ASSALAMUALAIKUM..
RTC KELANTAN || BERBALOI KE BELI DI SINI || Kelantan memang banyak tempat menarik, cuma itu lah banyak lagi tak sempat explore hii. Agak lama tak singgah RTC Kelantan, RTC setiap negeri semua ada kan. Pelbagai kemudahan ada kat sini. Nak buat IC pun boleh ada urusan - urusan rasmi pun boleh kat sini. Jarang juga lah nak sampai kat sini sebab macam jauh sikit kalau setakat nak beli sayur, buah, bahan basah kedai dekat dengan rumah pun ada.
Biasanya kalau kat RTC jadi tumpuan setiap kali kalau ada nak buat kenduri, maklumlah kan jual borong kat sini murah sikit beli. Dah lama tak masuk RTC, kali ini pergi sebab terdengar cakap buah durian jual murah, tapi bila pergi tinjau - tinjau macam tak ada pulak, Bila tanya kakak depan, dia cakap mahal la sikit dalam RM 30 10 kg. Jual banyak macam tu dekat di Blok B, sebab kat sini ada 3 blok kesemuanya kalau tak silap, kat blok lain tak berjalan sangat kat sana, sebab tumpu kat Blok A yang jual harga runcit sikit.
Blok A kat sini semua ada sangat luas, kalau barangan sebelah Thailand ni banyak sangat kat sini, ada sosej sebelah sana yang pelik - pelik tapi tak terbeli, entahlah kadang- kadang diri sendiri macam was -was hii.
Biskut legend dalam tin, nak melompat tengok macam - macam "cekedih" ada kat sini. Tahu ke "cekedih" tu apa hii.
Sampai kat gerai buah - buahan terus teruja, dah musim buah kan sekarang. Manggis jual dalam RM 5 untuk 2 kg. Tapi berbaloi makan sebab isi tak rosak, walaupun nampak kulit manggis tu macam kecut.
Ternampak buah beko ni, kat sini panggil buah beko la kan takkan nak panggil pucuk beko pulak. :D. Kalau luar dari Kelantan, tak sure pulak kot ada nama lain. Dah lama sangat tak jumpa ni, buat kerabu beko pun memang sesuai, tapi itu lah yang sedap ni memang susah sikit nak buat sebab beko ni, kena grill nak buang lapisan kulit luar. Buah beko ini lebih kurang mahal dah sikit harga di pasaran. Di rumah ada pokok sepohon tapi tak berbuah lama dah, kat tepi jalan nak masuk rumah pun ada tapi pokok orang la tu. :D.
Siapa pernah makan memang tahu lah rasanya macam mana. Ramai yang tak kenal buah beko ni, tengok gambar di bawah tu ya. yang nampak macam tali pinggang tu. Buah rare dan mujarab la jugak kalau diamalkan.
Boleh lah sesiapa nak pergi jalan - jalan kat sini. Tapi sekarang itulah ramai yang komen barang kat sini dah naik harga. Ada Wani tanya lemon yang banyak - banyak susun dah nampak dah lebam tapi harga RM 1.90 sebiji. Wah mahal sangat, kalau kat mall lemon letak atas kat rak sejuk kan biar segar sikit. tapi harga lagi murah lah walaupun ada yang jual lemon terus dalam 1 bungkus.
Walaubagaimanapun, ada barang yang mahal ada yang tidak, kena pandai - pandai tanya penjual.

Sudah tentu sayur dan ulaman yang segar
Bahagian keropok kering macam - macam ada
Ikan kering favorite spot nak ikan kering mana satu semua ada
Pelbagai jenis beras, beras nasi dagang ada. Beras nasi dagang biasanya ada jual yang dicampur dengan beras lembut dan ada yang tak. Jadi boleh pilih tapi harga pun dah jadi lain. Beras nasi dagang mahal sikit dari beras nasi dagang yang dicampur.
Berlonggok - longgok dah ikan kering, siapa tak suka ikan kering mesti semua orang suka kan
Biskut legend dalam tin, nak melompat tengok macam - macam "cekedih" ada kat sini. Tahu ke "cekedih" tu apa hii.
Sampai kat gerai buah - buahan terus teruja, dah musim buah kan sekarang. Manggis jual dalam RM 5 untuk 2 kg. Tapi berbaloi makan sebab isi tak rosak, walaupun nampak kulit manggis tu macam kecut.
Sebenarnya nak cari buah manggis jugak dah teringin nak makan. Dari jauh dah nampak tempat ni longgok banyak - banyak buah manggis.
Sambil berjalan - jalan terpandang juga yang dalam paket kuning ni tapi tulisan siam. Dari gambar depan dah nampak macam tom yam, dalam hati dah agak ini mesti dah perencah tom yam. Ingatkan pes tomyam yang biasa kita guna tu tapi ini serbuk sebab pergi goncang dah tahu macam serbuk.
Terung pipit yang bersaiz besar tak pernah nak cuba buat masak sebab tak berapa makan hii.
Ternampak buah beko ni, kat sini panggil buah beko la kan takkan nak panggil pucuk beko pulak. :D. Kalau luar dari Kelantan, tak sure pulak kot ada nama lain. Dah lama sangat tak jumpa ni, buat kerabu beko pun memang sesuai, tapi itu lah yang sedap ni memang susah sikit nak buat sebab beko ni, kena grill nak buang lapisan kulit luar. Buah beko ini lebih kurang mahal dah sikit harga di pasaran. Di rumah ada pokok sepohon tapi tak berbuah lama dah, kat tepi jalan nak masuk rumah pun ada tapi pokok orang la tu. :D.
Siapa pernah makan memang tahu lah rasanya macam mana. Ramai yang tak kenal buah beko ni, tengok gambar di bawah tu ya. yang nampak macam tali pinggang tu. Buah rare dan mujarab la jugak kalau diamalkan.
Boleh lah sesiapa nak pergi jalan - jalan kat sini. Tapi sekarang itulah ramai yang komen barang kat sini dah naik harga. Ada Wani tanya lemon yang banyak - banyak susun dah nampak dah lebam tapi harga RM 1.90 sebiji. Wah mahal sangat, kalau kat mall lemon letak atas kat rak sejuk kan biar segar sikit. tapi harga lagi murah lah walaupun ada yang jual lemon terus dalam 1 bungkus.
Walaubagaimanapun, ada barang yang mahal ada yang tidak, kena pandai - pandai tanya penjual.
Rasanya kat mana mana pun orang bercakap barang makin mahal sekarang ini.. Nak kena pandai cari dan survey harga yang berbaloi dibeli kan wani..
ReplyDeleteSha suka yang bahagian cekedih tu.. kikiki
puas hati jugak rasanya shopping brg2 kat sini. banyak buah cheq suka !! semua nak beli buah tu hahaha..
ReplyDeletewooow,banyaknya manggis kat sini.
ReplyDeletePost a Comment