Juara Qariah Majlis Tilawah Peringkat Antarabangsa kali ke 61 Baru Berusia 19 Tahun

Juara Qariah Majlis Tilawah Peringkat Antarabangsa kali ke 61 Baru Berusia 19 Tahun || 
Salam semua, baru - baru ini berlangsungnya Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al - Quran Peringkat Antarabangsa Kali ke 61 Tahun. Disebabkan bonda kita memang suka mendengar bacaan ayat - ayat suci Al -Quran dari pelbagai bangsa, jadi anak dia pun melayan juga.




Selepas solat Isyak, biasanya kita keluar buka tv dulu, ini bonda pulak yang cepat keluar nak buka tv nampak tak sabar nak tonton, beginilah awak ya yang muda tak berasa tua ni dengar bacaan Quran macam boring je kan, nanti kita tua esok - esok tengok la macam mana nanti huu.

Kita layan lah sekali dengar bacaan Al- Quran pun seronok juga. :). Dengar pulak sekali dengan makna kat bawah tu, Allah seram sejuk dengar.

Sebenarnya bukan apa, terpegun dengar bacaan dari peserta - peserta dari luar negara. Walaupun bacaan ikut tarannum. Nampak macam senang, macam tarik - tarik suara jer. Tapi bukan senang nak berlatih sampai tahap tu.

Dah tiba malam penyampaian hadiah dan majlis penutup, dah perasan macam nampak muda jerr untuk kategori Qariah adik yang menang tempat pertama.

Esok baca berita baru tahu yang rupanya umur 19 tahun, terkejut kita bila dapat tahu umur 19 tahun. Allah,, sejuk ibu mengandung. Bila baca berita tengok lah siapa mak ayah Farhatul. Pandai mak ayah didik anak - anak.

Semoga Farhatul berjaya dalam bidang diceburi di dunia akhirat, boleh jadi inspirasi anak muda untuk cintakan Al- Quran sampai hujung nyawa.

Petikan di bawah dari sumber berita Astro Awani.

 SEDAP mata memandang, sedap juga telinga mendengar.

Nama Nor Farhatul Fairuzah Panut menjadi sebutan selepas menjuarai Tilawah Al Quran peringkat antarabangsa, pada Sabtu.

Astro AWANI kongsikan serba sedikit berkenaan gadis berusia 19 tahun ini, dan semoga ia mampu menjadi inspirasi kepada anak-anak muda lain untuk mencontohi kecintaan Farhatul terhadap al-Quran.

- Farhatul merupakan anak bongsu lima beradik kepada bekas qari dan qariah, Allahyarham Haji Panut Markum dan Hajah Jaliah Simin

- Kini belajar di tingkatan enam di Sekolah Menengah Agama Perempuan Labu, Negeri Sembilan

- Mula belajar tarannum sejak berusia lima tahun dan mula menyertai pertandingan tilawah pada usia tujuh tahun

- Pada pertandingan peringkat kebangsaan baru-baru ini, Farhatul diangkat sebagai johan manakala kakaknya, Nor Faizah, menjadi naib johan

- Menarik juga untuk diketahui, kesemua adik-beradik Farhatul aktif menyertai pertandingan tilawah

- Farhatul mengakui mengamalkan membaca Al Quran setiap kali selesai solat fardu, selain tidak mengambil minuman berais untuk menjaga suara

- Farhatul bercita-cita mahu bergelar pensyarah dan berhasrat membuka kelas pengajian tarannum satu hari nanti

Sumber : Astro Awani

3 Comments

  1. Alhamdulilah...
    Masa tengok memang dah jangka dia yang menang...sebelum tu belek IG dia memang dia hari-hari bertaranum..suara dia merdu gilerrr

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah
    Tahniah qari dan qariah Malaysia

    ReplyDelete
  3. Memang mengagumkan , baru 19 tahun tu. insyaallah moga cerah masa hadapannya

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post