KENAPA BLOG WANI SUKARNO BANYAK ENTRI MAKANAN. INI JAWAPANNYA...

ASSALAMUALAIKUM..


KENAPA BLOG WANI SUKARNO BANYAK ENTRI MAKANAN || Wow tajuk entri, kalau nak tahu kenapa lah blog ini asyik post pasal makanan, tak adalah entri makanan selalu, kadang -kadang pun terselit juga entri lain. hiii. Kalau korang nak tahu kenapa Blog Wani Sukarno asyik nak post entri makanan ni.. jom kita tengok kaunter pertanyaan :D.. Nampak tak tu, search keywords banyak sangat soalan makanan semua, siap taip cara masak lagi, pandai la readers pun nak taip keywords hii..Bukan blogger jerr nak fikir pasal keywords, pembaca pun dok fikir jugak ni :D.

Ini yang bila tengok di search keywords dah boleh jadi tajuk entri kita apa. Jangan tanya soalan yang serius sini sudah lah ya, :D. Ini blog santai - santai. Kalau pasal sains makanan boleh sebab nak jadikan sesuatu makanan itu, kita kena bereskperimen terlebih dahulu kan. :D.. adoi ke situ pulak.  Ya lah, sambil - sambil, boleh lah kita bereksperimen apa yang orang nak cari. 

Kalau korang nak ambil idea nak menaip entry, sila lah intai - intai kat keywords tu ya. Kat sini, kadang - kadang yang diminta pun macam tak terfikir langsung nak buat hii. Macam contoh, "brownies bakar guna pemanggang ajaib". Uishh.. Ada sesiapa pernah buat tak.. Nak try bereksperimen takut tak jadi kedut - kedut kat atas tu hii.. Sampai sekarang terfikir - fikir nak try buat ke tidak. :D

Sekali sekala jenguk kat keywords ni nak tahu apa yang orang cari, setakat ini tak ada yang pelik - pelik lah. hii.  Bila ketandusan idea, mulalah topik resepi ke makanan ke keluar. 

Nota kaki : Nampaknya cuaca dah hujan sejak semalam sampai sekarang ni hujan renyai - renyai, sejuk sampai sekarang. Petanda dah nak masuk musim tengkujuh dah. 






4 Comments

  1. penting jugak eh keywords ni, nak tengok belek semula la

    ReplyDelete
  2. betul tu kak wani kadang-kadang bila habis idea memang tengok dekat keywords la. Blog Diah pun google pasal makanan banyak

    ReplyDelete
  3. kak waniiiiiiiii

    perut berkeroncong alerttt!! ahahhahaa

    ray here | imperfectly perfect

    ReplyDelete
  4. Pembaca memang suka blog masakan dan makanan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post