Doa Penyembuh Segala Penyakit Dari Surah Al-Anbiya Ayat 83

Salam semua, datangnya sakit adalah ujian daripada Allah dan kita sebagai hambaNya mestilah berusaha dan berikhtiar untuk merawat penyakit yang ada dalam tubuh. 

Ada yang sakit jumpa doktor, itu ikhtiar kita untuk merawat penyakit. Tidak lupa juga, bacaan ayat Al- Quran yang menjadi penawar kepada segala penyakit. InsyaAllah, semua penyakit ada ubatnya.

Doa cepat sembuh

Video ni dah lama tersimpan dalam galeri phone. Dah 4 tahun dah rasanya, sampai sekarang pun simpan lagi. Nak delete sayang. 

Sebenarnya, ada sharing kat group wassap family. Ayat penyembuh penyakit ini ada banyak keajaiban kalau kita sendiri amalkan.

Walaupun terlalu banyak ayat - ayat lain kan. Sis pun macam tak terlarat nak hafal banyak sangat. Alhamdulillah yang ini ayatnya mudah dan pendek senang nak ingat. 

Kalau dulu, belek - belek phone jugak sambil tonton sambil hafal. Sekarang dah ingat dah. Kalau dah tekad nak hafal dan ingat, Allah akan bagi. Bila - bila masa kita nak baca pun boleh.

Baru sis tahu yang beliau berasal dari Kelantan. Ustaz Sharhan rasanya satu Malaysia dah kenal kot. Selalu masuk tv. 

Beliau adalah pengamal perubatan Islam dan merawat orang - orang yang terkena sihir dan gangguan jin dan syaitan.

Baca sambil buat apa yang Ustaz Sharhan Safie. Siapa kenal beliau ? Sebagai seorang muslim, dunia ghaib pun kita kena percaya. 

Bukan manusia sahaja yang menetap atas muka bumi ni kan. Sis suka sangat dengar perkongsian beliau terutamanya bab doa - doa yang patut kita amalkan.

Al - Quran adalah sebagai sumber penyembuhan keadaan  segala penyakit rohani dan jasmani.

Kesabaran Nabi Ayub a.s Menghadapi Ujian Dari Allah 

Berbalik kepada ayat Al - Quran tadi, dari surah Al - Anbiya. Petikan ayat tersebut, macam mana kisah Nabi Ayub berdoa kepada Allah untuk sembuhkan kesakitan yang dialaminya. 

Nabi Ayub adalah salah seorang Nabi yang terkenal dengan kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi ujian Allah.

Seorang yang terkenal dengan sifat dermawan dan sentiasa membantu fakir miskin. Sifat kebaikan yang ada pada diri Nabi Ayub sampai dipuji - puji oleh malaikat.

Menderita dengan sakit misteri sehinggakan tidak dapat bangun. Walaupun Iblis cuba menghasut Nabi Ayub, Nabi Ayub tetap dengan ketakwaan dan keimanan kepada Allah. 

Begitulah ujian Allah ke atas Nabi Ayub.

Maka, Allah terus kabulkan permintaan Nabi Ayub. Kadang - kadang kita nak mencari penawar sedangkan ayat Al Quran dah pun penawarnya.

Cerita kisah Nabi Ayub boleh menjadi mesej untuk kita sentiasa bersabar dengan ujian Allah untuk setiap hambaNya

Doa Penyembuh Segala Penyakit Dari Surah Al-Anbiya Ayat 83

Untuk baca ayat ini, ada caranya :

1. Mula - mula sekali letak tangan kanan atas dada kiri.
2. Kemudian tarik nafas dan baca ayat ini dari Surah Al- Anbiya, ayat 83.

Doa cepat sembuh
Terjemahan ayat : 'Dan ingatlah kisah hambaKu yang bernama Ayyub telah berdoa kepada Tuhannya. Ya Tuhanku, sesunggunya aku telah ditimpa penyakit, maka engkaulah ya Allah yang mengasihani dari segala yang mengasihani.
3. Kemudian pejam mata dan tarik nafas sedalamnya dan niat.

" Ya Allah ya Tuhanku, Muntahkan segala penyakit yang ada di dalam tubuh badanku dan campakkan antibiotik mu ke dalam tubuh badanku " 
4. Tarik nafas sekali lagi, Alhamdulillah.

Sila share ya. Ada banyak surah penyembuh penyakit dan ini adalah salah satunya. Ayat tak panjang mana pun.

Semoga dapat jadi amalan untuk kita semua. Kalau selalu buat insyaAllah selalu ingat. Keyakinan kepada Allah itu kena kuat.

Cuba renungkan ayat - ayat di bawah.

Telah berkata Imam Ibn Qayyim: Al-Quran adalah penawar yang lengkap bagi semua jenis penyakit hati dan penyakit badan, penyakit dunia dan penyakit akhirat. Dan bukan semua orang layak dan berjaya untuk berubat dengan al-Quran. Jika orang mengubati itu menggunakan penawar ini dengan keyakinan dan keimanan, penerimaan yang penuh, iktikad yang kuat serta menepati semua syaratnya, maka tiada penyakit yang dapat mengatasinya.
Betul, ada benarnya. Nak berubat ada syaratnya.  Kadang - kadang kita sendiri yang berasa kurang yakin dan kebergantungan sepenuhnya kepada Allah. 

Kita perlu berikhtiar dan berusaha serta tawakkal, tidak lupa juga untuk berdoa kepada Allah.

Silakan share untuk manfaat bersama. Terima kasih sudi singgah di blog dan jemput follow blog ini ya.

Baca Juga : 

3 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post