Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2019 kembali untuk beri penghargaan kepada guru |
Pencalonan dibuka mulai hari ini sehingga penghujung bulan Mac 2019 Salam semua, macam tak sangka ada anugerah untuk guru dari McDonald's. Dengan sambutan dan maklum balas yang cukup memberangsangkan pada tahun lalu, McDonald’s Malaysia terus memberi pengiktirafan kepada para guru dengan pelaksanaan anugerah tahunan iaitu Anugerah Guru Inspirasi (AGI) McDonald’s.
Memasuki tahun ketiga ia dilaksanakan, McDonald’s mengajak orang ramai untuk mencalonkan guru-guru mereka mulai hari ini. Anugerah ini memberi pengiktirafan kepada guru yang melaksanakan tanggungjawab mereka melebihi tugas-tugas hakiki demi mendidik pelajar dan memberi inspirasi kepada mereka untuk menjadi lebih baik.
Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s telah menerima 3,000 pencalonan daripada rakyat Malaysia pada tahun lalu, manakala 1,000 pencalonan pada tahun 2017. Dari 3,000 pencalonan tahun lalu, 25 orang guru telah menerima anugerah ini dengan kisah-kisah inspirasi mereka dalam mendidik anak bangsa.
Sempena sambutan Hari Guru Kebangsaan pada 16 Mei 2019, McDonald’s berharap dapat menerima lebih banyak pencalonan, yang boleh terus memberi inspirasi kepada warga pendidik, ibu bapa dan juga pelajar.
Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang melancarkan Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2019 berkata bahawa anugerah ini bukan sahaja mengiktiraf kerja keras guru, malah komitmen dan dedikasi yang ditunjukkan untuk memberi yang terbaik melangkaui pembelajaran di dalam kelas.
Setiap penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s akan menerima wang tunai bernilai RM5,000, trofi dan sijil penghargaan dalam satu majlis yang dianjurkan oleh sekolah masing-masing sempena sambutan Hari Guru.
Pencalon guru tersebut pula akan menerima baucar hadiah McDonald’s bernilai RM200.
Antara kriteria bagi pemilihan pemenang termasuklah usaha meningkatkan pencapaian pelajar, teknik pengajaran yang inovatif, tindakan melebihi tugas-tugas hakiki untuk membantu pelajar dan juga impak positif guru terhadap diri pelajar.
Pemilihan pemenang akan dibuat dengan teliti oleh panel juri yang terdiri daripada wakil-wakil dari McDonald’s, Kementerian Pendidikan Malaysia dan media.
“Rakyat Malaysia secara kolektif telah berkongsi beribu-ribu kisah menarik mengenai guru mereka menerusi pencalonan yang dibuat sepanjang dua tahun lalu. Saya berharap semangat ini akan diteruskan lagi untuk Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s pada tahun ini,” kata Azmir.
Orang ramai yang ingin membuat pencalonan boleh berbuat demikian mulai 1 Mac hingga 31 Mac 2019 di https://www.mcdonalds.com.my/
Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s merupakan salah satu inisiatif di bawah program kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia dan McDonald’s Malaysia pada tahun 2019.
Sempena sambutan Hari Guru pada tahun ini, McDonald’s juga akan menganjurkan seminar motivasi yang kini memasuki tahun keempat pelaksanaannya di beberapa lokasi di seluruh negara. Ceramah motivasi ini akan disampaikan oleh penceramah motivasi terkenal Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah.
Sambutan Hari Guru juga akan diadakan di restoran-restoran McDonald’s seluruh negara sepanjang bulan April ini dengan pelbagai aktiviti menarik termasuklah permainan, sesi bergambar dan jamuan ringan untuk meraikan dedikasi guru-guru ini dalam mendidik generasi masa hadapan.

“Di McDonald’s, kami komited untuk mendekati dan menyumbang semula kepada masyarakat. Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s merupakan salah satu inisiatif yang menunjukkan komitmen kami dalam mewujudkan impak positif dalam komuniti di sekitar lokasi operasi kami,” kata Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafar.“Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s dilaksanakan secara khusus untuk warga pendidik yang penuh dedikasi dalam mendidik generasi muda, dan pada masa sama membina asas yang kukuh untuk negara yang maju dimasa depan,” tambah Azmir.
Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang melancarkan Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2019 berkata bahawa anugerah ini bukan sahaja mengiktiraf kerja keras guru, malah komitmen dan dedikasi yang ditunjukkan untuk memberi yang terbaik melangkaui pembelajaran di dalam kelas.
“Guru merupakan tulang belakang sistem pendidikan negara, dan guru yang melaksanakan amanah dan tanggungjawab melebihi tugas-tugas hakiki mereka, wajar menerima pengiktirafan istimewa kerana dedikasi sebeginilah yang mampu membentuk minda dan jati diri pelajar, seterusnya membina asas keperibadian diri yang kukuh seseorang pelajar,” tambah Dr Maszlee.“Saya berharap Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s mampu memberi dorongan kepada guru untuk melakukan yang terbaik sama ada di dalam mahupun di luar kelas. Saya berharap sebagai anggota masyarakat, kita dapat terus menghargai jasa yang ditaburkan oleh guru dalam mewujudkan impak positif jangka panjang kepada para pelajar yang merupakan peneraju pucuk pimpinan negara pada masa hadapan.”
Setiap penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s akan menerima wang tunai bernilai RM5,000, trofi dan sijil penghargaan dalam satu majlis yang dianjurkan oleh sekolah masing-masing sempena sambutan Hari Guru.
Pencalon guru tersebut pula akan menerima baucar hadiah McDonald’s bernilai RM200.
Antara kriteria bagi pemilihan pemenang termasuklah usaha meningkatkan pencapaian pelajar, teknik pengajaran yang inovatif, tindakan melebihi tugas-tugas hakiki untuk membantu pelajar dan juga impak positif guru terhadap diri pelajar.
Pemilihan pemenang akan dibuat dengan teliti oleh panel juri yang terdiri daripada wakil-wakil dari McDonald’s, Kementerian Pendidikan Malaysia dan media.
“Rakyat Malaysia secara kolektif telah berkongsi beribu-ribu kisah menarik mengenai guru mereka menerusi pencalonan yang dibuat sepanjang dua tahun lalu. Saya berharap semangat ini akan diteruskan lagi untuk Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s pada tahun ini,” kata Azmir.
Orang ramai yang ingin membuat pencalonan boleh berbuat demikian mulai 1 Mac hingga 31 Mac 2019 di https://www.mcdonalds.com.my/
Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s merupakan salah satu inisiatif di bawah program kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia dan McDonald’s Malaysia pada tahun 2019.
Sempena sambutan Hari Guru pada tahun ini, McDonald’s juga akan menganjurkan seminar motivasi yang kini memasuki tahun keempat pelaksanaannya di beberapa lokasi di seluruh negara. Ceramah motivasi ini akan disampaikan oleh penceramah motivasi terkenal Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah.
Sambutan Hari Guru juga akan diadakan di restoran-restoran McDonald’s seluruh negara sepanjang bulan April ini dengan pelbagai aktiviti menarik termasuklah permainan, sesi bergambar dan jamuan ringan untuk meraikan dedikasi guru-guru ini dalam mendidik generasi masa hadapan.
alahai, comel aje anugerah dari McDonalds ni..kalau kita masih sekolah lagi, boleh la calonkan cikgu2 sekolah kita..hihihi
ReplyDeletePost a Comment