Cara Masak Kuah Laksa Penang Yang Paling Ringkas Tapi Sedap, Tak Perlu Bahan Banyak

Cara Masak Kuah Laksa Penang Yang Paling Ringkas Tapi  Sedap, Tak Perlu Bahan Banyak || Salam semua, Siapa hantu laksa penang, pakat mengaku semua :D. Laksa Penang salah satu menu kegemaran. Kalau nak kena pilih antara laksa Kelantan dan laksa Penang, kita akan pilih laksa Penang dulu. 

Cara Masak Kuah Laksa Penang Yang Paling Ringkas Tapi  Sedap, Tak Perlu Bahan Banyak

Sebut kuah laksa Penang ni, rasanya mesti kena ada masam masin kan, kiranya cukup segala rasa. 
Sejak main try and error masak kuah laksa Penang,Macam- macam resepi juga letak itu letak ini nak bagi kuah laksa paling sedap kan. 

Ada resepi letak buah nenas, ada letak daun pudina.

Kalau setiap kali planning nak makan laksa Penang, buah nenas selalu lupa nak beli. Bukan setakat lupa, kadang- kadang tak ada.

Dulu ingat tak ada nenas dalam kuah laksa Penang macam tak bangkit selera nak makan. Ya la dah kita biasa kan, asyik tak ingat nak beli. 

Lama- lama masak kuah laksa Penang tanpa letak buah nenas dalam kuah, macam sedap pulak. Jadi, kiranya kalau terlupa nak beli tak apa dah hii.

Tapi terpulang lah kalau korang suka ada nenas dalam kuah tu boleh letak ya. 

Bagi diri sendiri dah cukup sedap yang penting cukup masam masin kuah tu, yang penting juga belacan kena letak, kalau tak letak rasa itu bukan panggi laksa Penang. 

Cara Masak Kuah Laksa Penang Yang Paling Ringkas Tapi  Sedap, Tak Perlu Bahan Banyak

Satu lagi, lada burung mesti kena add on sekali untuk blend. Sardin dalam tin pun tak guna, kalau versi malas sangat boleh lah nak guna sardin dalam tin hii.

Guna ikan segar lagi bagus. Sedap dah bahan pun tak ada pelik mana, tak perlu bahan banyak. Jom lah  cuba buat kuah laksa Penang yang paling mudah.

Bahan-bahan Untuk Rebus Ikan

10 ekor ikan kembung ( lagi banyak isi ikan lagi sedap )

5 keping asam keping.

Garam secukupnya.

Air secukupnya untuk merebus ikan.

Cara - cara 
1. Ikan dimasukkan ke dalam periuk.Tambahkan air secukupnya untuk merebus ikan.Masukkan  juga asam keping dan juga garam.

2. Kemudian rebus ikan hingga masak. Bila dah masak tunggu air rebusan sejuk, barulah keluarkan ikan dari periuk. Keluarkan juga asam keping.

3. Asam keping dalam rebusan ikan ni dah tak guna lagi. Asingkan isi ikan dari tulang dan kepala.Isi ikan pula kita bahagi 2.

4. 1 bahagian kita ramas-ramas kasar dan satu bahagian lagi kita kisar bersama air rebusan ikan.
Tulang pula kita masukkan dalam pengisar, masukkan juga air rebusan ikan dan kisar halus.
Boleh ulang kisar 2 kali untuk mendapatkan patinya.Lepas kisar, kita tapis.

Masukkan semula air rebusan ikan, air tulang ikan dan juga air isi ikan yang kita dah kisar ke dalam periuk.

Bahan untuk dikisar halus 

20 tangkai cili kering ~ jika tak suka pedas boleh kurangkan.
10 ulas bawang merah.
4 - 5 tangkai lada burung ( letak lada burung nak bagi pedas sikit ).

Semua bahan ini, di satukan di dalam pengisar dan kisar halus.

Bahan Untuk Kuah Laksa

Air rebusan ikan *
Air tulang ikan *
Air isi ikan *
Air secukupnya *
Air asam jawa 1 mangkuk ( kena banyak sikit buat air asam jawa nak bagi kuah laksa masam ) *
Isi ikan yang di ramas kasar *
Bahan yang telah dikisar halus *
3 batang serai ~ di titik
2 kuntum bunga kantan ~ di belah 2
4 keping asam keping
1 inci lengkuas diketuk
1 mangkuk daun kesum
1 keping belacan, sebesar 50 sen nak bakar terlebih dahulu boleh tak nak bakar pun tak apa, letak terus dalam periuk atau kalau nak tambah ikut rasa pun boleh

Cara - cara 
1. Dalam periuk, satukan ke semua bahan yang bertanda *.
2. Masukkan juga bahan lain serai, bunga kantan, asam keping, lengkuas, daun kesum dan juga belacan.
3. Laksa ni kena ada rasa masam, masin dan manis, jika kurang rasanya boleh lah tambah kan asam, garam atau gula mengikut selera masing-masing. Air boleh letak sehingga nak kepekatan yang diingini.
4. Kacau sampai kuah mendidih dan masak, sekiranya tak masin boleh tambah garam.
5. Siap untuk dihidangkan bersama bahan lain seperti telur, bawang besar dihiris, timun dan juga limau nipis untuk rasa yang lebih kick.

Jika menggunakan laksa beras kering, rendam laksa semalaman.

Kemudian di rebus hingga lembut, tambahkan sedikit garam semasa merebus laksa.

Bila dah lembut  angkat dan toskan, cuci atau bilas dengan air, kemudian toskan semula.

Kalau yang mana ada noxxa, rebus laksa sepantas 6 minit boleh baca klik link di bawah
Cara Rebus Laksa Noxxa 6 Minit

Baca juga  >>> Laksa Penang Noxxa Mudah Dan Sedap

NOTA : untuk rasa lebih pedas sikit dalam kuah, blend sekali cili api


Jemput tonton di my youtube channel dan jemput subscribe juga :) 


6 Comments

  1. teliti aida baca ni.
    memang feveret la laksa penang.
    cuma x pernah buat sendiri :)

    ReplyDelete
  2. Febret niii..da kawen ngan org utagha, wajin tau masak..hahahah..tapi kalo laksa belah kedah takdak nenas..kita pun suka pakai ikan kembung segar..tak pernah lagi try sardin dalam tin..

    ReplyDelete
  3. Sedapnyaaa laksa Penang kak wani.. Nanti nak try sekali resepi ni..

    ReplyDelete
  4. Sedapnya.. pekat kuah dia.. Lama pula tak makan laksa..

    ReplyDelete
  5. wahhh...Sis orang kelantan tapi memang laksa penang je sis layan hahahh.. lepasni boleh buat sendiri dahh

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post