Master Pasto | Hanya Panaskan Dalam 3 Minit Dah Siap Spageti Segera Untuk Dimakan

Master Pasto  || Hanya Panaskan Dalam 3 Minit Dah Siap Spageti Segera Untuk Dimakan |
Salam semua. Ini pertama kali dengar spagheti segera siap untuk dimakan hanya panaskan 3 minit jerr. Mulanya tu macam tak percaya, ingat ada spaghetti kering kat dalam tu tapi kena rebus balik.

Master Pasto  || Hanya Panaskan Dalam 3 Minit Dah Siap Spageti Segera Untuk Dimakan

Takkan 3 minit juga nak rebus spaghetti kan. Rupanya tak, ianya memang dah siap dimasak sekali dengan sos, cuma kita kena panaskan balik. Nak panaskan balik tu tak ambil masa lama, cuma panaskan saja dalam 3 minit. Ini Lagi tak percaya :D.

Memang food revolution sungguh kan. Ya lah zaman teknologi canggih dah. Pembungkusan makanan pun dah upgrade sikit.


Master Pasto Spageti Segera Yang Sedia Untuk Dimakan Hanya 3 Minit
Master Pasto  || Hanya Panaskan Dalam 3 Minit Dah Siap Spageti Segera Untuk Dimakan

Dari tadi sebut spaghetti segera siap dimasak 3 minit, korang pernah dengar tak Master Pasto. Oklah buat korang yang masih belum kenal dengan Produk Master Pasto, produk ini adalah produk pasta segera dan dibuat oleh Lioco Food Industries Sdn. Bhd yang terletak di Penang.

Master Pasto di antara  produk makanan halal pasta Malaysia yang sedia untuk dimakan di mana ia dipaket dengan selamat  dalam "Flexy Packy". Flexy packy ialah pek mudah yang selamat dan boleh dipercayai di mana ia telah melalui pengendalian suhu tinggi untuk tujuan penstrilan dan dibuat khas untuk pembungkusan produk Lioco.

Master Pasto adalah salah satu pasta segera yang sudah siap dimasak sepenuhnya. Disebabkan pembungkusan di dalam Flexy Packy untuk sos dan spageti dalam satu kotak. Jadi, masa dapat dijimatkan, korang hanya panaskan sahaja dan sedia untuk dimakan.

3 Jenis Produk Spageti Segera Dari Master Pasto 
Master Pasto  || Hanya Panaskan Dalam 3 Minit Dah Siap Spageti Segera Untuk Dimakan

Nampak gambar di kotak Master Pasto ni tak tahan godaan, mengancam betul gambarnya. Untuk pengetahuan korang semua, spageti segera dari Master Pasto ada 3 jenis ya.

1. Spageti Bolognese Ayam 
2. Spageti Aglio Olio Ayam
3. Spageti Sos Cendawan Berkrim

Harga nya memang reasonable sebab kalau nak buat from the scratch, nanti korang boleh compare harga beli bahan - bahan nak dimasak dengan sekotak yang dah siap macam ini.

Memang harga yang paling murah di Malaysia. Kalau kat kedai tak dapat harga macam ini.
Nanti rajin lah klik laman web Master Pasto, link dah ada di bawah ya. :).

Boleh lah nak buat hadiah nak bagi dekat ahli keluarga, nak buat surprise ke atau bagi dekat kawan - kawan yang busy bekerja tu takut tak sempat nak masak- masak, kot bila tengok sekotak spageti segera ni sejuk hati sikit kan hii.

Master Pasto Tiada Bahan Perisa Dan Juga Tanpa Bahan Pengawet

Apa yang menariknya spageti segera ini tidak mempunyai bahan perisa dan juga tanpa bahan pengawet. Dah la tidak ada semua tu, lagi satu senang tak payah simpan dalam peti. Ingat takut kena simpan dalam peti kan dah sos pun siap masak kan.

Tapi tak perlu ya dengan pembungkusan flexy packy, ianya selamat walaupun berada pada suhu bilik.

Sesuai sangat  peringkat usia dari  kanak - kanak dan juga dewasa. Kiranya spageti terbaik untuk dimakan dah la guna bahan natural untuk setiap hidangan dalam pasta.

Produk Makanan Halal Malaysia 
Master Pasto  || Hanya Panaskan Dalam 3 Minit Dah Siap Spageti Segera Untuk Dimakan

Kalau ada yang bertanya halal ke tak ? ni dah terpampang ni logo halal di kotak. Jangan risau ya, Master Pasto adalah produk halal tanpa was - was. Ke semua bahan - bahan yang digunakan adalah halal. Ada 2 jenis spageti yang gunakan ayam iaitu spageti aglio olio dan juga spageti bolognese. Yang satu lagi sos krim bersama cendawan.

Cara - Cara Pemanasan Yang Betul
Master Pasto  || Hanya Panaskan Dalam 3 Minit Dah Siap Spageti Segera Untuk Dimakan

Walaupun dah siap bungkus dalam flexy packy, ada cara yang betul ya sebelum nak makan, lama ingat terus buka dan makan. Bukan macam tu ya. Caranya mudah sahaja semudah ABC. Ada 2 cara yang mudah sama ada nak rendam dalam air mendidih ataupun guna ketuhar gelombang Mikro. 3 Minit dah siap tapi cara berbeza.

A. Dengan Menggunakan Air Panas Mendidih 

1. Didihkan air di dalam periuk ataupun boleh rebus air guna cerek elektrik.
2. Kemudian, masukkan ke dua - dua pek "Flexy Packy" di dalam air panas yang mendidih dan biarkan air terus didih selama 3 minit.
3. Keluarkan spageti dan sos dari flexy packy dari periuk. Buka terus dan tuangkan ke dalam pinggan sedia untuk dihidangkan.

B.Dengan Menggunakan Microwave

1. Tuangkan spageti dan sos ke dalam pinggan ataupun bekas yang sesuai untuk microwave.
2. Masukkan ke dalam microwave dan panaskan selama 3 minit.
3. Sedia untuk dihidangkan

Mudah kan, ni sendiri nak makan pilih cara rebus air je lah. Ala sekejap jerr pun. Tunggu 3 minit tak lama. Sambil buat kerja lain sekejap. Lepas tu boleh makan dah.

Master Pasto  || Hanya Panaskan Dalam 3 Minit Dah Siap Spageti Segera Untuk Dimakan


Review : Spageti Segera Terbaik Dan Paling Murah Di Malaysia

Wani dah mencuba ketiga - tiga spageti dengan sos yang berbeza dari Master Pasto ini. Apa yang dapat disimpulkan di sini, ke semuanya memang sedap. Yang mana peminat spageti memang patut cuba. Jom tengok close up sikit gambar - gambar spageti segera yang memang menyelerakan.

1. Spageti Bolognese Ayam 
Master Pasto  || Hanya Panaskan Dalam 3 Minit Dah Siap Spageti Segera Untuk Dimakan

Sos yang sedap banyak ketulan ayam dan  rasa macam baru lepas masak hii dan spageti pun tekstur al dente tak lembik ya terasa kenyal - kenyal gitu bila gigit. Kenyang perut untuk 1 pinggan ini. Elok - elok ngam dengan perut kita.

2. Spageti Aglio Olio Ayam 
Master Pasto  || Hanya Panaskan Dalam 3 Minit Dah Siap Spageti Segera Untuk Dimakan

Untuk spageti aglio olio ni sama jugak sos dia ikut selera tekak wani, pedas - pedas orang asia makan hii. Sedap ooo.

3. Spageti Sos Cendawan Berkrim 
Master Pasto  || Hanya Panaskan Dalam 3 Minit Dah Siap Spageti Segera Untuk Dimakan

Sos krim cendawan sedap, terasa lemak - lemak penuh krim hii. Cendawan pun banyak. Berselera sungguh makan.

Cuma berharap sangat kalau sos banyak sikit lagi hii. Licin kuah sampai jilat pinggan :D. Apapun terbaik tak pernah ku sangka wujud spageti segera ingatkan mee segera jerr ada.

Dah la low cost, sekotak murah jer. Tak payah bersilat kat dapur lagi hii. Ke semuanya di hujung jari anda. Satu lagi, senang nak bawa untuk travel yang mana kaki travel tu jangan lupa bawa Master Pasto menjelajah negara :).
Master Pasto  || Hanya Panaskan Dalam 3 Minit Dah Siap Spageti Segera Untuk Dimakan

Nak tonton cara penyediaannya untuk Master Pasto ini, jemput tonton video di bawah ya :) 


Sekiranya berminat untuk mendapatkan produk ini, korang boleh dapatkan maklumat lanjut tentang produk ini, di laman web dan juga laman sosial Master Pasto seperti di bawah : 



Facebook : https://www.facebook.com/masterpastolioco

6 Comments

  1. senang ni nak bawak pergi jalan2.. panaskan je. dala memang suka makan pasta =D

    ReplyDelete
  2. Pagi td bangun pagi..
    Duduk kejap fikir nak masak apa untuk breakfast pagi ni..
    yang cepat dan mudah jimat masa..skali terpandang spaghetti master pasto ni..
    terus rebus..gaul siap...hehehe...terbaik!

    ReplyDelete
  3. sedap dan mudah kan wani dengan master pasto ni :)

    ReplyDelete
  4. sedap dan mudah kan wani dengan master pasto ni :)

    ReplyDelete
  5. Sangat praktis ya dengan master pasto

    ReplyDelete
  6. mudah gini... senang nak bawa ke mana pun

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post