Resepi Sayur Pedas Keladi, Menu Sayur Kampung Yang RIngkas Dan Mudah || Salam semua, sejak kebelakangan asyik juga tengok google analytics untuk blog ini, blog ni ramai yang cari resepi nak banding cari informasi ke, mata ni asyik nampak resepi yang naik turun dekat statistik google analytics tu. hii. Kemudian tengok pulak untuk google adsense ni macam mana, RPM makin lama makin turun huu lama dah tengah perhati ni. Sedih pulak.
Bukan apa takut blog kena "smart pricing" jerr.. dah macam - macam entri ada kat sini, bukan ikut niche pun. Semasa entri berderet resepi saja, ok jer RPM walaupun sikit, ini makin lama makin turun.
Nak nangis pun ada, tapi tak apa nak buat eksperimen balik. Nak post entri resepi jerr hii,, nak tengok ada beza ke tak, macam mimpi ngeri bila tengok RPM makin lama makin turun.
Oklah ya siapa suka sayur pedas keladi, ada yang suka tak. Dulu tak berapa suka makan sayur keladi ni, entah kenapa rasa macam tak sedap jer,, tapi rupanya sedap, rugi dulu - dulu tak makan hii. Kisah throwback ya, lama dah buat ni, belajar dengan bonda.
Sayur keladi sekarang dah dijual siap potong dah, senang kerja sikit. Siapa nak cuba, sila lah cuba. Resepi sangat senang sahaja. Jemput tonton di my youtube channel ya, jemput subscribe jugak. :)
Resepi Sayur Pedas Keladi, Menu Sayur Kampung Yang Ringkas Dan Mudah
Bahan - bahan
RM 2 sayur keladi yang dah dipotong bersih
2 cawan air
1 labu bawang merah 1 biji bawang merah kecil *
1 inci kunyit*
1inci lengkuas*
4 tangkai lada kering*
Belacan
2 keping asam gelugur
Gula melaka
Bahan bertanda * diblend halus
Cara - cara
1. Bilas bersih daun keladi dengan air
2. Masukkan bahan yang telah diblend ke dalam periuk dan masukkan air 2 cawan. Kalau rasa nak lebihkan air sikit pun tak apa
3. Masukkan belacan, asam gelugur, dan gula melaka
4. Letak atas dapur kacau sampai mendidih
5. Masukkan sayur keladi mask sehingga sayur keladi lembut jangan lama sangat nanti lembik
6. Perasakan dengan garam sekiranya tak masin
7. Siap dan boleh hidangkan gandingkan dengan budu sedap ya

Sedap sayur batang keladi masak pedas.
ReplyDeleteUnik ni menu kak wani.. teringin pula nak rasa air tangan kak wani, hehee
ReplyDeletealahai ,menu ni buat ccl terliur
ReplyDeletelama nyer dah tak makan sayur keladi.
ReplyDeletemak mertua dah tak sihat.
aida tak pandai uruskan keladi tu, wani.
sedap nyer lah...
Sha suka sayur keladi ini.. Tapi selalunya buat gulai asamlah.. Masak macam Wani share ini tak pernah lah cuba lagi..
ReplyDeletePost a Comment