Katakan Tidak Gigi Kuning ! 3 Cara Memutihkan Gigi Kuning | Gigi kuning ? Siapa yang ada masalah gigi kuning. Tak nak mengaku semua. Ok tak apa, jom kita check gigi kita sama ada gigi kita ini kuning ke atau gigi putih.
Kebiasaannya, orang yang mempunyai gigi kuning berasa sedikit down sebab kehilangan aset utama iaitu senyuman yang menawan.
Sebenarnya, banyak faktor yang perlu diambil kira kenapa gigi terlalu kuning. Sis pernah dengar orang cakap yang gigi kuning lagi tahan lama nak banding gigi putih.
Sejauh mana kebenaran itu, diri sendiri pun tak tahu. Korang yang gigi putih jangan lah asyik risau.
Ketahui 6 Penyebab Gigi Kuning
Sebelum itu, kita kena ketahui apa penyebab atau punca gigi kuning ? Ramai yang tak suka gigi kuning, tapi ada sebab kenapa gigi menjadi kuning. Di bawah adalah antara penyebab gigi mejadi kuning.
1. Umur Yang Semakin Meningkat
Apabila umur kita semakin meningkat, bukan sahaja sistem tubuh kita yang lemah malah ia juga memberi kesan kepada gigi.Gigi kuning disebabkan juga proses penuaan. Jadi, jangan rasa pelik kalau tengok makin lama makin kuning gigi kita.
Enamel, iaitu lapisan putih pelindung gigi yang kuat lama kelamaan akan menjadi haus.
2. Perokok
Sekiranya anda seorang perokok, kebarangkalian gigi kuning memang terjadi sangat tinggi.Ia disebabkan daripada produk tembakau daripada rokok dan juga tembakau. Gigi semakin lama menjadi semakin gelap.
Jadi, elakkan merokok, merokok kan bukannya elok pun untuk kesihatan.
3. Kebersihan Oral Tidak Terjaga
Gigi dan mulut sekiranya tidak dijaga dengan betul, boleh membawa kesan lain seperti memepercepatkan perubahan warna gigi.Sekiranya tidak memberus, memflos apatah lagi untuk berkumur secara rutin banyak lagi masalah yang akan timbul.
4. Disebabkan Penyakit Yang Dihidapi
Punca kurang lazim perubahan warna gigi adalah penyakit yang menjejaskan enamel, atau rawatan penyakit tertentu, seperti kemoterapi atau radiasi yang digunakan untuk merawat kanser.Untuk kes sebegini,perubahan warna adalah lebih kepada kecoklatan.
5. Gigi Kuning Dalam Keturunan Keluarga
Yang ini ada pernah dengar, gigi kuning sebab dalam keturunan keluarga mewarisi enamel yang lebih kuning berbanding dengan orang lain yang gennya berbeza.6. Makanan Dan Minuman
Minuman berwarna seperti kopi dan teh juga boleh menyebabkan gigi menjadi kuning. Kalau korang memang peminat kopi dan teh cuba check tengok gigi, kuning ke tak ?
Selain itu, makanan yang menyebabkan gigi kuning seperti tinggi kandungan gula atau karbohidrat.
Itu sahaja 6 sebab utama gigi terlalu kuning.
Tapi kalau yang gigi kuning ada jalan penyelesaiannya, jangan lah terasa down sangat ya,
Gigi kuning bukan salah satu tanda kesihatan yang serius walaupun ia berlaku secara perlahan - lahan.
Sumber: listerine.com.my
3 Cara Memutihkan Gigi Kuning
Ramai yang risaukan gigi kuning dan ada yang tertanya - tanya cara memutihkan gigi kuning.
Sebenarnya rawatan gigi kuning ada, tetapi ia memerlukan teknik yang betul bagi mengelakkan masalah pada masa akan datang.
1. Veneer atau "sarung gigi"
Harga putihkan gigi di klinik kerajaan mungkin lebih murah nak dibandingkan dengan klinik swasta. Veneer atau perkataan lain dipanggil sarung gigi.
Melalui kaedah ini, doktor gigi akan "trim" atau hakiskan sedikit permukaan gigi sebelum ambil saiz dan bentuk gigi.
Kemudian, sampel gigi akan dihantar ke makmal untuk mendapatkan acuan gigi pesakit sebelum dipasang.
Kelebihan sarung gigi ini adalah pesakit akan mendapat gigi yang putih semula. Sarung gigi ini mampu bertahan hingga bertahun lamanya.
Warna pilihan untuk sarung gigi boleh dipilih sama ada nak warna putih seperti sinki, putih seperti sklera mata atau putih yang sikit kekuningan.
Harganya lebih mahal. Hanya disarankan untuk mereka yang mampu saja.
2. Whitening
Kaedah "whitening" pula, doktor gigi tidak akan menghakis permukaan gigi, tetapi doktor akan memelihara permukaan gigi dan "mendarakan" gigi tersebut.
Caranya, doktor gigi akan membuang karang pada celah gigi guna teknik "scaling" sebelum meletakkan bahan kimia yang selamat digunakan seperti hydrogen peroxide atau carbamide peroxide untuk melindungi gusi.
Kemudian, doktor akan menghalakan cahaya lampu yang khusus pada gigi untuk mengaktifkan bahan tadi.
Proses ini akan diulang hingga 4 kitaran untuk memutihkan gigi.
Kaedah ini lebih murah kalau nak banding dengan sarung gigi. Tetapi ia mampu bertahan tidak lebih dari 6 ke 12 bulan.
3. Cara Memutihkan Gigi Dengan Baking Soda Atau Serbuk Penaik
Kaedah ini pernah dengar atau kata lain paling simple nak buat. Caranya mudah saja, guna 1/2 sudu teh serbuk penaik dicampur dengan 2 sudu air biasa. Masa nak berus gigi buat cara macam ni.
Dengan cara ini, ia juga mampu untuk menanggalkan plak - plak degil yang terdapat pada gigi untuk mendapatkan gigi yang lebih putih.
Selain itu, boleh dapatkan juga pemutih gigi di farmasi yang mempunyai kandungan "baking soda" atau hydrogen peroxide.
Produk pemutih gigi ini juga menunjukkan hasil yang positif dalam memutihkan gigi tanpa memberikan kesan yang buruk kepada enamel gigi.
Cara Penjagaan Gusi Dan Gigi Dengan Betul
Harap dengan 3 cara memutihkan gigi kuning dapat membantu korang semua nak pilih yang mana satu. Terasa nak buat ke tak. Tapi kalau sis nak pilih cara yang nombor 3.
Kita kena peka dengan penjagaan gusi dan gigi dengan betul kalau tak nak ada masalah. Sebab ramai yang ambil remeh tentang penjagaan gigi dan gusi.
Apa yang korang perlu buat kalau nak gigi dan gusi yang sihat ?
1. Tinggalkan tabiat merokok
2. Berus gigi sekurang - kurangnya 2 kali sehari
3. Guna berus gigi yang tidak terlalu keras
4. Ubat gigi yang mempunyai fluorida
5. Kerap floss gigi terutamanya selepas makan
6. Scaling gigi secara berkala untuk bebas dari karang gigi kerana ia mampu melemahkan gigi
Kadang - kadang rasa berat nak buat tapi kena usahakan juga nak buat kalau nak gigi dan gusi yang lebih sihat. Barulah nak senyum pun terasa yakin kan.
Sumber : https://www.doctoroncall.com.my/soalan/cara-putihkan-gigi
Baca Juga :
oh baru tau, gigi kuning asal keturunan. nice info kak
ReplyDeletejemput join ga sha ; http://www.shfyqhazhr.com/2018/10/giveaway-planner-2019-by-shfyqhazhrcom.html
Gigi kalau kuning pun janganlah teruk sangat kan hahahaha...
ReplyDeletekena tukar gigi palsulah
ReplyDeleteOooo, okey.. Hihi kita dah tua dah...
ReplyDeletepakai gigi palsu pun boleh jadi kuning jugak haaa :D
ReplyDeletegula2 mungkin salah satu penyebabnya..
ReplyDeletePost a Comment