Solat Terbatal Ketika Sedang Solat, Bagaimana Nak Keluar Dari Jemaah Dan Saf ?

Solat Terbatal Ketika Sedang Solat, Bagaimana Nak Keluar Dari Jemaah Dan Saf ? |
Salam Semua, Alhamdulillah dah masuk bulan Rejab, lagi 60 hari nak puasa kan. Lama rasanya tak kongsi entri sudut agama. Kongsi entri lain banyak, nak kongsi pasal hal - hal agama ni macam liat pulak huu. 

Maafkan diri. Bukan nak kata diri ini hebat, tapi sekadar ingin berkongsi dan bertukar - tukar pandangan.

Solat Terbatal Ketika Sedang Solat, Bagaimana Nak Keluar Dari Jemaah Dan Saf ?

Zaman hujung jari ni dah mudah, nak belajar ilmu agama dah tak macam dulu nak nanti kena pergi masjid. Sekarang ini dah boleh tonton di tv ke, baca online, tonton di youtube.

Dah banyak saluran yang kita boleh tonton selagi hati kita sentiasa nak belajar dan audit diri kita, terutama yang berkaitan dengan solat dan juga ibadah lain. 

Walaupun hanya 1 % sehari pun dikira kita usaha juga untuk memperbaiki amalan dan kehidupan diri kita kan termasuklah dalam soal solat.

Baru - baru ini, tertonton dalam rancangan Al - Kuliyyah, rancangan Al - Kuliyyah ni bagus bukan setakat kita ambil dengar ilmu agama, last selepas habis semua, ada macam satu sudut di mana ada seorang Ustaz, tak ingat dah nama ustaz tu tapi familiar juga muka beliau selalu masuk tv.

Untuk minggu tersebut, topik tentang sekiranya solat terbatal tengah solat, bagaimana nak keluar dari jemaah dan saf ? 

Ada sesiapa pengalaman tak, diri sendiri rasanya macam tak pernah kot  ataupun tak ingat. Biasanya lebih suka duduk saf belakang huu. Orang lain berlumba - lumba nak saf depan kan. 

Apa korang akan buat sekiranya tengah solat tiba - tiba terkentut ke, perut buat hal ke ? Maklumlah nak solat, tapi macam- macam hal yang boleh membatalkan wuduk kita nak solat.

Memang sah, solat kita terus terbatal dan memang kena keluar daripada jemaah yang sedang solat. Adakah korang terus langkah seribu di celah - celah jemaah yang lain atau macam mana.

Kebanyakan juga makmum tidak tahu cara yang betul nak keluar dari saf. Ada cara yang tertentu untuk membolehkan kita keluar dari saf.

Sebenarnya, menurut Ustaz, nak keluar daripada jemaah dan saf, pertama sekali kena niat untuk batalkan solat.

Yang kedua, pegang hidung dengan tangan kanan dan terus keluar dari depan jemaah ke jalan keluar yang terdekat.

Yang ketiga, bagaimana jemaah lain nak rapatkan saf  balik, kena tengok kedudukan imam macam mana ( ini untuk jemaah lelaki ya ). 

Yang paling jauh dengan imam tu, jemaah kena rapatkan saf balik, tapi tidak boleh melebihi 3 kali nanti solat terbatal juga sebab dah tak sah. Kena  berhati - hati semasa nak langkah tu.

Nak tunjuk gambar payah pulak huu. Itu apa yang ditonton dekat tv sebab Ustaz tunjuk secara praktikal dengan lakonan. Etika bagi seorang yang dah terbatal solat dan nak keluar dari saf. 

Apa yang tak pasti, kan kalau berjalan depan makmum lain adalah berdosa. Itu yang tak pasti, atau dah kira darurat nak keluar pun tak apalah melintas depan jemaah lain pun.

Apa pandangan korang ? Boleh kongsi - kongsi. :)




3 Comments

  1. terima kasih di atas perkongsian :)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas perkongsian berguna ni kak :)

    ReplyDelete
  3. pernah gak dengar pasal tutup hidung tu...kononnya da terkentut lerr..hahahha

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post