Pelancaran Semula Rangkaian Pembersihan Diri Dari Dettol Untuk melindungi Keluarga Daripada 100 Jenis Kuman Berbahaya

Pelancaran Semula Rangkaian Pembersihan Diri Dari Dettol Untuk Melindungi Keluarga Daripada 100 Jenis Kuman Berbahaya | Salam semua, siapa pengguna setia Dettol angkat tangan, terus tanya siap.hii. Seingat dulu, tak suka bau dari Dettol, kuat sangat bau dia kan macam ubat :D. Bau macam ubat pun tapi memang bagus untuk perlindungan kulit kita kan. Korang tahu tak Dettol telah melancarkan semula rangkaian Pembersihan Diri.

Dettol profresh gel mandian dengan 12 jam perlindungan dari kuman

Jangan cakap, kuman tak ada ya, mana lah nampak kuman di badan kan. Biasa kalau bab untuk sabun tangan, memang terus teringat handwash dari Dettol, baru rasa macam yakin kuman- kuman dah tak ada hii.

Setiap ibu sudah pastinya gembira melihat anak-anak mereka membesar dengan sihat. Namun, semakin anak-anak meningkat umur para ibu bertambah risau apabila anak-anak mereka mula menerokai dunia sekitar dan berdepan dengan risiko pendedahan kepada pelbagai jenis kuman.


DETTOL "PRO FRESH" DAN DETTOL "PROSKIN"
Mendengar keluhan para ibu, maka Dettol, sebagai jenama perlindungan kuman No.1 di dunia,kini melancarkan semula seluruh rangkaian produk pembersihan diri baru-baru ini bagi melindungi semua keluarga di Malaysia daripada 100 jenis kuman berbahaya. Dettol ‘ProFresh’ dirumuskan untuk memberi ‘perlindungan daripada bau badan selama 12 jam’ bagi memastikan kesegaran sepanjang hari, walaupun dengan cuaca Malaysia yang panas dan lembap.

Dettol ‘ProSkin’ menyediakan ‘kelembapan selama 8 jam’ untuk mengekalkan perlindungan kulit bagi seisi keluarga yang selama ini sering terdedah kepada persekitaran yang memudaratkan seperti sinaran mentari yang terik atau dalam persekitaran dengan penyaman udara yang berterusan.

Sejak dilancarkan lebih 80 tahun yang lalu, dah lama kan Dettol ni sejak tahun 1932 lagi, Dettol telah menjadi peneraju perlindungan daripada kuman dan juga menjadi rakan aktif para ibu yang mahu melindungi keluarga masing-masing.

Jenama yang komited untuk menambahbaik kesihatan keluarga menerusi kebersihan ini sentiasa memperbaharui penyelesaian untuk melawan kuman yang sering berevolusi dalam zaman ini .


Komitmen ini meningkatkan lagi mutu dan keberkesanan produk bagi melindungi kesejahteraan pengguna. Tidak hairanlah jenama ini mendapat kepercayaan daripada para ibu di seluruh dunia bagi membantu keluarga mereka mengekalkan kebersihan diri dan seterusnya kesihatan mereka.

DETTOL JENAMA PERLINDUNGAN KUMAN NO 1 DI MALAYSIA 

Dettol merupakan jenama perlindungan kuman No. 1 di Malaysia sejak sekian lama. Dalam usaha jenama untuk mencari penyelesaian yang sesuai bagi melindungi keluarga Malaysia daripada kuman, Dettol telah mengenal pasti keperluan yang berbeza bagi produk pembersihan diri. Dua keperluan utama yang dikenal pasti adalah ‘perlindungan bau’ dan ‘perlindungan kulit’.

“Kita mandi untuk membersihkan badan. Selain daripada keperluan asas ini, terdapat keperluan yang lebih versatil dan lebih mendalam yang sangat bergantung kepada gaya hidup sesebuah keluarga.

Bagi keluarga Malaysia, keperluan mereka selalunya bergantung kepada dua keperluan: ‘perlindungan bau’ yang selalunya dikaitkan dengan kuman penyebab bau badan yang terdapat pada kulit dan perpeluhan sering berlaku dalam cuaca tropika yang panas, dan ‘perlindungan kulit’ yang mengekalkan kulit agar sentiasa sihat dan tidak kekeringan.

Ini merupakan satu cabaran di negara ini disebabkan pendedahan kepada cahaya matahari dan kelembapan yang menyebabkan habuk dan kuman melekat pada kulit.

RUMUSAN BAHARU UNTUK PERLINDUNGAN DARIPADA 100 KUMAN BAHAYA 
Produk pembersihan diri Dettol yang baharu dirumuskan untuk memberikan ‘perlindungan daripada 100 kuman bahaya’ bagi memenuhi kedua-dua keperluan ini. ‘ProFresh’ diperkembangkan untuk mengawal kuman penyebab bau dan memberikan perlindungan bau selama 12 jam, manakala ‘ProSkin’ memberi tumpuan kepada kulit yang sihat dengan menyediakan ciri pelembap selama lapan jam.

Kedua-dua rangkaian ini telah diuji secara dermatologi dan terbukti sesuai untuk kegunaan harian keluarga,” jelas Kim Minyoung, Pengurus Pemasaran Dettol Malaysia dan Singapura.

Dr. Steven Chow, Pakar Perunding Dermatologi menjelaskan bahawa para ibu pada masa kini lebih berhati-hati tentang cara untuk mengekalkan kebersihan badan dan kesihatan kulit keluarga.

"Para ibu berasa gembira apabila melihat anak-anak mereka aktif dan menikmati masa yang menyeronokkan dengan bermain di luar. Namun pada masa yang sama mereka juga turut bimbang tentang kuman-kuman yang tidak kelihatan yang boleh melekat pada badan mereka. Bau badan mereka pula sukar digambarkan! Bayangkan anak-anak anda pulang daripada melakukan aktiviti fizikal di sekolah dan bau badan mereka apabila masuk ke dalam rumah. Produk pembersihan diri yang berkesan di bilik mandi adalah solusi untuk seluruh keluarga. Oleh sebab kulit anak-anak mudah terdedah kepada kebahayaan, penyelesaian yang telah diuji secara dermatologi amatlah penting" kata Dr. Steven.


PELUH BUKAN PENYEBAB BAU
Dr. Steven menjelaskan bahawa ramai orang mempunyai tanggapan yang salah bahawa peluh menyebabkan bau badan.

“Peluh sebenarnya tidak berbau. Kuman pada permukaan kulit bertindak balas kimia dengan peluh dan mengeluarkan sisa asid yang sebenarnya menjadi penyebab bau. Oleh itu penting untuk menghapuskan sumber kuman pada peluh dengan menggunakan produk khas dan bukannya menggunakan produk pembersihan biasa. Ini bukan sahaja memastikan anda dan keluarga berbau segar sepanjang hari, tetapi juga meningkatkan kesihatan secara keseluruhan,” tambahnya lagi.

Kekalkan tahap kebersihan keluarga dan lindungi mereka daripada kuman ketika mereka menjalani gaya hidup yang aktif dan sihat! Rangkaian pembersihan diri Dettol terdapat dalam lima varian yang menyegarkan; Cool, Lasting Fresh, Re-energize, Fresh, dan Skincare. Produk ini dijual di pasar raya dan farmasi utama di seluruh negara pada harga

1. RM6.90 untuk botol 250ml

2. RM12.46 untuk botol 500ml

3. RM20.25 untuk botol 950ml

4. RM15.67 untuk pek isi semula 900ml

Dettol Cool

Dettol "fresh"

Dettol Lasting Fresh 

Dettol Re-energize

PENGALAMAN MENGGUNAKAN DETTOL PROFRESH 
Wani nak kongsikan pengalaman pakai Dettol Profresh, setelah beberapa hari menggunakan Dettol Profresh, best la guna, ingat baunya kuat macam sabun tapi tak memang 'cool' jerr. Guna sikit pun dah macam berbuih banyak. Harganya pun berbaloi dengan satu botol.

Korang beli dan cuba sendiri. Gel mandian Dettol ni pekat. Lepas mandi kulit pun rasa kekal dan segar rasa. Berasa yakin kuman - kuman pun tak ada. Inilah penangan Dettol kan. Selepas habis yang ini boleh cuba yang lain pulak.

*34.1% (1.97 juta) isi rumah rakyat Malaysia di seluruh Semenanjung telah membeli sebarang produk Pembersihan Diri Dettol (Cecair+ Sabun Buku + Pencuci Tangan) sepanjang 12 bulan lepas. Sumber: Kantar Worldpanel Malaysia


5 Comments

  1. aira pun guna dettol kalau datang masa kulit sensitif. hehe

    ReplyDelete
  2. Kita pun dah guna. Memang sesuai untuk seisi keluarga

    ReplyDelete
  3. Bau dia best ekin pengguna tegar hahaha

    ReplyDelete
  4. DETTOL USER here.. heehe syokk bau dia tuu

    ReplyDelete
  5. nak guna detol semula la... hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post