Program Happy Meal Readers erat hubungan kekeluargaan dengan aktiviti membaca | 12 buku cerita eksklusif karya penulis dan pelukis ilustrasi terkenal dunia, Cressida Cowell, akan dikeluarkan oleh McDonald’s sepanjang tahun ini. Setiap bulan, jutaan keluarga melawati restoran McDonald’s di Malaysia untuk menikmati hidangan, bergelak ketawa, beramah mesra dan sama-sama berkongsi kegembiraan.
Diwujudkan dengan meletakkan keluarga sebagai keutamaan, program Happy Meal Readers oleh McDonald’s Malaysia bertujuan memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia menerusi pendekatan ‘Scale for Good’.
Menerusi program Happy Meal Readers, McDonald’s bekerjasama dengan Cressida Cowell, penulis dan pelukis ilustrasi terkenal dunia yang menghasilkan siri buku popular How to Train Your Dragon, untuk melancarkan satu siri buku bertajuk Treetop Twins Adventures. Terdapat 12 cerita yang akan dipaparkan menerusi buku bersiri ini yang dihasilkan secara eksklusif untuk McDonald’s. Setiap bulan, sebuah buku akan dikeluarkan sepanjang tahun ini. Untuk pasaran Malaysia, buku-buku ini boleh didapati dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.
Pengarah Pemasaran McDonald’s Malaysia, Eugene Lee berkata, komitmen dalam memupuk budaya membaca telah banyak menyokong usaha syarikat dalam mengeratkan hubungan kekeluargaan.
“McDonald’s Malaysia ingin menggalakkan keluarga agar meluangkan lebih banyak masa bersama-sama. Program Happy Meal Readers ini membolehkan ibu bapa membaca buku dan menikmati masa berkualiti bersama anak-anak. Kami berharap program ini dapat menerapkan minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dengan menjadikannya sebagai satu aktiviti yang menyeronokkan untuk seisi keluarga,” kata Lee.
Menurut Lee, Program Happy Meal Readers ini juga merupakan tanda sokongan McDonald’s terhadap aspirasi kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara membaca di bawah Program Dekad Membaca Kebangsaan.
“Kami mengucapkan syabas atas usaha yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menggalakkan rakyat Malaysia untuk membaca. Kami juga amat gembira dapat turut serta mengambil bahagian dalam usaha ini dengan mengetengahkan manfaat membaca kepada ibu bapa dan kanak-kanak.”
Dengan setiap pembelian Happy Meal, keluarga juga boleh memilih untuk mendapatkan sebuah buku atau satu permainan di restoran-restoran McDonald’s seluruh negara.
Harap sempat grab buku ni sebagai koleksi..
ReplyDeletePost a Comment