Resepi Daging Masak Merah Ala Thai Simple Dan Sedap

Resepi Daging Masak Merah Ala Thai Simple Dan Sedap | Daging masak merah ni, kalau masuk restoran dulu - dulu, selalu order. Nak masak sendiri ni agak renyah nak rebus nak goreng lagi tapi nak tak nak cubalah jugak masak kan sebab dah masakan kegemaran. Sejak jumpa resepi daging masak merah simple, memang tak lompat ambil resepi lain dah, resepi ini lah yang guna sejak tahun ke tahun. 

resepi daging masak merah ala thai simple dan sedap

Daging masak merah guna daging korban, lama dah tak masak, disebabkan ini daging lembu muda, rebus pun tak lama. Cuma yang tak ingatnya nak pergi goreng sekejap hirisan daging bagi garing sikit. Apapun sedap juga walaupun tak digoreng. Daging jadi merah sebab masa tengah rebus letak pewarna merah . Nak masuk jugak dengan nama resepi daging masak merah.

Nanti korang cubalah resepi dagin masak merah Thai yang sedap ni. Cara masak daging masak merah tak susah mana pun cuma kena banyak main potong - potong sayur. Selamat mencuba. 

Resepi Daging Masak Merah Ala Thai Simple Dan Sedap 


Bahan Bahan 
300 gm daging
1 sudu makan pes cili
1 labu bawang besar ( saiz besar ) – dipotong2
3 ulas bawang putih ( dipecahkan )
4-6 ulas cili padi  (dititik/diketuk ) – boleh tambah jika suka pedas
2 -3 sudu besar sos cili ( Boleh tambah sos jika mahu kuah lebih )
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos ikan ( sos nampla )
1 biji buah tomato ( di potong 6 )
Cili merah/ cili hijau untuk hiasan
Daun ketumbar ( di hiris )
Sedikit minyak
Sedikit pewarna merah

Cara - Cara 
1. Daging di bersihkan kemudian direbus bersama sedikit pewarna merah hingga agak empuk. Angkat dan sejukkan seketika.
2. Hiris daging tadi kemudian ketepikan.
3. Masukkan 2 sudu besar minyak masak dalam kuali.
4. Masukkan daging tadi goreng seketika dengan api perlahan ( goreng sekejap saja jangan garing sangat).
5. Dalam kuali yang sama, tolak daging ketepi masukan pes cili, bawang putih, bawang besar. Kacau sehingga layu.
6. Masukkan semua sos-sos dan sedikit air. Bila kuah mendidih masukkan buah tomato daun ketumbar dan  cili merah serta cili hijau yang telah di potong memanjang.
7. Kacau seketika dan tutup api. Bolehlah dihidangkan.

Baca Juga : 










2 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post