Resepi Air Asam Paling Mudah Nak Buat Dan Sangat Sedap Cicah Dengan Ikan Bakar

Resepi Air Asam Paling Mudah Nak Buat  Dan Sangat Sedap Cicah Dengan Ikan Bakar | 
Salam semua, agak jarang juga nak buat air asam ni sebab kat rumah nak kata peminat air asam tegar tu tak juga. Kalau teringin nak buat nak cicah dengan ikan bakar, memang akan buat la juga. Kalau dulu, sekali -sekala buat air asam semasa bulan puasa sebab tekak teringin sangat nak masam - masam. Lepas puasa tak buat pulak hii.

Resepi Air Asam Paling Mudah Nak Buat  Dan Sangat Sedap Cicah Dengan Ikan Bakar

Siapa peminat air asam ni, air asam kalau ikut kan memang macam - macam resepinya. Adik balik bercuti minggu lepas. Kebetulan adik ipar bagi 2 ekor ikan yu yang sederhana yang fresh dari laut. Hobi dia ni suka pancing ikan. Cuaca sekarang panas elok turun laut memang ok lah laut pun tak bergelora. Alhamdulillah ada lah rezeki dikongsi, walaupun diri sendiri tak makan ikan yu. Orang lain tolong makan.

Ikan yu ni isi dia tawar, orang lain yang bagi tahu hii, jadi kena gandingkan dengan air asam nak makan lagi sedap. Kulit ikan yu keras, jadi kena lapah buang kulit.

Cari resepi air asam berkenan dengan yang ini, sangat mudah resepinya, lagipun bahan semua ada, memang on terus. Resepi ni ambil di laman web RASA. Kredit untuk Animas Nurjana Abdul Halim. Terima kasih ya. Ok lah air asam ni yang penting kena seimbangkan masam masin nya.

Dengan ikan bakar lain pun boleh jugak. Resepi dia tak ada cakap bawang berapa biji itu berapa biji, agak- agak jer lah ya. Senang sangat jerr pun. Ini pun ada lebih simpan dalam peti bawah. Esoknya, panaskan balik dalam periuk.

Resepi Air Asam Paling Mudah Nak Buat  Dan Sangat Sedap Cicah Dengan Ikan Bakar

Nampak tak ikan yu, gambar banyak blur. Bulan puasa kalau menu mudah dan cepat buat lah air asam cicah ikan bakar, tak lama dah nak puasa, yang mana belum ganti puasa tu dah boleh start ganti slow - slow. Nak fikir menu untuk bulan puasa ni pun macam banyak pening dah.

Resepi Air Asam Paling Mudah Nak Buat Dan Sangat Sedap Cicah Dengan Ikan Bakar

BAHAN A:

* Bawang besar
* Tomato
* Cili padi hijau
* Cili merah

BAHAN B:

* Bawang besar
* Tomato
* Cili padi hijau
* Cili merah
* Belacan
* Air asam jawa
* Garam & gula secukup rasa

BAHAN C:

* Kerisik secukupnya
* Limau nipis |jumlah bergantung tahap kemasaman yang disukai

CARA - CARA:
1. Hiris bahan A. Masukkan ke dalam bekas.
2. Masukkan bahan B ke dalam blender. Tambah belacan, garam, gula dan air asam jawa secukupnya. Kisar.
3. Tuang bahan kisar ke dalam bekas berisi bahan hiris. Gaul rata.
4. Masukkan bahan C dengan secukupnya. Gaul lagi dan bolehlah dinikmati.

5 Comments

  1. Kalau menu ikan bakar, mesti cari kuah cicah air asam macam ni.

    ReplyDelete
  2. kita pun suka air asam..biasa buat simple2 je pakai lesung..belajar buat pun dari family mertua...orang utagha kalau makan apa2 takdak ayak asam, tak sah uiii

    ReplyDelete
  3. suka air asam ni, bila makan dengan ikan rebus ataupun ikan bakar memang bertambah nasi tu hihi

    ReplyDelete
  4. Suka menu ikan bakar dan air asam ni, bulan puasa mesti buat

    ReplyDelete
  5. Sedap betul ikan bakar kalau cecah air asam ni.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post