Cara Rebus Perut Lembu Guna Periuk Noxxa | Perut lembu, ramai yang suka makan tak ? Macam - macam menu yang boleh dibuat guna perut lembu ni. Kalau perut lembu segar biasanya boleh dapat masa hari raya korban.
Nak beli pun kalau kebetulan ada, memang dapat. Sebab bahagian dalam lembu ni cepat habis. Kalau korang biasa tengok perut lembu ni ada lain - lain corak dia kan.
Jangan tahu makan saja, kita kenal jenis perut lembu macam mana.
Ada 4 jenis perut lembu.
1. Perut tuala atau perut tebal
2. Perut sarang lebah
3. Perut kitab
4. Perut jerami
Kalau tengok gambar di bawah ni, semua jenis perut lembu ada.
Kalau tanya sis masak apa dengan perut lembu.Kat rumah ni biasanya menu air asam perut lembu paling mudah nak buat. Ada orang buat kerabu perut lembu.
Nak buat air asam perut lembu memang elok sangat guna perut lembu yang segar bukannya beli di sejuk beku macam kat pasar raya tu.
Yang itu memang tak sesuai nak buat air asam perut lembu sebab tak sedap.
Cara Bersihkan Perut Lembu
Makan perut lembu memang sedap, tapi nak cucikan tu kena usaha lebih sikit. Sebab nak bagi putih. Geli pulak kalau nampak hitam - hitam tu kan.
Sis ni kalau bab cuci perut lembu dah serah kat orang lain.
Ada 2 cara nak bersihkan perut lembu hingga putih. Ini cara basuh perut lembu ya
Cara Cuci Perut Lembu Guna Air Kapur
1. Perut lembu direndam dala air kapur makan dalam 1 jam
2. Selepas satu jam boleh buang hitam yang lekat di perut lembu.
3. Ambil pisau sambil kikis. Kena kikis juga tapi mudah sikit tanggal.
4. Bila perut lembu dah putih, cuci dengan air limau untuk hilang bau.
5. Dah bersih, rebus sekejap untuk mudahkan proses pemotongan.
Cara Cuci Perut Lembu Guna Cuka
1. Rendam perut lembu yang hitam dengan cuka makan. Tak payah campur air.
2. Rendam dalam 2 jam.
3. Selepas 2 jam, bersihkan sambil kikis kat celah - celah. Kesan hitam pun mudah tanggal.
Rebus Perut Lembu Dengan Noxxa Cepat Lembut
Jadi nak masak sekali harung guna periuk noxxa. Tak lain tak bukan resepi yang sesuai ialah air asam perut lembu.
Memang sinonim dah di Kelantan semua bermenu air asam.
Lembu korban yang kena sembelih ini lembu muda, daging pun masak lembut elok tak adalah masak terlalu lama sangat.
Kalau yang lambat nak masak, daging liat dan lambat nak lembut, Ini bergantung kepada usia lembu, kalau lembu tua, daging pun memang liat lambat nak lembut.
Perasan kan. Ke kita pulak cakap sorang - sorang.
Ada rezeki nak makan air asam perut lembu, terlebih dahulu kenalah bersihkan perut lembu dengan bersih buang segala kotoran.
Kalau atas dapur memang mahu berjam - jam lah jugak.
Gambar bawah ini perut lembu yang dah masak Cukup 30 minit high pressure. Memang dah lembut elok dah.
Perut lembu yang dah siap dihiris. Dan sedia untuk dibuat air asam perut lembu.
Cara Rebus Perut Lembu Guna Periuk Noxxa 30 Minit
Bahan - bahan
Perut lembu
Air secukupnya
Cara - Cara
1. Perut lembu dicuci bersih.
2. Letak dalam inner noxxa dan masukkan air secukupnya, air jangan banyak sangat cukuplah sekadar atas paras perut lembu. Tak perlu sampai tenggelam, Perut lembu akan keluarkan air.
3. Tutup tudung dan tombol ke pressure.
4. Tekan High Pressure selama 30 minit dan tekan on.
5. Selepas bunyi beep tekan off dan boleh lepaskan wap tombol ke steam.
6. Dah siap. Memang lembut elok dah HP dalam 30 minit.
Jemput tonton di my youtube channel
Baca Juga :
Baca entri ni, teringat kat Noxxa Sis huhuhu :(
ReplyDeleteSedih beno rasa. Nak test HP tapi tak berani pulak.
Ramai syorkan jangan cuba, takut tekanan tak kuat, meletop pulak huhuhu
terbaek :)
ReplyDeleteKejap sangat tu 30 minit je masanya.
ReplyDeletetak penah masak perut sendiri selalu makan yang kat kedai or satay. hehe..
ReplyDeleteSalam kenal Wani..Adaa sini. Kelate memang suka sangat lah makn perut cicah air asam. Fav adaa, kerabu perut..adui kecur air liur..selalu tak jadi beli perut sebab fikir lambat sangat nak lembut..berjam. Lepas ni boleh guna Noxxa lah, pinjam mil sebelam rumah hahaha
ReplyDeletehttps://adaainspiration.com
Post a Comment