Tarikh Untuk Tempoh Pendaftaran Dan Kemaskini Bantuan Sara Hidup 2019

Tarikh Untuk  Tempoh Pendaftaran Dan Kemaskini Bantuan Sara Hidup 2019 ||Salam semua akhirnya sudah terjawab bila tarikh tempoh pendaftaran untuk Bantuan Sara Hidup 2019. Sebelum ini ada tertanya juga bila sebab dah masuk bulan 1 kan. 

Ada beberapa maklumat penting yang telah dikemaskini di laman web ini.

Tarikh Untuk  Tempoh Pendaftaran Dan Kemaskini Bantuan Sara Hidup 2019

BANTUAN SARA HIDUP 2019 

Tempoh Pendaftaran 
1 Februari 2019 sehingga 15 Mac 2019

Pembayaran Fasa Pertama Bantuan Sara Hidup 2019
Bagi pembayaran untuk fasa pertama, akan dibuat mulai 28 Januari 2019 bagi pemohon yang lulus semasa BSH 2018.

Kategori Pemohon lulus BSH 2018 yang layak menerima bayaran fasa pertama BSH 2019 adalah seperti berikut : 
a. Berkahwin ( pemohon dan pasangan adalah warganegara Malaysia ) 
b. Ibu bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
c. Warga emas sebatang kara

Katergori pemohon lulus BSH 2018 yang tidak layak menerima bayaran fasa pertama BSH 2019 adalah seperti berikut : 
a. Berkahwin ( pasangan bukan warganegara Malaysia )
b. Bujang / ibubapa tunggal yang tiada tanggungan
c. Bujang yang mempunyai tanggungan

Pemohon yang tidak layak kena buat permohonan baru ke ?
Bagi pemohon yang tidak layak menerima pembayaran fasa pertama BSH 2019 anda perlu membuat permohonan baru BSH 2019 sekiranya memenuhi syarat kelayakan.

Manakala pemohon yang layak menerima fasa pertama BSH 2019, anda perlu kemas kini permohonan BSH 2019 dengan maklumat yang betul dan terkini.

Permohonan baru dan juga untuk kemas kini BSH 2019 boleh dibuat semasa tempoh pendaftaran BSH 2019.

Jadi, jangan lupa tempoh pendaftaran bermula pada 1 Februari depan sehingga 15 Mac 2019. Yang mana bujang lagi tu kena buat permohonan baru balik, kalau memenuhi syarat kelayakan dapat lah duit BSH.

2 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post