Harga Dan Spesifikasi Kereta Perodua Aruz SUV Yang Terkini | Salam semua, ada peminat kereta Perodua ke kat sini ? Perodua yang diberi nama Aruz dipilih berdasarkan perkataan Bahasa Melayu iaitu arus yang membawa
maksud aliran. Arus merujuk kepada pergerakan dinamik yang sentiasa
berterusan dan menunjukkan peningkatan serta menjadi simbolik kepada
Aruz yang melambangkan anjakan gaya hidup.Patutlah tertanya juga kenapa kereta nama Aruz macam diambil dari perkataan arus jerr. Sekali tengok macam lawa.
Kereta Perodua terbaru ini jenis model kenderaan utiliti sukan ya (SUV) iaitu model SUV pertama yang dikeluarkan oleh Perodua. Kereta Perodua Aruz dah dibuka untuk tempahan.
Harga Untuk Kereta Perodua Aruz
Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, tempahan untuk model kenderaan utiliti sukan (SUV) itu kini dibuka dengan anggaran harga antara RM72,200 dan RM77,200 sebuah tidak termasuk insurans untuk Semenanjung Malaysia. Pendapat diri sendiri, memang harga dan berpatutan.
Untuk pengetahuan semua, Aruz adalah model transformasi keempat yang menetapkan piawaian baharu terhadap aspek kualiti, ruang, kecekapan bahan api dan keselamatan dan muncul antara SUV yang menawarkan nilai terbaik di Malaysia.
Spesifikasi Perodua Aruz SUV
Ciri - Ciri Keselamatan 5 Bintang ASEAN NCAP
Jentera tersebut mendapat penarafan keselamatan lima bintang ASEAN NCAP dan dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan seperti Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Bantuan Mula-Daki (HSA), ISOFIX dan enam beg udara.
Ciri-ciri itu adalah standard untuk kesemua varian sementara sistem bantuan pemanduan selamat (ASA) yang telah dipertingkatkan, ASA 2.0 hanya terdapat pada varian Advance.
Aruz dikuasakan enjin empat silinder 1.5 liter blok aluminium dengan Dual VVT-i dan transmisi automatik yang dikawal secara elektronik (E-AT). Sistem melahu eko (Eco Idle) memberi kecekapan bahan api sehingga 15.6 kilometer/liter sekali gus membolehkan ia diiktiraf sebagai kenderaan cekap tenaga (EEV).
Aruz dilengkapi lampu depan diod pemancar cahaya (LED) dengan fungsi Follow Me Home (pada varian Advance) serta menggunakan rim aloi dwi tona 17 inci. Ciri-ciri standard lain adalah butang penghidup enjin, radio skrin sesentuh dengan kamera undur, pendingin hawa digital, corong penyaman udara untuk penumpang belakang dan alat pembaca kad tol,
Bahagian dalaman untuk varian Advance lebih eksklusif dengan kemasan kulit pada kerusi dan stereng, kawalan terima panggilan, perakam video memandu bersepadu, HDMI, Smart Link, Bluetooth dan navigasi.
5 Pilihan Warna Yang Menarik
Perodua Aruz ditawarkan dalam dua varian iaitu 1.5X dan 1.5 Advance dengan lima pilihan warna iaitu Ivory White, Glittering Silver, Electric Blue, Granite Grey dan warna baharu, Amazon Green.
Macam mana berkenan tak tengok spesifikasi kereta Perodua Aruz ? Harga Perodua Aruz pun bagi sis dah berpatutan. Sama- sama lah kita support kereta buatan Malaysia ya.
Terima kasih sudi baca. Sudi -sudi untuk follow blog ini ya.

mesti cantik ni :)
ReplyDeleteBaru ni ada nmpk iklan kt tv sal kereta aruz ni. Memang nampak ekslusif.huu
ReplyDeleteLawa kereta Perodua yang baru ni. Harga pun mesti lawa kan hehe😅
ReplyDeleteWah, akak macam tau2 je kitorang tengah survey kereta ni. Kalau compare dengan Rush dan BRV, Aruz lagi mampu milik pada kualiti yang lebih kurang sama dengan senior dua buah tu..
ReplyDeleteComel sangatt.. Rasanya nanti mesti ramai pakai suv perodua ni sebab harga lebih murah berbanding jenama lain. Hehee
ReplyDeletemampu milik.
ReplyDeleteitu yg utama.
Lawa design Aruz ini cuma nama dia tu.. hehehe..
ReplyDeletePost a Comment