CERITA SYAWAL RAYA 2018

ASSALAMUALAIKUM..

CERITA SYAWAL RAYA 2018

CERITA SYAWAL RAYA 2018 || Hari ini dah 28 Syawal. Nak penghujung Syawal dah, terasa macam cepat masa berlalu. Orang lain dah ramai up cerita raya, Wani langsung tak up lagi hii.. Tak tahu lah kot ini entri last cerita hari raya untuk Syawal berbaki ini. Next time, kalau post lagi entri raya dah jadi entri throwback lah ya.

Alhamdulillah Hari Raya tahun ini raikan kemenangan Syawal  biasa - biasa sahaja, yang penting berkumpul semua adik - beradik balik. Cuma hari raya pertama tu tak beraya jauh sangat. Nak pergi rumah emak saudara, rumah adik abah ni tempat berkumpul keluarga sebelah abah. Kebetulan pulak satu famili tak ada sebab mereka dah balik kampung.

Lain macam sikit tahun ini, maklumlah kan, walaupun nama cuti raya, ada yang balik nak berbincang hal kenduri kahwin kan. Macam - macam majlis lah walaupun nama nya cuti raya.  Abah pula lupa nak telefon tanya dulu, Itulah cerita di hari raya pertama.

Nak bercerita panjang pun, layan lah gambar ni ya. Baru - baru ini kawasan Kampung Seterpa untuk sekitar yang tinggal Taman Indah ada Jamuan Raya ( Potluck ) untuk ke semua jiran - jiran yang berdekatan. Bila dah sebut potluck ni kena bawa lah makanan setiap satu keluarga. Wakilkan kat abah ada satu group wassap untuk berbincang bagi penduduk Taman Indah. Bagus juga ada gathering macam ni, boleh kenal lebih rapat sesama jiran tetangga. Kadang - kadang, jiran sebelah rumah usahkan batang hidung nak nampak muka pun tak kenal.. :D... ada la tu kan.. hii


Jom layan gambar sekitar jamuan raya potluck. Jamuan raya pada hari Jumaat lepas, berkumpul buat di perkarangan rumah Prof Madya Mat Saat. Sebelum jamuan raya ini bermula, ada dapat surat jemputan tau. Nak datang jamuan raya siap bagi kad jemputan. Nak tengok Wani bawa apa, nanti tengok gambar terakhir sekali. Kita tak buat yang payah - payah :). Senang - senang jerr

Usai selepas solat Asar, cepat - cepat bersiap walaupun dekat pun naik kereta sekejap :D


Nampak jerr laksa terus nak terkam. hii. Memang hantu laksa, pantang jumpa laksa penang. Sangat Sedap lah isteri Cikgu Li yang buat.


Tuan rumah berbaju pink sebelah kiri dengan jiran -jiran. Sebelah kanan sekali tu isteri Cikgu Li bersama suami beliau yang berbaju pink jugak, ramai geng lelaki pakai baju pink kat sana :D.



Kebetulan hari tersebut jatuh hari jadi Cikgu Li, adalah majlis potong kek sekejap. Tak terambil pun kek coklat.





Jiran - jiran yang berkumpul.. Serius, sebenarnya Wani pun bukan kenal semua dengan jiran - jiran, :D. Ada majlis berkumpul macam ini kan. Eloklah boleh kenal dengan jiran - jiran.


Yang ini jiran sebelah rumah Wani, Pakcik Sa'adun, memang seorang yang suka bela kucing. Ingat siapa dah siap berbaju melayu bersampin. Inikan raya,  sebulan raya hii




Persiapan sebelum majlis jamuan raya 





Banyak menu pelbagai sebab masing - masing bawa makanan dah nama pun potluck kan. Tak termakan semua. Banyak sangat. Sempat ambil roti jala itupun sebekas dah nak habis.



Laku makaroni akak yang ini buat, semua orang puji. Wani makan sikit. Tak puas makan. Lama dah tak bake makaroni. Agaknya kena buat sendiri baru puas hati.



Nak menambah laksa macam dah makan banyak, kalau boleh ingat nak bawa balik sebekas, tapi malulah nak ambil tapau. hii

Jawapan berteka - teki tadi apa lah makanan yang Wani bawa. Untuk jamuan raya, fikir juga lah nak bawa apa, last nak buat kek sarang semut untuk majlis jamuan raya, ngam -ngam muat bekas besar untuk satu loyang. Nasib baik menjadi. Sebab ada cerita di sebalik kek ini. Itu sahaja lah cerita raya. Gambar tak ada watermark langsung sebab banyaknya gambar sekali sekala malas nak letak watermark. Tapi tak apa, korang tak boleh save pun haa.. Ada ke yang nak main save gambar kita.

Terima kasih tuan rumah atas jemputan. menu sedap, layanan pun bagus. SELAMAT HARI RAYA. semua. Tahun depan kita jumpa hari raya lagi.


1 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post