Cara Masak Pulut Bersantan Guna Periuk Noxxa

Cara Masak Pulut Bersantan Guna Periuk Noxxa | Ada sekali pergi post untuk video youtube di satu page group ini ada yang tanya boleh tak nak masukkan santan terus nak tanak pulut dalam noxxa. Barangkali lah maksud dia tak nak guna air, nak guna santan. Kemudian reply kat dia, tak boleh buat macam tu nanti pulut tak masak, air dan santan tak sama, baik masakkan pulut guna air terlebih dahulu, kemudian baru gaul dengan santan.

Selepas sekian lama bereksperimen cara ikut style sendiri, macam ni lah yang selalu buat, walaupun cara orang lain tak sama, tak apa lah kan dah ikut cara kita buat macam tu menjadi, maka ikutlah cara kita, nanti nak ikut cara orang tak berapa jadi pulak. Apapun kena bereksperimen lah ya. Bukan nak kata cara orang lain tak jadi, dia dah ada cara dia kot kita dengan cara kita, Wani pun habis bereksperimen ni. 

cara masak pulut bersantan noxxa

Mungkin ada yang nak try cara ini dipersilakan :). Pulut bersantan ini, makan dengan parutan kelapa muda yang dimasak dengan gula melaka. Biasa kuih kat sini namanya "Pulut Berinti". Tapi di sini nak tunjuk cara nak masak pulut dan cara gaul dengan santan sekali. Ini kuih memang kesukaan bonda.


Cara Masak Pulut Bersantan Guna Noxxa

Inilah rupa parut kelapa yang dah siap dimasak dengan gula melaka. Tak ada resepi ya, nanti next time kita kongsi ya :).

Ada cara orang, dia buat mode steam untuk nak bagi cepat serap santan dalam pulut, tapi Wani tak buat takut berkerak, Mode steam kalau tak terperasan, bila air dah kering, dia akan bunyi beep beep, banyak kali, kalau kita tak alert, alamatnya mungkin berkerak pulut. Sebab itu lebih suka pilih mode "reheat" sahaja dan biarkan dalam 1 jam.

Ini bukan nak buat ketupat pulut palas tu ya, ini nak tunjuk cara masak dan gaul dengan santan. Nak lagi jelas, korang tonton video di bawah ya.

Cara Masak Pulut Bersantan Guna Noxxa 

Bahan - Bahan 

4 cawan beras pulut susu 
Air secukupnya untuk tanak pulut 
Santan secukupnya ( santan kalau nak guna santan pekat pun boleh ) lagi senang. Kalau nak perah untuk santan segar, guna santan perahan pertama. 

Cara - Cara
1. Basuh beras pulut kemudian sejatkan dalam penapis

2. Masukkan ke dalam periuk noxxa dan masukkan air atas paras beras sikit.

3. Tutup dan putar tombol ke pressure, kemudian tekan HP 8 minit dan tekan button On

4. Lepas bunyi beep, putar tombol ke steam dan biarkan wap keluar

5. Buka tudung, beras pulut elok masak cantik. Kalau nak tengok kejadian pulutnya yang cantik jemput tonton video ya.

6. Angkat inner noxxa, keluarkan pulut letak dalam bekas besar sikit untuk mudah digaul dengan santan.

7. Letak garam secukupnya dan tuangkan santan sikit -sikit sambil gaul rata dengan pulut. Nampak pulut dah salut elok dengan santan cukup dah

8. Kemudian masukkan balik pulut yang dah digaul dengan santan ke dalam inner noxxa dan letak dalam periuk noxxa

9. Putar tombol ke steam dan tekan "reheat" dan kemudian tekan on. Biarkan dalam sejam. Selepas 1 jam, keluarkan pulut pindah masuk dalam bekas lain.

Jemput tonton video di bawah ya 


Nak tahu 10 rahsia untuk buat bisnes bakeri jana pendapatan 2 - 3 angka klik SINI

4 Comments

  1. waa nampak sedap ni kak. Nanti share resepi kelapa dgn gula melaka tu plak ya.

    ReplyDelete
  2. Mrs. A pun tak rajin berexperimen biasa kalau nak buat ikut jer...resepi orang.

    Dah lama tak guna NOxxa memula beli jer semangat huhuhu

    ReplyDelete
  3. ala sayang pulak tak guna :(

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post