12 Azab Bagi Mereka Yang Meninggalkan Solat 5 waktu | Salam semua, baru - baru ini, di youtube ada terpandang tajuk video pasal confession sebab dah lama tak solat bertahun.
Muka beliau memang familiar sebab masuk tv. Selalunya kalau buka youtube, memang akan keluar lah video - video yang direkomen oleh youtube nak suruh kita tonton.
Siapa kenal Hazeman Huzir host motif viral tu dia lah yang buat confession, dah tonton video tu tapi audio tak berapa nak clear.
Dulu dia berambut putih kan, kalau siapa yang pernah tonton rancangan motif viral memang kenal la dia.
Pernah tanya diri sendiri, bila tengok Haze kat tv, kenapa lah rambut putih huu, boleh bawa solat ke tak ?
Semalam hari Jumaat pun kandungan khutbah pasal solat tiang agama. Kat area rumah sini , memang dengar, duduk kat dapur memang dengar jelas, tok imam bagi khutbah Jumaat.
Semalam hari Jumaat pun kandungan khutbah pasal solat tiang agama. Kat area rumah sini , memang dengar, duduk kat dapur memang dengar jelas, tok imam bagi khutbah Jumaat.
Walaupun masjid seberang sana, suara memang jelas, kita ni khusyuk la dengar sekejap. walaupun kadang - kadang tenggelam timbul sebab buat kerja.
Petang tu pulak tertonton Al - kuliyyah pasal solat jugak. Allah, banyak pasal tajuk solat ni, lupa pulak, bersempena israk dan mikraj, kan kita baru sambut israk mikraj.
Petang tu pulak tertonton Al - kuliyyah pasal solat jugak. Allah, banyak pasal tajuk solat ni, lupa pulak, bersempena israk dan mikraj, kan kita baru sambut israk mikraj.
Israk mikraj kalau kita tak tahu cerita kadang- kadang kita pun boleh terlupa betul tak. Semasa peristiwa mikraj Nabi Muhammad SAW, diangkat ke Sidrat al Muntaha untuk menghadap Allah.
Di sini lah Allah turunkan perintah solat dari solat 50 waktu ke solat 5 waktu.
Orang dulu - dulu macam mana lah boleh solat 50 waktu, akhir zaman sekarang ni yang solat 5 waktu pun liat kemain, bukan setakat liat malah tak solat langsung pun ada.
Berbalik kepada apa yang nak disampaikan dekat sini, point utama solat ini tiang agama, tak solat runtuh lah agama nya.

Kalau sempat bertaubat, Allah Maha pengampun terhadapnya sebab manusia ini lemah tak lari dari kesilapan.
Cuma yang paling takut, kalau Allah nak bagi istidraj yang kita bangga kita tak solat, itu lagi kasihan, nanti lama- lama kita memang selalu dalam kelalaian. Semoga dijauhkan.
Oh lupa pasal Haze tu dia dah buat confession yang dia dah berubah, dia tahu bukan dia seorang jer, kat luar sana masih ramai.
Oh lupa pasal Haze tu dia dah buat confession yang dia dah berubah, dia tahu bukan dia seorang jer, kat luar sana masih ramai.
Mudah - mudahan bila kita tengok perubahan orang lain boleh jadikan iktibar untuk kita semua. Kita nak berubah kerana Allah bukan kerana orang lain.
Dan didoakan semoga Haze sentiasa di dalam hidayah Nya.
Sedikit perkongsian yang diambil dari laman web Jabatan Agama Islam Perak, 12 azab bagi mereka yang meninggalkan solat 5 waktu.
Sedikit perkongsian yang diambil dari laman web Jabatan Agama Islam Perak, 12 azab bagi mereka yang meninggalkan solat 5 waktu.
Point yang pendek dan jelas, meremang bulu roma ni dengar azab bagi orang yang meninggalkan solat.
12 Azab Bagi Mereka Yang Meninggalkan Solat 5 Waktu
Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda :
"Barangsiapa yang mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah S.W.T akan mengenakan 12 tindakan yang merbahaya ke atasnya.
Tiga darinya akan dirasainya semasa di dunia ini antaranya :
• Allah S.W.T akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya.• Allah S.W.T mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya.
• Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.
Tiga macam bahaya adalah ketika dia hendak mati, antaranya :
• Roh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh air laut.• Dia akan merasa yang amat pedih ketika ruh dicabut keluar.
• Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.
Tiga macam bahaya yang akan dihadapinya ketika berada di dalam kubur, antaranya :
• Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yang sangat menggerunkan.• Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
• Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari).
Tiga lagi azab nanti di hari kiamat, antaranya :
• Hisab ke atasnya menjadi sangat berat.• Allah S.W.T sangat murka kepadanya.
• Allah S.W.T akan menyiksanya dengan api neraka.
Peringatan buat kita semua
ReplyDeleteAllahuakbar....terima kasih wani atas perkongsiannya...
ReplyDeleteperingatan utk diri sendiri juga.... jagalah solat..
ReplyDeletePost a Comment