Resepi 5 Jenis Kerabu Kelantan Yang Sedap Untuk Juadah Berbuka Puasa | Salam semua, sebut saja kerabu, menu yang tidak asing lagi dalam masyarakat melayu.
Kerabu yang memang jadi satu hidangan yang wajib untuk menu buka puasa. Satu hidangan kalau boleh kena ada untuk dimakan dengan nasi.
Pelbagai jenis kerabu yang ada, ikut negeri masing - masing sebab cara buat pun mesti berbeza - beza.
Kelantan pun ada cara tertentu dengan penggunaan bahan yang sama tapi bahan utama yang berbeza.
D sini, sis kongsikan kerabu Kelantan sedap untuk dicuba, nak buat juadah berbuka puasa pun ok juga.
Biasanya, kalau rajin, sis akan buat satu hidangan untuk makan tengah hari. Bergantung juga, bahan utama itu apa.
Jantung pisang ke, nangka muda ke, buah mangga putik ke, daun pucuk kemudu ke. Sebab ke semua bahan utama mesti kena hiris - hiris terlebih dahulu.
Buat sesiapa yang suka menu kerabu Kelantan boleh lah cuba buat. Itu lah kadang - kadang nak masak juga menu yang sedap, tapi nak buat untuk planning menu - menu semua ni bukan senang kan.
Ada 5 resepi menu kerabu Kelantan sedap yang korang wajib cuba buat.
Resepi 5 Jenis Kerabu Kelantan Yang Sedap Untuk Juadah Berbuka Puasa
1. Resepi Kerabu Kaki Ayam Mudah Dan Sedap
Bahan - Bahan2 batang serai
1 biji cili merah
3 biji cili padi
5 biji bawang merah kecil
1 biji timun batang muda, dibuang tengahnya * ( tak letak )
1 biji tomato
1 batang lobak merah kecil*
3 helai daun limau purut ( tak letak )
secekak daun ketumbar
2 biji limau nipis
Garam dan gula
2 sudu sos ikan
Sos tiram
Cara - Cara
1. Basuh kaki ayam sebersihnya.
2. Rebus hingga empuk/ masak dengan sedikit garam. Toskan.
3. Mayang serai, bawang, cili. Timun, tomato, daun ketumbar dan lobak merah di potong kecil. Daun limau purut dibuang tulangnya dan di racik kasar.
4. Campurkan semua bahan. Gaulkan sebati.
5. Perasakan dengan garam, gula, sos ikan dan perahan limau nipis.
6. Hidang segera.
2. Resepi Kerabu Nangka Mudah Dan Sedap
Bahan - BahanNangka putik ( biasanya kalau beli di pasar, dah siap buang kulit )
2 ekor ikan dibakar dan diambil isi sahaja
5 ulas bawang merah
1/2 sudu teh lada hitam
3 sudu besar kerisik
Santan secukupnya ( kalau boleh santan segar, perahan pertama )
Garam dan gula secukupnya
Budu secukupnya
Cara - Cara
1. Nangka putik bersihkan dan potong dalam ketulan sederhana senang nak rebus nanti.
2. Sediakan periuk masukkan air secukupnya dan letak nangka putik, siap sedia untuk direbus sehingga empuk.
3. Setelah empuk angkat dan toskan.
4. Seterusnya, bawang merah dan lada hitam ditumbuk sehingga halus.
5. Masukkan isi ikan dan tumbuk lagi, kemudian masukkan kerisik dan boleh gaul rata.
6. Jangan lupa perasakan dengan gula dan garam secukupnya.
7. Sediakan satu mangkuk besar dan masukkan nangka yang telah ditoskan, kalau macam ada lagi ketulan boleh hiris lagi nipis.
8. Masukkan bahan tumbuk dan gaul sebati, kemudian masukkan santan secukupnya, santan ni kalau nak berkuah sikit, boleh lah masukkan banyak sikit.
9. Masukkan sedikit budu nak bagi bau dan rasa budu. Gaul sebati dah siap, boleh hidangkan.
3. Resepi Kerabu Mangga Yang Cukup Lemak, Masam, Masin Dan Pedas
Bahan - Bahan3 biji pauh lemak atau mangga sederhana besar
5 ulas bawang merah
1 sudu teh lada hitam
3 sudu besar kerisik
garam secukup rasa
gula secukup rasa
2 tangkai lada burung dipotong serong
3/4 cawan santan yang diperah segar
3 ekor ikan kembung dibakar diambil isinya
Cara - Cara
1. Pauh atau mangga dibuang kulit dan diparut.ketepikan ( boleh guna mangga jenis lain ).
2. Bawang merah dan lada hitam ditumbuk halus.
3. Masukkan isi ikan yang dibuang tulang ke dalam bahan tumbuk dan tumbuk lagi hingga lumat.
4. Dalam satu bekas, gaul bersama bahan tumbuk dan kerisik. masukkan mangga yang diparut dan gaul hingga sebati.
5. Kemudian masukkan santan dan perasakan dengan gula dan garam secukup rasa.tabur lada burung yang dah dipotong.siap untuk dihidangkan.
Nota :
1. Untuk rasa lebih sedap, perah jus limau nipis sekiranya mangga tak masam. Kalau dah terkena mangga masam tak payah perah jus limau nipis.
2. Untuk kerabu yang lebih kering, kurangkan penggunaan santan..kalau boleh guna santan fresh yang diperah.
4. Resepi Kerabu Jantung Pisang Mudah Dan Sedap
Bahan - Bahan1 biji jantung pisang awak yang besar
1 1/2 cawan santan ( tengok keadaan kalau jantung pisang sederhana sikit, kurangkan santan )
2 ekor ikan bakar
4 ulas bawang merah
1/2 sudu teh
2 tangkai lada burung hiris
Jus limau nipis
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
5 sudu besar bumbung kelapa goreng ditumbuk untuk dijadikan kerisik
Cara - cara
1. Jantung pisang dibuang kelopak luar beberapa helai dan hiris bulat. Hati - hati dengan getah jantung pisang. Nak buat alas lapik hiris dengan kertas surat khabar.
2. Masukkan ke dalam periuk berisi air dan celur hingga lembut.
3. Sejatkan sehingga sejuk dan perah buang air. Ketepikan sekejap.
4. Tumbuk bawang merah, lada hitam dan juga isi ikan bakar hingga lumat.
5. Kerisik ditumbuk juga.
6. Satukan bahan tumbuk dan juga kerisik, masukkan gula dan garam secukup rasa. Gaul rata.
7. Dalam mangkuk besar, satukan jantung pisang yang dah diperah dan juga bahan yang dah digaul rata.
8. Gaul rata kemudian masukkan santan, kalau tak nak bagi nampak berair kerabu kurangkan santan.
9. Masukkan lada burung dan perah jus limau nipis. Perasakan dengan gula dan garam sekiranya tak cukup rasa.
10. Siap untuk dihidangkan.
5. Resepi Kerabu Pucuk Paku Mudah dan Sedap ( Kelantan Style )
Bahan - Bahan2 ikat pucuk paku dicelur
2 ekor ikan bakar ambil isinya sahaja
Santan secukupnya ( Kalau guna santan pekat boleh tambah air sikit
4 ulas bawang merah
sejemput biji lada hitam
2 sudu besar kerisik
Garam dan gula secukup rasa
Budu secukupnya
Cara - Cara
1. Pucuk paku ambil batang dan daun yang lembut, rendam sekejap untuk buang segala kotoran
2. Celur sekejap pucuk paku sampai lembut dan jangan lama sangat
3. Sejatkan atas penapis
4. Tumbuk bawang merah dan lada hitam, kemudian masukkan isi ikan dan tumbuk lagi biar lumat
5. Alihkan masuk dalam bekas, kemudian masukkan kerisik, garam dan gula secukup rasa dan gaul rata
6. Pucuk paku yang dah dicelur letak dalam bekas, kalau ada lebihan air tu hentak sikit penyejat bagi air lebihan keluar. Masukkan bahan campuran yang dah ditumbuk tadi
7. Gaul rata bersama pucuk paku, kemudian masukkan santan secukupnya, bagi nampak berkuah sikit tapi jangan banyak sangat
8. Masukkan 1 - 2 sudu besar budu dan gaul rata. Pastikan rasa dulu kerabu sebelum tambah budu jangan terlebih masin. Sedia untuk dihidangkan
Nota : Nak lagi sedap tambah potongan cili api dan perah jus limau nipis.
Selamat mencuba resepi kerabu Kelantan yang sedap. Korang boleh juga cuba koleksi resepi nasi goreng untuk sahur nanti.
Korang tercari - cari nak masak menu apa dengan ikan siakap, boleh cuba masak resepi ikan siakap 3 rasa ala Thai. Sedap juga untuk berbuka.
Baca Juga :
Ya Allah sedapnyaaaaa....
ReplyDeleteselalu tahu makan je x pernah buat kekeke
Sedapnya kerabu. Tq share resepinya kak :)
ReplyDeleteKalu kat rumoh saya, sokmo buat kerabu pucuk paku dengan kerabu jantung pise. Hehe
ReplyDeleteSEDAPNYA.. nanti bulan posa boleh mai sini foollow resepi.. TQ kak wani
ReplyDeleteTerliur tengok kerabu-kerabu ni. Pernah makan pun kerabu pauh/mangga je la.
ReplyDeleteYang penting, kerabu ni makanan sihat, kan.
Post a Comment