Cara Rebus Ketupat Palas Noxxa Lagi Cepat Dan Mudah

Lama dah peram gambar, gambar semasa hari raya lagi. Ini bukan ada resepi ya, tak pandai pun nak anyam ketupat.

Ketupat pulut  yang ditempah tapi tak masak lagi, sebab ketupat yang tempah tak direbus lagi. Kalau nak ambil simpan frozen pun boleh. Biasanya, ketupat ini, bonda lah yang tempah.

cara rebus ketupat noxxa lagi cepat dan mudah

Disebabkan tak masak lagi, jadi terpaksa kena rebus. Nasib baik ada Noxxa pressure cooker. Lagi memudahkan kerja.

Sekarang ketupat pulut kalau request yang tak rebus siap pun boleh dah, kiranya kita rebus sendiri sampai masak,lembik leik jik orang Kelantan cakap. 

Kalau tempah banyak semua nak kena rebus siap masak takut nanti tak habis. Kalau kaedah biasa, kena rebus dengan air banyak sampai lah air tu kering, kalau orang nak meniaga elok lah buat macam tu.

Yang nak rebus dalam noxxa, atau periuk tekanan lain, pun boleh, asalkan rebus sampai masak, Orang kata rebus sampai pulut tu jadi kembang. 

Kadang- kadang ada setengah pulut tu direbus tak sampai kembang - sekembangnya, jadi butir beras, yang tu memang tak sedap makan lah.



Kali ini rebus HP sampai 26 minit. :D Bonda tak puas hati bila kita cakap nak buat 15 minit. Dia takut tak kembang pulut tu. 

Tak apa lah lama asalkan masak sudah. Sebelum ini dah ada pun entri ini, boleh tengok di SINI,


Ketupat pulut yang dah siap direbus, sejatkan sekejap 


Kemudian ketupat pulut kena lah goreng nak bagi kulit ketupat kering supaya tahan lama sikit. Jom tonton video, siap buat video. 

Jemput tonton, kalau nak lagi jemput subscribe juga . Terima kasih.

                         

Jom cuba resepi nasi dagang versi Noxxa 8 minit. Tak perlu kukus. 

1 Comments

  1. Mahal tu periuk noxxa.. macam best je ketupat rebus pakai ni cepat sikit dan jimat masa

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post