Cara Nak Masak Agar - Agar Pandan Noxxa, Cepat Dan Jimat Masa

Cara Nak Masak Agar - Agar Pandan Noxxa, Cepat Dan Jimat Masa || Salam semua, Selamat bercuti dan selamat balik kampung. Untuk entri lepas, ada kongsi cara nak buat ekstrak pandan secara homemade kan. Kali ini nak berkongsi cara nak masak agar - agar pandan Noxxa, memang cepat dan jimatkan masa. Banyak kali dah buat ni dalam noxxa, cuma baru berkesempatan rajin nak shoot video.

Cara Nak Masak Agar - Agar Pandan Noxxa, Cepat Dan Jimat Masa

Banyak resepi agar - agar, agar - agar pandan la yang boleh masuk tekak. Semua boleh makan hii. Yang paling cepat nak rebus agar - agar dalam noxxa dan tak payah rendam. Cukup 6 minit high pressure dah hancur. Kerja pun jadi cepat sikit.

Cukup 1 loyang nak bawa ke rumah mak saudara. Walaupun dah guna pewarna asli dan bau daun pandan, still juga tambah pewarna hijau tiruan. Sebab biasanya tak nampak hijau sangat, kena tambah pewarna hijau sikit. Tapi bau memang bau pandan asli.

Cubalah ya resepi dah diolah ikut nak guna periuk noxxa ni. Jemput tonton juga video kat bawah dan jemput subscribe juga. Terima kasih. :)

Baca juga >>> cara buat ekstrak pandan asli secara homemade lagi selamat dan mudah

Cara Nak Masak Agar - Agar Pandan Noxxa, Cepat Dan Jimat Masa

Cara Nak Masak Agar - Agar Pandan Noxxa, Cepat Dan Jimat Masa

Bahan-bahan

30 gm agar - agar
1 1/2 cawan gula pasir
2 cawan air pandan (blender pandan)
1 sudu teh pewarna hijau epal
4 1/2 cawan air
1 1/2 cawan santan (campur pekat + cair)
1 biji telur

Cara - Cara

1. Masukkan agar-agar, gula,air dan air pandan ke dalam periuk noxxa.
2. Tutup dan tekan high pressure 6 minit tekan on, pastikan tombol ke pressure.
3. Selepas bunyi beep, tekan off, putar tombol ke steam untuk lepaskan wap.
4. Buka tudung, kacau sekejap dan masukkan pewarna hijau sikit.
5. Dalam bekas yang lain, pukul telur. Masukkan telur yang dipukul ke dalam bekas santan. Gaul rata.
6. Masukkan santan yang telah dicampur dengan telur ke dalam periuk tadi. Semasa tuang sambil kacau cepat - cepat sikit, nak elakkan sebahagian telur jadi masak.
7. Tekan stir fry dan tekan on tunggu sehingga mendidih kuat sikit, nampak macam nak naik ke atas terus tekan off.
8.Angkat periuk dalam noxxa dan sebelum tu loyang dibilas dengan air sekejap. Sendukkan perlahan - lahan masukkan dalam loyang.
9. Sejukkan di luar sekejap sebelum masukkan di dalam peti bawah.
10. Selepas disejukkan boleh potong dan siap untuk dihidangkan


11 Comments

  1. cantik kejadiannya tu...febret gak ni!

    ReplyDelete
  2. Dengan Noxxa semuanya menjadi lebih mudah hehehe

    ReplyDelete
  3. wahhh, thanks for sharing ..lepas ni boleh try buat ><

    ReplyDelete
  4. Wahhh kena cuba ni.. my favourite gitu

    ReplyDelete
  5. Waaaa bestnyaaa...
    Kita rindulah sama Noxxa kita..
    Nak buat HP dah tak dapat dah..guna stim dan fryer je laaaaa

    ReplyDelete
  6. Cantik krjadiannya mesti sedap rasanya

    ReplyDelete
  7. ini fevret !! yang pandan n yang gula merah tu..
    dedua tu sedap. masuk fridge makan sejuk2 bestnya =D

    ReplyDelete
  8. sedapnya.. kita suka agar agar macam ni. tapi tak berani nak buat.
    Takut tak jadi. 😅

    ReplyDelete
  9. Dapnyaaa kak wany. buatkan utk kita sekali. hehe :p

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post