



Tudung ekslusif Thalia Mermaid yang Wani dapat ini warna "puffy beige" dan bentuk square scarf. Warna yang lembut.

Ada 6 pilihan warna semuanya. nanti jangan lupa layari laman sesawang SofeaRose ya. Siap ada ekslusif Mermaid's charm lagi. 

Material tudung ini adalah dari high quality premium chiffon. Mudah untuk digosok dan jenis chiffon yang tak jarang.

Disebabkan ia adalah tudung ekslusif dan direka khas, rekaan abstrak tudung ini diinspirasikan dari alam kehidupan laut. 

Wani dah macam jatuh hati dah dekat tudung Thalia, Tudung yang "flowy" walaupun material chiffon tapi tak panas lagi satu tak jarang. 

Mudah dibentuk dan kalau pandai bergaya, macam - macam style boleh buat dengan tudung Thalia Mermaid ni.

Ingatkan kalau dah tudung bentuk square scarf ni, memang payah sikit nak bergaya takut singkat ke apa kan. 

Tapi tudung Thalia Mermaid ni tak, walaupun square scarf tapi masih boleh digayakan ikut syariah,labuh dan menutup aurat dengan sempurna.



Jadi, jom dapatkan koleksi tudung Thalia mermaid yang ekslusif ini sekarang ya. Bergaya untuk hari raya nanti, tentu anda kelihatan cantik dan anggun.

Pendaftaran Sebagai Ahli SofeaRose Dengan Percuma 

Berita baik untuk anda semua , untuk pembelian RM 100 ke atas, pelanggan secara langsung akan didaftarkan sebagai ahli SofeaRose dengan PERCUMA seumur hidup dan untuk keistimewaan lain anda juga mendapat potongan 20% untuk setiap koleksi SofeaRose.

Pembelian boleh dilakukan melalui 3 cara iaitu :

1. Hubungi penasihat imej di 019 - 6350313 ( Teha )

2. Boleh kunjungi Butik SofeaRose di Bangi Sentral

3. Boleh layari laman sesawang di www.sofearose.com

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi atau layari sosial media seperti di bawah :

Alamat
Wisma Qzara
Jalan Nelayan 19/B
Seksyen 19, Shah Alam
40300, Selangor

Facebook 

Instagram 

Twitter

Website




6 Comments

  1. Assalamualaikum Dan selamat menyambut nisfu syaaban hari ini. Lagi 14 hari nak masuk ramadhan.

    Semoga sis Wani. Tudung kura kura pula ya

    ReplyDelete
  2. owh bagus lah
    dalam bergaya dapat beramal
    semoga usaha ini dapat membantu proses perlindungan penyu tu

    ReplyDelete
  3. selesa sangat pakai shawl dari sofearose ni , senang dibentuk , tak panas dan tak jarang

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Wani,
    terpesoma melihat model menggayakan tudung tuh....cantik banget!
    Selamat menyambut Nisfi Sya'ban.

    ReplyDelete
  5. COMELNYA TUDUNG... MENJUAL SAMBIL MENDERMA ALHAMDULILAH

    ReplyDelete
  6. Cantik dan lembut warnanya.. suka pula nengoknya..

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post