10 Tempat Menarik Di Singapore Untuk Bercuti Yang Wajib Dikunjungi

10 Tempat Menarik Di Singapore Untuk Bercuti Yang Wajib Dikunjungi | Salam semua, pening sebenarnya bila nak travel tapi tak tahu nak travel negara mana. Apa kata kita yang duduk Malaysia kenal - kenal negara jiran dulu. 

Apa kata korang pilih untuk bercuti ke Singapura, Kalau tengok kat peta dunia, Singapura merupakan sebuah negara pulau yang terletak di tepi hujung selatan semenanjung Malaysia.  

Ambil mood untuk bercuti ke negara jiran walaupun hanya dipisahkan dengan Selat Tebrau tapi masih lagi melancong ke luar negara jugak kan.

Tempat menarik di Singapore

Singapura memang banyak tempat menarik walaupun terkenal sebagai pusat membeli - belah yang mewah tapi masih lagi berbaloi diterokai sekiranya korang mampu, kena terokai sendiri dan menikmati pengalaman bercuti di sana. 

Walaupun negara Singapura itu kecil tapi jangan disangka tak ada keseronokan apabila melancong di sana.Bunyi macam banyak tempat menarik kan.

Kalau korang nak tahu Traveloka sedang mengadakan promosi buat sesiapa yang teringin nak berjalan - jalan di sana. 

Tapi sebelum itu, apa yang menarik di Singapura ni. Nak tahu tak ? Ini dia senarai  tempat menarik Singapore yang patut korang wajib pergi apabila melancong di Singapore.

Tempat Menarik Singapore Untuk Bercuti Yang Wajib Dikunjungi

1. Marina Bay Sands


Tempat menarik di Singapore

Sebut Marina Bay Sands terus teringat negara Singapura, Marina Bay Sand adalah sebuat resort mewah yang terdiri dari hotel, jenama - jenama mewah , pusat membeli - belah dengan terusan yang mengalir, Muzium Art Science dan juga Marina Bay Sands Park. 

Daripada atas dek pemerhati Skypark ini, korang boleh melihat pemandangan seluruh bandar.

2. Singapore Botanic Garden

Tempat menarik di Singapore

Untuk pengetahuan korang semua, Singapura juga telah menerima pencalonan warisan dunia UNESCO yang pertama bagi taman - taman botani. 

Macam tak percaya Singapura yang pesat membangun konkrit sana sini tapi masih mempunyai kebun - kebun dan taman - taman bunga yang masih dijaga dengan baik.

Singapore Botanical Garden tempat yang wajib dilawati bukan sahaja korang dapat melihat sendiri pokok warisan taman botanikal ini malah korang juga jangan lepaskan peluang untuk melawat Taman Orkid Kebangsaan yang ada di taman ini. 

Kalau yang sukakan kehijauan, taman botani ini mesti dimasukkan dalam senarai tempat wajib dikunjungi.

3. Singapore Chinatown

Tempat menarik di Singapore

Sebut sahaja Chinatown terbayang suasana mesti seperti di negara China. Jika korang ingin merasai suasana Chinatown di Singapura, korang wajib singgah di sini. 

Korang juga boleh melawat Pusat Warisan Cina dan melihat sendiri kuil Hindu Sri Mariamman. Satu lagi kuil yang wajib korang lawati adalah kuil Buddha Tooth Relic.

Di kawasan Chinatown ini, penanda warisan telah dipasang di seluruh kawasan dalam bahasa inggeris, Jepun dan Cina supaya para pelawat dapat memahaminya dengan mudah. 

Walaupun ia mempunyai pengaruh Cina yang kuat pada masa dulu, tetapi ia adalah kawasan kejiranan yang mempunyai Wi - Fi percuma.

4. Singapore Little India Dan Arab Street

Tempat menarik di Singapore

Satu lagi lokasi menarik untuk korang berjalan melihat warna -warni di kota Singapura, tak lain tak bukan di Little India dan Arab Street. 

Selain daripada makanan yang sedap, Singapura mempunyai kawasan kejiranan yang pelbagai. Masyarakat India memiliki sejarah yang amat kaya di Singapura. 

Nama Singapura sebenarnya berasal daripada perkataan Sanskrit untuk Lion city.

Di kawasan kejiranan Arab pula. jangan lupa melawat Masjid Sultan yang terletak di tengah - tengah bandar Singapura ini ya. 

Masjid yang penuh bersejarah yang pada asalnya dibina pada tahun 1825. 

Sekiranya korang nak membeli - belah sesuatu yang unik , Lorong Haji dan Bali adalah tempat yang sesuai yang wajib singgah di sini.

Tempat menarik di Singapore

5. Lawatan ke Singapore Zoo

Tempat menarik di Singapore

Selain itu,  tempat lain yang boleh korang lawati adalah Singapore Zoo. Rasanya inilah tempat yang daku suka kalau nak melawat negara orang. 

Yang bawa anak - anak eloklah pergi melawat di Singapore Zoo. Lagipun kemudahan yang ada di sana cukup bersih dan menarik. 

Haiwan - haiwan zoo yang ada dijaga penuh rapi dengan kepelbagaian tumbuh - tumbuhan dan ruang habitat.

Luangkan lebih banyak masa sikit kat sini untuk berjalan - jalan di sekitar zoo. 

Sekiranya masih lagi tidak puas hati ada lagi aktiviti lain yang boleh join seperti Night Safari, River Safari ( termasuk juga panda gergasi ) dan Jurong Bird Park

Pas untuk taman - taman ini disediakan sekiranya ingin melawat lebih dari satu taman hidupan liar ini.

6. Orchard Road  

Tempat menarik di Singapore

Suka shopping ? nak beli cenderahati nak bawa balik tapi kena ada bajet lebih sikit :). Nak jalan - jalan sambil cuci mata pun boleh. 

Korang boleh jalan - jalan di Orchard Road ini. Kawasan Orchard Road memang merupakan destinasi membeli - belah yang sesuai Ini kerana terdapat banyak kedai - kedai mewah di setiap selekoh.

Terdapat juga empat buah teater filem, termasuklah IMAX dan karaoke KTV. Kat sini memang banyak tempat pilihan untuk shopping, rambang mata orang cakap. 

Apapun tak rugi jika korang berjalan - jalan kat sini.

7. Pulau Sentosa 

Tempat menarik di Singapore

Sekiranya nak berubah mood nak ambil angin pantai, korang boleh berkunjung ke Pulau Sentosa.

Walaupun Singapura tidak dikenali sebagai lokasi pantai, ia juga termasuk dalam salah satu tempat menarik di Singapura yang bertemakan peranginan persisiran laut.

Untuk melakukan aktiviti yang menarik di sini, Pantai Siloso adalah pilihan terbaik. korang boleh bermain bola tampar di gelanggang percuma yang ada ataupun pergi berkayak dan bermain papan luncur. 

Terdapat juga beberapa tarikan pantai yang lain, ditambah pula dengan Aquarium Underwater World di mana korang boleh berenang dengan ikan lumba-lumba.

Di sinilah ada Merlion, patung terkenal Singapura yang mempunyai kepala singa dan badan ikan. 

Jika ingin menikmati  pemandangan panorama kawasan sekitar, boleh guna eskalator untuk ke bahagian atas patung tersebut.

Fort Siloso, satu - satunya pelabuhan yang terpelihara di negara ini juga terletak di Pulau Sentosa.

Keseronokan makin bertambah jika korang nak cuba sendiri pengalaman terbang di atas air, sedia untuk check list di The Flying Trapeze  dan juga SeaBreeze Water-Spots @ Wavehouse.

8. Universal Studios Singapore 

Tempat menarik di Singapore

Untuk lagi kepuasan apabila korang ke sana, jangan lupa untuk ke Universal Studios Singapore.

Merupakan sebuah taman tema yang terletak di antara Resort World Sentosa, Pulau Sentosa Singapura.   
Segala pusat keseronokan ada di sini, sebab ia adalah pusat tarikan pelancong yang utama di Singapore. Sekiranya ada peluang, korang boleh berkunjung ke sini.

Pastikan apabila berada di sini, korang kena tahu peta Universal Studio Singapore. tak lah nanti tersesat, jadi info seperti ini sangat penting. 

Pastikan juga sediakan wang belanja yang mencukupi apabila datang ke sini. Segala macam jenis permainan ada kat sini tentulah teruja.

9. Clark Quay 

Tempat menarik di Singapore

Siapa yang belum pernah dengar nama tempat Clark Quay. Tempat ini pernah terkenal sebagai pusat perdagangan pada abad ke 19. 

Boleh dikatakan tempat bersejarah di Singapura. Sekarang, tempat ini telah berwajah baru dan dijadikan lokasi untuk pengunjung menikmati pemandangan pada waktu malam yang sangat cantik.

Pengalaman menaiki Singapore River Cruise memang mengujakan lebih lagi pada waktu malam. Perjalanan selama 40 minit dengan Bot klasik digunakan untuk membawa penumpang. 

Penumpang akan dibawa ke beberapa tempat seperti Merlion Park, Marina Bay Sands,Clifford Pier, dan Raffles Landing Site.

10. Lorong Haji ( Haji Lane ) 

Tempat menarik di Singapore


Lorong Haji dikenali sebagai lokasi yang menarik untuk sesiapa yang suka ber OOTD. Di sin terdapat banyak dinding dengan lukisan mural yang menarik perhatian. 

Tidak rugi sekiranya berkunjung di sini dan melihat sendiri lukisan mural.

Buat korang yang nak bersantai - santai pada sebelah malam pula, terdapat aktiviti menarik di sini di mana suasana di sini lebih meriah dengan persembahan live band dari artis - artis tempatan.

Selain itu, untuk yang kaki shopping, jangan lupa singgah di sini. Banyak cenderamata murah di Singapura untuk dibawa pulang. 

Tidak lupa juga, di sini ada pelbagai jenama pakaian tempatan yang lain dari yang lain. Dan harga pun berbaloi - baloi.

Diskaun Hebat Ke Seengapore Dengan Traveloka Promotion 

Untuk yang baru pertama kali nak melancong di Singapura, baru tahu banyak tempat menarik di Singapura kan ?

Kalau korang tengah berfikir nak bercuti di Singapura macam mana, nak cari tiket yang paling murah, apa kata korang tempah dengan Traveloka.

Jangan risau, Traveloka adalah pakar dalam percutian dan dapat memenuhi bajet percutian korang.

Untuk pengetahuan korang juga, Traveloka adalah "one-stop travel app" yang menawarkan kemudahan percutian ke Singapore. Setakat nak terbang ke Singapura tak payah risau dah ya.

Apa yang menariknya diskaun hebat dari Traveloka dengan RM 50 flat rate discount untuk penerbangan pergi dan balik dari mana - mana lapangan terbang di Malaysia ke Singapore dengan menggunakan Traveloka samada melalui laman web atau aplikasi dengan menggunakan kupon GOSG. 

Untuk tempahan hotel di Singapore, tawaran potongan sehingga 20 %, tiada kupon diperlukan. Jadi, korang kena cepat - cepat tempah dengan Traveloka. 

Jangan lepaskan peluang untuk bercuti ke Seengapore dengan Traveloka Promotion. Terlepas peluang rugi sebab promosi tengah murah.

Syarat - Syarat Dan Cara Membuat Tempahan 

Sekiranya korang merancang untuk menempah dengan Traveloka, pastikan baca syarat - syarat seperti di bawah :

1. Promosi MYR50 hanya sah untuk penerbangan pergi-balik dari mana - mana lapangan terbang di Malaysia dalam satu booking ID.
2. Pilih penerbangan dan gunakan kupon kod "GOSG" sewaktu pembayaran.
3. Pilih hotel yang mempunyai diskaun 20%  dari harga asal daripada senarai hotel yang terlibat.
4. Untuk tempoh tempahan bermula pada 1 September hingga 30 September
5. Untuk tempoh perjalanan pula pada bila - bila masa

Promosi ini dibuka untuk aplikasi Traveloka dan juga di laman web Traveloka. Jadi, jangan lupa untuk download aplikasi terlebih dahulu sebelum korang buat tempahan ya. 

Download aplikasi Traveloka lagi senang sikit semuanya di hujung jari kan.





4 تعليقات

  1. Cantiknya.. Bebraloi guna apps traveloka ni..

    ردحذف
  2. menariknya....rietta baru je tgk rencana pasal visit singapore ni...mmg teruja juga nk ke sana....

    ردحذف
  3. Cantik betul Kota Singa nie, Insha Allah satu hari nanti saya akan jejak jugak ke sana..

    ردحذف
  4. Bestnya kalau dapat pergi Singapore 😍

    ردحذف

إرسال تعليق

أحدث أقدم