ASSALAMUALAIKUM..
Salam semua..
Geram sangat tengok orang lain goreng ikan bilis dalam air fryer, nampak cantik kejadiannya dah la garing, crispy dan tidak berminyak. Wani pun mula lah bereksperimen. Sebelum ini, ada sekali bereksperimen pergi buat suhu rendah hii, tapi tak menjadi lah ya nampak macam garing tapi mentah pulak :D.
Kali kedua bereksperimen yeay dah menjadi garing, crispy jerr, tapi masa tu tak masuk sekali dengan telur lagi. Kali ini cuba buat masukkan sekali dengan telur 2 biji. Ikan bilis siap basuh bersih - bersih masukkan dalam bekas stainless steel. Bekas tu percuma, hadiah sekali dengan air fryer. Elok siap masukkan letak dalam bekas macam ini, baru ikan bilis tak berterabur kat bawah, jaring basket tu luas la jugak, takut ada yang ikan bilis jatuh bawah.
Bila buat macam ini, senang kita nak kacau balik semasa tengah menggoreng tu ya.
Ikan bilis ni tak ingat dah guna yang mana, kalau ikan bilis jenis cantik, memang cantik macam ni lah kejadiannya. Sebab ada terbeli yang jenis lain, bila goreng macam tak berapa sikit. Adoi ke situ pulak, tak kisah lah korang ya asalkan nama ikan bilis. tapi ini ikan bilis yang dah dikopek buang kepala semua. :D
Ini kejadian selepas "rebus" telur dalam air fryer. Double yeay sebab masak dengan sempurna. Nampak tak tu bila dah belah 2 cantik kejadiannya. Jimat masa sebab goreng sekali dengan ikan bilis :). Yang mana tak clear lagi, korang boleh tonton video di bawah ya.
CARA GORENG IKAN BILIS DAN "REBUS" TELUR DALAM AIR FRYER
Bahan - bahan
Ikan bilis secukupnya dibasuh bersih ( ikan bilis terpulang nak banyak mana tapi biar muat dalam bekas jangan sendat sangat )
2 biji telur
Cara - cara
1. Ikan bilis yang siap dibasuh bersih letak dalam bekas tahan panas. Telur pun basuh bersih
2. Kemudian letak dalam basket telur dan ikan bilis
3. Tolak masuk dalam air fryer dan putar tombol suhu ke 180 C dan setkan masa dalam 10 minit terlebih dahulu.
4. "rebus" telur dalam air fryer ambil masa 10 minit.
5. Setelah cukup 10 minit, keluarkan telur dari basket dan rendam dalam air sejuk, ambil sudu kacau balik sekejap ikan bilis
6. Letak balik dalam air fryer dan putar tombol tambah dalam masa 7 minit macam tu.
7. Dah siap masak dah cukup garing tak apa dah. Kalau selepas 7 minit macam tak garing lagi, tambah lah masa ya, sebab bergantung kepada banyak mana ikan bilis yang nak digoreng
Jemput tonton di my youtube channel
ray duduk umah sewa xde langsung bahan nak masak hahaha
ReplyDeleteterbaek.. goreng memang x guna minyak ek..
ReplyDeletewah ni betul2 sihat ni..rumah diah ada air fryer nanti nak cuba la
ReplyDeleteQiya yang dapur tak berapa nak berasap ni terkebil-kebil la baca apa benda la air fryer ni hahaha
ReplyDeleteBestnya tengok airfryer ni boleh guna untuk perlbagai jenis masakan kan.. kurang minyak kan dan umah tak berbau busuk.. Nanti nak survey minta tuan suami belanja heeehe 😍
ReplyDeleteaduh tiap kali baca blog akak mesti rasa nak beli air fryer ni T,T
ReplyDeleteSaya ada air fryer dekat rumah tapi lepas arwah ibu meninggal, kami langsung tak usik. May give it a whirl the next time and akan cuba your tips & tricks :)
ReplyDeleteSenang kan kalau ada airfryer ni...kena pi beli cepat ni, byk benda boleh guna dia
ReplyDeletePost a Comment