5 Senarai Semak Untuk Ibu Bapa Sebagai Panduan Pemilihan Pengasuh Di Rumah | Salam semua, sejak kebelakangan ini kerap kali isu penderaan kanak - kanak dan bayi yang selalu muncul dalam berita. Sampaikan tak sanggup nak dengar, ada saja berita yang menyedihkan.
Kalau bukan setakat isu pengasuh yang dera bayi, paling menyedihkan apabila dengar berita baru - baru ini, ada juga manusia yang bertopeng syaitan merogol bayi.
Perogolnya tu pulak suami kepada pengasuh, tak tahu nak kata ini manusia ke ini binatang ke apa. Hancur luluh rasa hati ini, apatah lagi buat ibu bapa kepada bayi yang menjadi mangsa.
Entah bila isu begini boleh dibendung, tak tahu nak salahkan siapa, pengasuh pun manusia bukan robot, jadi emosi setiap manusia itu berbeza, itu yang risau sangat nak hantar anak di rumah pengasuh.
Entah bila isu begini boleh dibendung, tak tahu nak salahkan siapa, pengasuh pun manusia bukan robot, jadi emosi setiap manusia itu berbeza, itu yang risau sangat nak hantar anak di rumah pengasuh.
Baru - baru ini, dalam berita, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat telah mengeluarkan satu senarai semak atau panduan kepada ibu bapa.
Sekiranya mereka ingin menghantar anak mereka kepada pengasuh tidak kira lah pengasuh tersebut merupakan saudara mereka ke, ataupun yang tidak mempunyai talian persaudaraan.
Ya lah kita tak ada pengalaman nak tahu pengasuh tu macam mana, jadi dengar cerita pengalaman orang lain yang hantar anak mereka kepada pengasuh.
Anak saudara yang duduk kat Johor macam tu lah, tak hantar TASKA, hantar rumah pengasuh, itupun adik cakap ada orang yang cadangkan hantar kat rumah pengasuh tu. Setakat ini baru bertukar 2 orang pengasuh.
Biasanya, kita memang tanya adik, pertama sekali soalan pertama, suami pengasuh tu kerja apa.
Kadang- kadang rasa takut jugak lebih lagi anak saudara tu perempuan.
Tahu tak, negara kita ni sebenarnya kekurangan pengasuh yang berkelayakan. Statistik pendaftaran JKM, bilangan TASKA yang berdaftar pun hanya berjumlah 4,378 sahaja.
Tahu tak, negara kita ni sebenarnya kekurangan pengasuh yang berkelayakan. Statistik pendaftaran JKM, bilangan TASKA yang berdaftar pun hanya berjumlah 4,378 sahaja.
Bilangan ini memang terlalu sedikit. Kementerian pun susah nak buat penguatkuasaan ke atas pengasuh sekiranya bayi atau kanak - kanak yang diasuh tidak melebihi 3 orang.
Kadang- kadang kerjaya ibu bapa yang biasanya kerja shift malam, susah nak letak anak di bawah jagaan TASKA
1. Persekitaran
2. Peribadi pengasuh
3. Pengalaman dan kelayakan pengasuh
4. Keluarga / ahli isi rumah yang tinggal bersama pengasuh
5. Perkhidmatan pengasuh sedia ada
Untuk details,boleh lah lihat gambar infografik di bawah sebelum dan selepas menghantar anak ke rumah pengasuh.
Semoga ibu bapa prihatin juga terhadap isu - isu semasa dan info yang terkini yang dikeluarkan oleh kementerian terutamanya isu keselamatan kanak-kanak.
Kadang- kadang kerjaya ibu bapa yang biasanya kerja shift malam, susah nak letak anak di bawah jagaan TASKA
Infografik Panduan pemilihan Pengasuh Di Rumah
Untuk ibubapa, ini 5 senarai semak yang perlu ambil berat ketika memilih pengasuh. Bagus juga ada senarai semak macam ini, nanti senang nampak dan faham dalam bentuk infografik.1. Persekitaran
2. Peribadi pengasuh
3. Pengalaman dan kelayakan pengasuh
4. Keluarga / ahli isi rumah yang tinggal bersama pengasuh
5. Perkhidmatan pengasuh sedia ada
Untuk details,boleh lah lihat gambar infografik di bawah sebelum dan selepas menghantar anak ke rumah pengasuh.
Semoga ibu bapa prihatin juga terhadap isu - isu semasa dan info yang terkini yang dikeluarkan oleh kementerian terutamanya isu keselamatan kanak-kanak.
Sekiranya ada sebarang aktivti yang mencurigakan ataupun yang menyalahi undang- undang samada di TASKA ataupun di rumah pengasuh, segera hubungi Talian Kasih 15999.
Kalau pendapat diri sendiri, samada nak hantar TASKA ataupun ke rumah pengasuh, banyak faktor yang perlu diambil kira, kejadian yang tidak diingini di TASKA pun ada juga yang terjadi.
Kalau pendapat diri sendiri, samada nak hantar TASKA ataupun ke rumah pengasuh, banyak faktor yang perlu diambil kira, kejadian yang tidak diingini di TASKA pun ada juga yang terjadi.
Semoga anak- anak kecil kita sentiasa dilindungi. Semoga panduan infografik ini dapat membantu
Untuk maklumat lanjut tentang infografik ini, boleh download di SINI
Untuk maklumat lanjut tentang infografik ini, boleh download di SINI
5 Senarai Semak Pemilihan Pengasuh Di Rumah
Sebelum menghantar anak ke pengasuh di rumah, ibu bapa perlu mengetahu cara memilih pengasuh anak dengan memastikan faktor - faktor seperti di bawah :
1. Persekitaran
Tengok ruang sekitar rumah dan juga dalam rumah pengasuh. Pastikan tidak ada perabut yang berbucu tajam dan tidak ada air yang bertakung.
Ruang aktiviti yang luas tidak bersepah dengan perabut dan hiasan. Ruang persekitaran mestilah bersih dan selamat untuk kanak - kanak.
Sentiasa pastikan ada penghadang di ruang dapur, anak tangga, balkoni dan sebagainya.
2. Peribadi Pengasuh
Selain itu, lihat juga peribadi pengasuh macam mana. Penampilan dia macam mana dari rambut hinggalah ke pakaian. Pastikan rambut dan pakaian yang bersih, kemas dan bersesuaian untuk bekerja.
Pastikan pengasuh nampak sihat dan sesuai untuk bekerja. Kita sebagai ibu bapa pun kalau boleh nak pengasuh yang mesra dan mudah bagi kerjasama.
Perhatikan, jika pengasuh sentiasa bersedia dengan respon jelas dan tepat.
3. Pengalaman Dan Kelayakan
Sebelum memutuskan untuk mengambil pengasuh, pastikan juga pengasuh mempunyai pengalaman dan latihan dalam bidang pengasuhan. Ya lah, tak adalah ibu bapa risau kan.
Kalau boleh, bila hantar anak ke pengasuh ini, pastikan juga ada aktiviti yang bersesuaian untuk kanak - kanak.
Pengasuh pula, perlu pastikan kanak - kanak yang berusia bawah 2 tahun tiada "screen time". Bagi kanak - kanak bawah 5 tahun boleh bagi terhad kurang 1 jam.
Sebagai seorang pengasuh, perlu peka dengan talian kecemasan. Tak nak ibu bapa terlepas pandang.
Mungkin boleh tanya pengasuh ada buat tak senarai untuk telefon ibu bapa, klinik, hospital, bomba dan balai polis dan letak di tempat yang mudah akses.
4. Keluarga / Ahli Isi Rumah Pengasuh Tidak Menjaga Anak
Bila hantar anak ke rumah pengasuh, salah satu faktor penting juga ibu bapa perlu tahu berapa bilangan isi rumah di rumah pengasuh.Biasa kalau hantar anak ke rumah pengasuh mesti ada suami, anak - anak pengasuh. Semua tu perlu ambil tahu ya.
Pengasuh tidak boleh membiarkan anak diasuh oleh orang lain. Ini disebabkan tak nak bagi ada risiko kecederaan terhadap anak oleh orang lain.
Kalau boleh kenal ahli keluarga pengasuh seperti nama, umur, pekerjaan dan waktu berada di rumah.
5. Perkhidmatan Sedia Ada
Ibu bapa perlu pastikan juga berapa jumlah anak yang diasuh oleh pengasuh. Mungkin pengasuh pun ada anaknya sendiri.
Sekiranya hantar anak di rumah pengasuh, kena selidik pengasuh dah jaga anak berapa orang.
Kalau pengasuh di rumah anak yang diasuh mestilah tidak melebihi 3 orang di bawah umur 4 tahun termasuk anak sendiri.
Sekiranya pengasuh mengasuh kanak - kanak melebihi 3 orang bawah umur 4 tahun, pastikan pengasuh tersebut adalah pengasuh yang telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Pemerhatian Selepas Menghantar Anak
Selepas menghantar anak ke rumah pengasuh, ibu bapa mestilah buat pemerhatian setiap hari untuk sebarang tanda penderaan fizikal, emosi ataupun seksual. Kena pastika tiada tanda - tanda penderaan yang berlaku.
Ibu bapa kena rajin buat lawatan mengejut ke rumah pengasuh.
5 senarai semak ini, ibu bapa perlu peka ya. Diharap ini dapat membantu untuk ibu bapa mencari pengasuh anak supaya lebih berwaspada ketika memilih pengasuh untuk anak.
Baca Juga :
waah.. bagusnya senarai semak ni.. Sangat berguna panduan ini untuk ibu bapa yang perlu menghantar anak-anak kepada pengasuh.. Thank you for sharing =)
ReplyDeleteSemoga dengan adanya senarai semak ni dapat membantu ibu2 untuk pilih pengasuh terbaik untuk anak2. Huhu
ReplyDeletePost a Comment