Senarai 84 Logo Halal Yang Diiktiraf Jakim Bagi 46 Negara Yang Terlibat

Salam semua, bagi umat islam, mencari yang halal itu adalah suatu kewajipan. Bukan saja nak cari barang keperluan makanan saja. 

Malah merangkumi semua barang. Penapis air pun ada logo halal tau bagi yang tak tahu. 

Kali ini nak berkongsi tentang Logo Halal pada negara yang terlibat.  

Walaupun tak merantau di negara orang, tapi di negara sendiri pun dah banyak barang yang diimport, apatah lagi kalau yang melibatkan bahan makanan.

Selalunya di pasar raya memang ambil masa lama sebab suka pergi tengok barang jenis belek- belek apa ramuan, tengok logo HALAL, ohh itu dah memang wajib. 

Lebih lagi yang membabitkan bahan import makanan dari luar negara.

Tapi,bagi yang nak melancong atau merantau di negara orang, logo halal ini memang wajib untuk ambil tahu supaya tidak keliru. 

Sebab itu penting untuk pengguna Islam yang selalu travel luar negara. Apabila dah kenal pasti logo halal yang telah diiktiraf di seluruh negara, jadi kita tidak perlu ada rasa was - was dalam diri. 

Nak membeli barang makanan ataupun nak masuk premis - premis pun dah rasa senang hati kan.

Untuk badan Pensijilan halal luar negara ada 43 negara yang terlibat. 

Tapi kebanyakan ada juga untuk satu negara contoh negara Australia ada banyak jenis logo halal, mungkin ikut kawasan, Jepun dan negara China pun sama juga.

Nak senang korang muat turun logo - logo halal ini boleh ke SINI. Baru nampak jelas sikit. Boleh semak senarai logo - logo halal luar negara yang berkaitan. 

Apa Itu Badan Pensijilan Halal Luar Negara ? 

Menurut laman web jom mohon halal, mana - mana Badan Pensijilan Halal Luar Negara yang ingin diiktiraf Jakim mestilah mematuhi garis dan panduan yang telah ditetapkan oleh Jakim. 

Badan ini juga yang bertanggungjawab untuk mengeluarkan sijil halal bagi produk - produk luar negara yang ingin masuk ke pasaran Malaysia. Bukan mudah ya. 

Dalam masa yang sama, pihak Jakim juga akan melawat dan membuat audit badan pensijilan luar negara. 

Ini adalah untuk memastikan, pihak mereka sentiasa mematuhi garis panduan dan piawaian yang telah ditetapkan. 

Untuk mengiktiraf badan pensijilan luar negara ini, banyak faktor yang perlu dipertimbangkan antaranya : 

1. Sistem pengiktirafan halal atau piawaian yang di gunakan
2. Pengauditan
3. Latihan dan kursus berkaitan halal
4. Sistem piawaian kebersihan
5. Kawal selia penggunaan logo halal

Logo Halal Yang Diiktiraf Jakim Bagi 46 Negara Yang Terlibat 

Dari semasa ke semasa Jakim akan mengemaskini logo - logo halal antarabangsa yang sedia ada. Jadi untuk senang nak rujuk, korang muat turun yang dah sis bagi link tadi ya. 

Dengan adanya logo -logo halal ini akan mudahkan untuk pengguna mengenal pasti logo - logo halal luar negara terutamanya pada produk import yang ada di pasaran. 


Logo halal


Logo Halal Korea Dan Thailand 

Sebagai contoh kat sini sis ada beli "garaetteok" iaitu kek beras frozen yang asalnya negara dari Korea. Mesti ramai yang dah biasa dengan kek beras ni. 

Kalau suka makan "tteokbokki" ni memang kena wajib ada kek beras ni dalam hidangan. Dimakan bersama sos pekat yang bernama "gochujang" iaitu cili pes Korea. 

Yang ni sis beli kat Shopee. Selamat sampai dalam 2 hari tak apa - apa yang rosak. Lepas sampai terus sis masuk dalam peti bawah bukan frozen ya. 

Di packaging kek beras ni dah ada logo halal Korea yang diiktiraf Jakim. Boleh tengok di gambar tu ya. 

Logo halal

Bila semak balik dekat senarai logo halal antarabangsa ni memang sama. 

Logo halal

Contoh ke dua sis ada beli pes Tom Yam jenama Kung Thai brand. Brand ni memang popular sebab ramai yang dah cuba. 

Pes Tom Yam ini dengan kata lain pes yang paling "kick" kena ada untuk nak buat tom yam. Memang sedap. Kalau korang nak masak tom yam yang sedap wajib guna pes tom yam ni ok. 

Logo halal

Untuk logo halal Thailand boleh rujuk gambar. Memang sama juga. 

Logo halal

Apapun, untuk logo - logo halal luar negara yang lain, korang boleh rujuk link yang sis bagi tu. 

3 Kegunaan Senarai Logo Halal  Luar Negara Yang Diiktiraf Oleh Jakim

Sebenarnya, senarai logo halal luar negara amat penting bagi kita sebagai seorang Islam yang amat menitikberatkan terutamanya dalam soal makanan. Supaya apa yang kita makan tu dari sumber yang halal toyyiban. 

1. Dapat mengenal pasti logo halal 

Pengguna boleh mengenal pasti logo - logo halal pada produk import yang dijual di pasaran. Dengan adanya logo halal ini, kerja pun jadi senang tak adalah kita selalu nak was - was.

2. Penting kepada pengimport 

Kepada pengimport yang nak bawa masuk produk dari luar negara ke Malaysia, memudahkan kerja mereka bagi mengelakkan kerugian.

3. Memudahkan untuk travel di luar negara 

Rakyat Malaysia yang ingin melancong ke luar negara, boleh memuat turun di telefon gambar logo - logo halal yang telah diiktiraf di negara yang akan mereka kunjungi.



Rasulullah bersabda:
“Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Diantara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhat (samar-samar) yang tidak diketahui oleh orang banyak. Maka siapa yang takut terhadap syubhat bererti dia telah menyelamatkan agamanya dan kehormatannya. Dan siapa yang terjerumus dalam perkara syubhat, maka akan terjerumus dalam perkara yang diharamkan.” – Hadis Riwayat Tarmizi No.1205

Semoga lebih ramai pemilik premis atau pengusaha makanan yang lebih peka tentang kepentingan logo halal sama ada di dalam atau luar negara. 

Dengan adanya logo halal ini, secara tidak langsung pelanggan akan jadi lebih yakin dan tidak berasa ragu - ragu terhadap produk tersebut. 

Untuk maklumat terkini berkenaan dengan Halal, boleh ke Portal Rasmi Halal Malaysia  






















3 Comments

  1. Logo halal ni ada banyak jenis ikut negara dan organisasi. Macam di Korea ada KMF kalau tak silap.. Tapi ada sesetengah penjual di luar negara bila dah tau pasal halal ni diaorang main print out je logo tu pastu letak kat gerai diaorang.. Ade haritu kes terbaca di group. Mudahan kita tidak tertipu.. 😊

    Nice sharing ni kak wani

    ReplyDelete
  2. LZ memang sedang cari Sijil HALAL luar negara kebetulan come across post Wani.. Thank you for sharing..

    ReplyDelete
  3. wow!pelbagai logo halal ni...
    setiap negara lain-lain...

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post