Resepi Hati Lembu Dan Daging Masak Kicap Simple Dan Sedap

Resepi Hati Lembu Dan Daging Masak Kicap Simple Dan Sedap | Salam semua, dah masuk bulan Oktober dah. Lagi 2 bulan tahun 2018 nak menutup tirai. Dalam seminggu ini cuaca panas sangat. Wani balik dari attend majlis semalam untuk solat hajat dan  doa selamat di Hospital USM untuk pembinaan rumah Ronald Mcdonald  terus rasa tak sedap badan dan pening. Tanda badan tak sihat. Pening kepala pun dah jadi asbab dah Allahu. Semalaman tak dapat nak bangun dek pening kepala. Nanti akan di upkan cerita kat blog ya. Stay tuned.



Kali ini entri pendek dan tertunggak. Sejak jumpa resepi dari Kak Azie, macam ni lah selalu buat masak, dah jatuh cinta sangat dengan resepi beliau samada ganti dengan ayam, hati lembu ke, daging pun sedap. Korang dah cuba tak ?

Entri pendek ya kali ini. Sharing resepi yang sedap.

Resepi Hati Lembu Dan Daging Masak Kicap Yang Mudah 

Sumber : Azie Kitchen

Bahan - Bahan 
1/2 kg hati lembu - potong tebal
Garam
Kunyit hidup/ serbuk kunyit

Bahan Tumbuk
2 inci halia
3 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah

Bahan Lain
1 senduk kicap manis
1-2 sudu besar sos lada hitam - boleh ganti dengan serbuk lada hitam
Sedikit sos tiram
Sedikit serbuk perasa - saya tambah
Gula - jika perlu kerana jika guna kicap manis dah tak perlu gula

Bahan lain
1/2 biji bawang besar Holland saiz besar - hiris halus
Cili merah dan cili hijau - belah 2
Daun sup

Cara - Cara
1. Hati lembu dihiris tebal kerana jika nipis akan liat dan tak sedap.

2. Panaskan minyak dan goreng hati. Jangan goreng garing, tak sedap. Goreng sekadar hati masak sahaja. Angkat dan ketepikan.

3. Dalam kuali yang lain, panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tumbuk sehingga naik bau dan garing.

4. Masukkan kicap, sos tiram dan sos lada hitam atau serbuk lada hitam. Jika perlu, masukkan sedikit air.

5. Akhir sekali, masukkan bawang besar dan cili hidup. Masukkan hati yang telah digoreng. Kacau rata. Jika suka, boleh masukkan sedikit serbuk perasa.

Jemput tonton di my youtube channel 

1 Comments

  1. Boleh tukar dengan daging ini.. Sha tak pernah makan hati lembu.. sedap ke Wani..

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post