Berhati - hati Dengan Penyakit Kencing Tikus, Penting Untuk Ketahui Faktor, Tanda, Rawatan Dan Langkah Pencegahan


Berhati - hati Dengan Penyakit Kencing Tikus, Penting Untuk Ketahui Faktor, Tanda, Rawatan Dan Langkah Pencegahan | Penyakit kencing tikus? Pernah dengar kan. Rasa kena share la jugak kisah untuk perkongsian bersama dan supaya kita berhati - hati juga dengan penyakit kencing tikus. Terasa seram sejuk jugak bila dengar kisah betul - betul huu. Tiba - tiba pulak teringat baru -baru ini ada tonton rancangan 999, ada satu kes, pihak berkuasa pergi serbu restoran mamak tak silap, masuk dapur terus.

Tengok suasana dapur terus rasa macam nak termuntah. Kotor nya dapur. Tempat luar makan nampak kemain bersih. Masuk dapur rasanya macam dah loya tekak. Kru 999 ada pergi dekat satu peti ini, dia buka peti sejuk dan dia cakap bau hancing kencing tikus, Atas tempat peti masuk tu, penuh t*** tikus. Lagi la loya tekakku huu. Tak boleh nak bayangkan, kalau pelanggan hanya tahu makan, tapi kebersihan di dapur tak terjaga. Malah lebih lagi boleh menjadi bawaan penyakit atau pun wabak yang berpunca dari haiwan seperti tikus. Nasib baik, kat part tu video diblurkan.
faktor, tanda, rawatan dan langkah pencegahan untuk penyakit kencing tikus

Dan satu lagi pihak berkuasa tanya, sebab ada nampak macam telur ayam bersusun dalam kotak kertas tu kan. Dia tanya pekerja, telur ni basuh tak sebelum guna, pekerja tu cakap tak basuh terus pecahkan masuk dalam kuali. Kalau korang ada tonton rancangan 999 yang lepas, korang boleh tahu la berapa kotornya restoran tu. huu

Baru - baru ini, ada mendapat perkhabaran berita jiran dekat rumah masuk hospital kena tahan wad. Sampai satu tahap jiran tak sedarkan diri, dan dalam banyak hari juga doktor tak boleh nak sahkan sakit apa. Akhirnya doktor ambil peluang terakhir nak ambil air tulang belakang, sebab dah tak tahu sakit apa.

Selepas ambil air tulang belakang, baru tahu sebenarnya dah terkena penyakit kencing tikus. Alhamdulillah buat masa sekarang nampak makin baik, Abah ada pergi melawat kali kedua, jiran ada bagi tahu yang dia banyak makan kat luar.Kemungkinan kat tempat dia makan, makanan dah tercemar  Itu pun rasa salah satu sebab, penyakit kencing tikus.

Terasa seram jugaklah bila dengar pasal makan kat luar tu, kadang- kadang faham jugak kekangan masa, lebih lagi yang bekerjaya bukan senang, memang makan kat luar dah la kan. Sebenarnya penyebab sakit ni banyak sangat, bila dengar penyakit kencing tikus, gigih juga search cari nak tahu info lanjut pasal kencing tikus :(.

Terjumpa lah maklumat di laman web ini, Tolong ambil perhatian ya, jangan buat main - main dengan penyakit ini.

PENYAKIT KENCING TIKUS ATAU LEBIH DIKENALI DENGAN LEPTOSPIROSIS

Penyakit kencing tikus
atau juga dikenali dengan nama sainsnya Leptospirosis ialah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Leptospira yang disbarkan melalui haiwan. sekiranya tidak dirawat segera, penyakit ini boleh merebak dan membawa maut. Bila dapat tahu bakteria ini bukan hanya datang dari tikus, maksudnya di sini, haiwan peliharaan atau liar juga boleh menjadi perumah kepada bakteria ini. Seram pulak dengar huu.

Bakteria ini boleh menjangkiti anjing, tikus dan haiwan liar lain seperti rakun dan serigala.


Faktor - Faktor Yang Boleh Terjadinya Risiko Penyakit Kencing Tikus

1. Melakukan pekerjaan yang terdedah kepada panas – Petani, penternak/peladang, pekerja rumah penyembelihan, doktor haiwan, pemotong kayu, pekerja system pembentungan, pesawah dan anggota tentera.
2. Aktiviti rekreasi dalam air seperti berenang, berkayak dan berbasikal di laluan denai di kawasan panas.
3. Terdedah kepada peralatan di rumah termasuk, binatang peliharaan seperti anjing, binatang peliharaan untuk disembelih, ruang perangkap air dan mengambil makanan yang telah digigit oleh binatang seperti tikus, tupai dan arnab.
4. Terdedah di tempat yang banjir dimana air kencing tikus tercemar di dalamnya, apabila terkena kulit yang luka, masuk dalam mata, hidung atau mulut(terminum) virus akan menjangkiti.

Tanda/Gejala:

1. Masa pengeraman di antara 2 hingga 26 hari (anggaran 10 hari).
2. Bermula dengan demam, menggigil, sakit anggota tubuh dan sakit kepala.
3. Batuk tidak berkahak
4. Loya, muntah dan cirit-birit, sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak dan sakit perut.
5. Radang selaput mata.
6. Pesakit mungkin mengalami sakit otot, pembesaran limpa atau hati, bengkak salur kelenjar, sakit tekak, kekerasan otot, perubahan bunyi pada peparu atau ruam.

Rawatan Yang Diberi: 

Ubatan Cephalosporim, Penicillins, doxycycline, chloramphenicol, dan erythromycin boleh diberi untuk rawatan leptospirosis. Penjagaan sokongan diperlukan bagi kes yang rumit dan bermasalah.

Langkah Pencegahan:

1. Elakkan berkunjung ke kawasan yang ada air bertakung.
2. Jika terdedah dan berisiko, pengambilan ubat doxycycline boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit. Jika anda terkena simpton virus ini, sila ke hospital dengan segera.
3. Simpan makanan atau minuman dengan baik agar tidak dicemari.
4. Cuci tangan dengan sabun sebelum makan.
5. Bersihkan diri selepas melakukan aktiviti luar seperti berkebun dan apa jua aktiviti yang terbuka.
6. Untuk majikan pula mereka harus memberi perlindungan kepada pekerja mereka yang mempunyai risiko yang tinggi dijangkiti seperti memberi sarung tangan dan sebagainya.
7. Menjaga kebersihan sekeliling, sediakan tempat membuang sampah yang bertutup, bersihkan tempat bekas air dan kolam renang, pastikan tiada tikus dikawasan sekeliling terutama rumah anda,membuat semburan disinfeksi tempat yang telah dicemari.

Semoga berhati - hati dengan penyakit kencing tikus, kalau melibatkan tempat makan atau makanan yang tercemar ni, kadang- kadang kita kurang ambil berat. apatah lagi sekarang ni banyak tempat rekreasi yang menjadi perhatian para pengunjung. Lagi satu, yang makanan dalam tin. Pastikan basuh la dulu tin tersebut sebelum buka. Tin makanan yang disimpan dalam stor kemungkinan ada terkena atau mejadi laluan tikus, kita pun mana tahu kan.

Semoga info ini bermanfaat risau sebab terlalu banyak kes yang melibatkan makanan yang tercemar.

Sumber : SINI

4 Comments

  1. scarynya kencing tikus ni. memang bahaya sangat2

    ReplyDelete
  2. Leptospirosis ni memang bahaya. Simptom2nya hampir sama dengan demam denggi :) Elakkan ke tempat2 rekreasi yang melibatkan air seperti air terjun atau sungai. Good sharing!

    ReplyDelete
  3. bahaya kan....thanks for the share...

    ReplyDelete
  4. betul tu bahaya sangat penyakit kencing tikus ni. baru ni adabkawan cerita tentang saudaranya yang terlantar di hospital kerana dijangkiti kencing tikus..sebelum kene tu dia ada melawat zoo






    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post