Rumah Ronald McDonald Yang ke 2 Di Malaysia Kini Akan Dibina Di Hospital USM Kubang Kerian

Rumah Ronald McDonald Yang ke 2 Di Malaysia Kini Akan Dibina Di Hospital USM Kubang Kerian | Baru - baru ini, pada 29 Julai lepas bersamaan hari Ahad, Wani bersama juga ahli team blogger pantai timur yang lain telah dijemput untuk sama - sama memeriahkan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Sains Malaysia (USM) dengan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RHMC) Malaysia. Ada di kalangan kita tidak ketahui malah mungkin tidak sedar tentang kewujudan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald.

Rumah Ronald Mcdonald yang ke 2 di Malaysia kini akan dibina di Hospital Universiti Sains Malaysia

Kalau korang hanya tahu sebut McDonald hanya untuk makan- makan, andaian korang salah ya.

Nanti, Wani cerita lanjut tentang fungsi sebenar persatuan ini dan diharap dapat membuka mata ramai pihak untuk sama - sama menyokong usaha yang sedang dijalankan.

 Seawal pukul 9:30 pagi, kami dah sampai untuk pendaftaran media yang bertempat di Auditorium di blok pentadbiran Hospital USM, Kubang Kerian.

Untuk majlis ini, bukan sahaja rakan media sahaja yang ada, malah kakitangan Hospital USM, pegawai - pegawai dari Mcdonald Malaysia dan juga ibubapa kepada pesakit kanak - kanak turut hadir untuk memeriahkan majlis ini.

Secara tidak langsung, dengan adanya majlis ini, ia dapat menyampaikan maklumat secara telus kepada semua pihak yang terlibat.





Permulaan untuk majlis ini, tayangan video transformasi USM dipertontonkan kepada para hadirin yang hadir, untuk pengetahuan semua, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) mula beroperasi sebagai hospital pengajar yang memberi perkhidmatan awam pada tahun 1983.

Kini, dengan misi utama iaitu " Hospital Universiti Sains Malaysia akan menerokai bidang - bidang baru perkhidmatan pesakit dan juga untuk menjadi sebuah pusat perubatan yang cemerlang dengan memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan penggunaan teknologi perubatan yang terkini".


DASAR KEPRIHATINAN DAN SOKONGAN PENUH UNTUK PEMBINAAN RUMAH RONALD MCDONALD

Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Profesor Datuk Dr. Asma Ismail, Naib Canselor USM. Menurut beliau, USM menyambut baik atas kerjasama strategik bersama RMHC, ( RONALD MCDONALD HOUSE CHARITIES ).

Kalau korang nak tahu, RMHC adalah sebuah badan kebajikan berdaftar. Objektif utama persatuan ini adalah untuk membantu kanak - kanak kurang bernasib baik dari aspek pendidikan, kesihatan dan juga sosial.

Hospital USM banyak menerima pesakit yang khususnya keluarga mereka dari kategori B40. Dengan erti kata lain 80 % merupakan pesakit yang sedang mendapatkan rawatan di Hospital USM.

Cuba bayangkan, dalam tempoh 6 bulan pertama dalam bulan Januari hingga Jun 2018, Hospital USM telah menerima sejumlah 3,015 pesakit di wad pediatrik. Mereka yang datang bukan dari Kelantan malah dari Terengganu dan Pahang.

Mereka datang dari jauh hanya semata untuk mendapatkan rawatan untuk anak mereka. Atas dasar keprihatinan terhadap keluarga untuk kanak - kanak ini, pembinaan Rumah Ronald Mcdonald akan dibina di dalam kawasan Hospital USM.



RUMAH RONALD MCDONALD YANG KEDUA DI MALAYSIA 

Sebenarnya, ini kali pertama Wani dengar Rumah Ronald Mcdonald. Rumah Ronald Mcdonald yang akan dibina di Hospital USM ini merupakan yang kedua di Malaysia. Syukurlah, sekurang - kurangnya beban keluarga pesakit dapat dikurangkan.

Ini kerana tempat tinggal sementara yang akan siap menjelang tahun 2019 dapat memberikan keselesaan kepada keluarga mereka dengan kemudahan yang ada serta menjaga kebajikan mereka.

Mesti korang nak tahu, untuk Rumah Ronald Mcdonald yang pertama kat mana, dan yang paling istimewa rumah ini adalah yang pertama di Asia.

Rumah ini telah dibina pada tahun 1999 di dalam kawasan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di Kuala Lumpur. Dan sekarang pembinaan rumah yang kedua  ini akan siap menjelang tahun 2019 di Hospital USM.


MISI RMHC UNTUK MENCAPAI EMPAT PROGRAM UTAMA 

Wani baru faham apa sebenarnya tujuan penubuhan persatuan ini, rupanya persatuan kebajikan ini telah ditubuhkan pada tahun 1990.

Dalam ucapan daripada Presiden RMHC yang juga Pengarah Urusan McDonald's Malaysia, Encik Azmir Jaafar, penubuhan persatuan ini mempunyai misi yang tersendiri untuk mewujudkan, mencari dan menyokong program - program yang mampu meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan kanak - kanak yang kurang bernasib baik di Malaysia.

Bagi menyokong teras kesihatan, pendidikan dan kebajikan, empat program utama di bawah RMHC adalah :

1. Rumah Ronald Mcdonald
2. Bilik Sensori Ronald Mcdonald
3. Gift of smile
4. Program pek kembali ke sekolah

Sejak ia ditubuhkan 28 tahun lalu, RMHC telah memberi impak dalam kehidupan lebih 20,000 kanak - kanak dengan pembiayaan lebih RM 16 juta. Percaya tak Dana yang telah dikutip mencecah sebanyak  RM 600,000 ribu setahun.

Dengan adanya dana yang dikumpul, dapat memberikan kehidupan yang lebih baik bagi kanak - kanak yang memerlukan.


Semasa majlis menandatangani MoU ini, USM telah diwakili oleh Yang Berbahagia Profesor Datuk Dr. Asma Ismail, manakala RMHC diwakili oleh Encik Azmin Jaafar. Kerjasama ini secara tidak langsung mampu melonjakkan lagi persepsi positif masyarakat khususnya keluarga pesakit, serta pihak - pihak yang berkepentingan dengan USM.

Tambahan pula, Hospital USM juga  merupakan pusat rujukan dalam pelbagai disiplin perubatan dan kesihatan di Pantai Timur.


Majlis dimeriahkan lagi dengan penyampaian sumbangan cek dari RMHC kepada Persatuan Kebajikan Kanak - Kanak HUSM (PEKA). 


Menurut Datuk Dr. Asma Ismail lagi, Hospital USM sekarang dalam usaha untuk mewujudkan kerjasama menerusi sokongan dana kewangan bagi projek perubatan komuniti seperti pembedahan sumbing bibir dan lelangit selain peluang kerjasama sokongan dana bagi projek penyelidikan berkaitan kanak - kanak yang boleh diterokai bagi memberikan peluang dan kehidupan yang lebih selesa kepasa pesakit kanak - kanak di seluruh negara.

Ini juga bertepatan dengan misi RMHC dalam mencapai salah satu  daripada empat program utama dalam persatuan kebajikan ini, iaitu program "Gift Of Smile". RMHC Malaysia membiayai sepenuhnya kos pembedahan pembetulan buat kanak - kanak yang layak daripada golongan keluarga berpendapatan rendah.

UPACARA PECAH TANAH 


Selesai sudah majlis, kemudian gerak untuk Upacara Pecah Tanah di Desa Rakyat Kampus Kesihatan USM. Hospital USM akan menyediakan satu ekar tanah di dalam kawasan hospital untuk pembinaan Rumah Ronald McDonald.

Rumah yang bakal siap ini akan lengkap dengan kelengkapan dan perkakasan yang moden. Peruntukan sebanyak RM 4 juta telah diperuntukkan untuk membina rumah ini.

Rumah yang akan siap menjelang tahun 2019 ini, akan menjadi tempat tinggal sementara untuk keluarga kanak - kanak yang sedang mendapatkan rawatan di hospital.

Rumah ini bakal mempunyai 18 bilik yang boleh menempatkan antara 4 hingga 6 katil setiap bilik. setiap bilik turut dilengkapi dengan bilik air sendiri. Bayaran yang dikenakan hanyalah RM 5 sehari.


Sekitar suasana semasa upacara pecah tanah. Selain bilik keluarga, Rumah Ronald McDonald yang baharu ini juga mempunyai kemudahan lain seperti ruang makan, ruang TV dan istirehat, dapur, bilik mesin basuh dan juga taman permainan. Ke semuanya adalah untuk memenuhi keselesaan sepanjang mereka menginap sementara di rumah ini.


BILIK SENSORI RUMAH RONALD MCDONALD 

Apa yang istimewa untuk rumah ini, RMHC turut menyediakan Bilik Sensori Ronald Mcdonald. Korang tahu ke Bilik Sensori itu apa ?. Bilik Sensori ini juga termasuk dalam salah satu 4 program utama persatuan kebajikan ini.

Bilik Sensori ini didirikan untuk membantu perkembangan kanak - kanak istimewa dengan menggunakan peralatan multi-deria khas. Ia juga dilengkapi dengan kemudahan terapi yang merangsang deria sentuh. pendengaran, penglihatan, rasa dan bau. dalam suasana yang santai dan penuh selesa.


Sebagai seorang blogger dan juga masyarakat yang prihatin sangat berharap, dengan adanya Rumah Ronald McDonald, ia secara tidak langsung dapat membantu keluarga pesakit dalam menjaga kebajikan mereka terutama buat keluarga pesakit kanak - kanak yang datang dari jauh, jadi, tempat penginapan sementara ini amat perlu kepada mereka yang memerlukan.

Dan diharapkan juga, kerjasama di antara Hospital USM dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald akan berterusan dalam usaha untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik terutamanya dalam memastikan kanak - kanak yang tidak bernasib baik diberikan perhatian yang secukupnya.


Orang ramai yang ingin memberi sumbangan untuk pembinaan Rumah Ronald Mcdonald yang baharu ini boleh berbuat demikian menerusi tabung yang terdapat di restoran - restoran McDonald's di seluruh negara. Teruskan menderma untuk masa depan kanak - kanak ini.  Untuk maklumat lanjut tentang Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia, boleh layari di laman sesawang seperti di bawah  :

Website 






Post a Comment

Previous Post Next Post