Miss V Kekal Selesa Sepanjang Hari Dengan Biosol Pembersih Kesihatan Wanita Prebiotik Dengan Madu

Miss V Kekal Selesa Sepanjang Hari Dengan Biosol Pembersih Kesihatan Wanita Prebiotik Dengan Madu | Salam semua, sebut tentang penjagaan miss V, biasanya apa yang terlintas dalam fikiran korang semua, yang bergelar wanita sahaja hii.

Miss V Kekal Selesa Sepanjang Hari Dengan Biosol Pembersih Kesihatan Wanita Prebiotik Dengan Madu

 Adakah ia penting atau sekadar ambil remeh time jaga - jaga time tak jaga memang tak jaga pulak.

Tahu tak, penjagaan miss V ini sangat penting, jadi jangan ambil remeh atau buat tak tahu ya. Penjagaan miss V yang tidak betul boleh mengundang kepada bau yang kurang menyenangkan atau boleh mengundang kepada penyakit lain.

Baru - baru ini Wani diperkenalkan dengan satu produk dari Neil Armayan. Ini pertama kali dengar ada produk yang best dari Neil Armayan untuk kecantikan wanita. Bukan sahaja untuk kecantikan luaran malah sihat dalaman dan luaran.  Nak tahu produk apa tu. Tak lain tak bukan mestilah Biosol Prebiotic Feminine Hygiene wash. 

Neil Armayan Menerokai Industri Kecantikan Dengan Mengeluarkan Produk Kecantikan 

Ok sebelum itu, jom kenali syarikat Neil Armayan. Untuk pengetahuan korang semua, sebenarnya Neil Armayan bermula dengan perniagaan spa yang beroperasi di Malaysia dan juga Thailand.

Daripada situ, maklum balas daripada pelanggan adalah sangat bagus. Dan untuk mengembangkan lagi misi dan visi dalam bidang kecantikan, Neil Armayan telah bekerjasama dengan makmal kosmetik yang terkenal di Korea.

Maka terhasillah antara 2 produk kecantikan yang dikeluarkan oleh Neil Armayan iaitu Biosol dan juga Revesol

Biosol : Pembersih Kesihatan Wanita Prebiotik Dengan Madu

Miss V Kekal Selesa Sepanjang Hari Dengan Biosol Pembersih Kesihatan Wanita Prebiotik Dengan Madu

Tidak dinafikan produk dari Korea memang terbaik. Biosol mempunyai rumusan yang unik dari ekstrak semulajadi. Ianya untuk membantu memberikan khasiat,peremajaan dan pemulihan yang diperlukan oleh lapisan kulit, rupa dan penampilan di miss V.

Selain itu, ia juga dapat menghilangkan bau yang tidak menyenangkan. Ramai wanita di luar sana mengalami masalah macam ni kan dan mesti kemurungan sebab tak jumpa pembersih yang sesuai.

Apa kata cuba yang ini dan tengok hasilnya macam mana. Banyak sebenarnya kebaikan pembersih kesihatan Biosol ini.

9 Kebaikan Pembersih Kesihatan Wanita Prebiotik Dengan Madu


Miss V Kekal Selesa Sepanjang Hari Dengan Biosol Pembersih Kesihatan Wanita Prebiotik Dengan Madu

1. Melenyapkan kekeringan vagina
2. Mengekalkan pH optimum untuk vagina
3. Menegang dan mengetatkan kulit / otot yang kendur
4. Meningkatkan kesihatan dan menyamankan kulit
5. Merangsang pembiakan bakteria yang berfaedah dalam lapisan kulit dalaman
6. Mengandungi ciri anti penuaan dan menukar sel kulit yang lesu
7. Mengetat dan menegangkan otot vagina, mengembalikan tona dan tekstur
8. Menyediakan nutrien penting yang diperlukan untuk melembap dan menghidrat kulit
9. Menggalakkan pertumbuhan semula epidermis untuk memperbaiki, melembut dan memulihkan kulit

Banyak kan kebaikan yang kita tak tahu sebenarnya, apa Biosol boleh merawat di bahagian miss V.

Review : Pengalaman Menggunakan Biosol Prebiotic Feminine Hygiene Wash 

Miss V Kekal Selesa Sepanjang Hari Dengan Biosol Pembersih Kesihatan Wanita Prebiotik Dengan Madu

Nak berkongsi sikit dengan korang semua, tentang apa yang Wani suka dengan produk ini, pertama sekali apabila tengok packaging nya cantik siap letak dalam kotak.

Botol pun cantik. Oh ya, teksturnya  pekat jernih sikit dan bau pun wangi sikit. Picit sikit pun dah berbuih banyak. Jadi, jimat banyak untuk sebotol 200 ml tu.

Akui jarang juga guna  feminine wash, bila guna Biosol ni terasa macam best jerr guna. Ini review yang jujur selepas menggunakan Biosol, Wani dapat rasakan perubahan dan berasa selesa sepanjang hari sebab ia mengekalkan pH optimum untuk miss V. Biosol ni rasa berangin sikit.

Miss V adalah bahagian anggota yang paling sensitif. Jika tersalah guna feminine wash yang tidak sesuai, boleh menyebabkan miss V terganggu.Lagipun bahan utama Biosol adalah madu kan dan tidak lupa juga dengan bahan esktrak semulajadi. Sebab itu, Wani yakin sangat nak guna.

Sesiapa yang ada masalah bau yang tidak menyenangkan, korang cuba lah Biosol ni ya. Lagipun kegunaannya boleh dipakai setiap hari.

Dapatkan Biosol Di Shopee !


Miss V Kekal Selesa Sepanjang Hari Dengan Biosol Pembersih Kesihatan Wanita Prebiotik Dengan Madu

Ada berita baik untuk korang semua, untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk ini, korang boleh lah masuk facebook page Neil Armayan, Ke semua details untuk sosial media dan laman web ada kat bawah.

Satu lagi yang menarik,  ada 30 % diskaun voucher untuk sesiapa yang berminat terhad hanya 10 orang sahaja.

 Untuk mendapatkan produk ini, Biosol dah ada kat kedai Shopee ya, korang boleh klik SINI . Jangan lupa untuk masukkan kod voucher ini semasa membuat pembelian NEILWAN30. 


4 Comments

  1. Oooo baru eh...Sis pakai Lactacyd jee...bolehla cuba gak ni, nak skodeng shoppee hehehehe

    ReplyDelete
  2. wah, tak sangka ekk madu pun ada gunanya untuk miss V..

    ReplyDelete
  3. Terima kasih banyak atas review yang baik untuk kami. We are happy to hear that you like our product.

    Neil Armayan was started in Korea (Reg no 123-36-83303) first before running spas businesses in Malaysia & Thailand

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post