Lailatul Qadar, satu malam yang ditunggu -tunggu oleh semua umat Islam yang hadirnya hanya di bulan Ramadan pada 10 malam terakhir. Bila sebut malam lailaltul Qadar, orang berebut rebut nak dapatkan ganjaran yang besar yang Allah bagi untuk penghuni seluruh alam.
Bila malam lailatul qadar ? Malam ini tidak diketahui waktunya secara tepat namun menurut beberapa hadis, malam ini jatuh pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadan
Apa Itu Malam Lailatul Qadar
Kita kenali dulu apa itu malam lailatul qadar, asyik sebut saja bila tiap kali bulan ramadan, terus teringat malam lailatul qadar.
Lailatul qadar merupakan satu malam yang khusus terjadi pada bulan Ramadan. Ayat al-Qur'an diturunkan pada malam ini.
Malam ini disebut di dalam al-Quran dalam surah Al-Qadr, dan ia lebih baik daripada seribu bulan.
Bila malam lailatul qadar ? Malam ini tidak diketahui waktunya secara tepat namun menurut beberapa hadis, malam ini jatuh pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadan
Iaitu pada salah satu malam ganjil yakni malam ke-21, ke-ke-23, ke-25, ke-27 atau ke-29, dan ini merupakan pandangan jumhur ulama dan umat Islam.
Ada juga sebahagian kecil ulama yang menganggap ia berlaku pada malam genap seperti malam ke-22, ke-24, ke-26, ke-28 atau ke-30 Ramadhan.
Ada juga sebahagian ulama berpendapat waktu Lailatulqadar adalah tetap, iaitu pada malam ke-27.
Sebenarnya, ada hikmah kenapa malam lailatul qadar disembunyikan. Antara hikmah malam lailatul qadar dirahsiakan agar umat Islam rajin beribadat di sepanjang malam khususnya di sepuluh malam yang terakhir.

Majoriti umat islam, biasanya berusaha agar tidak mensia-sia malam lailatul qadar, lazimnya dengan menjaga diri agar berjaga pada malam-malam terakhir Ramadan sambil beribadah sepanjang malam.
Ibnu ‘Abbas dan selainnya mengatakan, “Allah menurunkan Al-Quran secara keseluruhan sekaligus dari Lauhul Mahfuzh ke Baitul’ Izzah yang ada di langit dunia. Kemudian Allah menurunkan Al-Quran kepada Rasulullah saw tersebut secara beransur-ansur sesuai dengan peristiwa dan kejadian yang berlaku sepanjang 23 tahun.”
Allah سبحانه وتعالى berfirman;
لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ
“Malam Lailatul-Qadar (Malam Kemuliaan) itu lebih baik dari seribu bulan.”
(Surah Al-Qadr atau Al-Qadar; Ayat 3)
An Nakha’I dalam ‘Latha-if Al Ma’arif’ menyatakan, “Amalan di lailatul qadar lebih baik dari amalan di 1000 bulan.” Mujahid, Qotadah dan ulama lainnya berpendapat bahawa yang dimaksudkan dengan lebih baik dari seribu bulan adalah solat dan amalan pada lailatul qadar lebih baik dari solat dan puasa di 1000 bulan yang tidak terdapat lailatul qadar. (Zaadul Masiir).
“Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkati dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan.” (Surah Ad Dukhan; Ayat 3)
‘Malam penuh berkat’ ini adalah malam Lailatul Qadar dan ini juga menunjukkan keistimewaan malam tersebut. Ramai malaikat yang akan turun pada Lailatul Qadar kerana banyaknya keberkatan pada malam tersebut dan turunnya malaikat menandakan melimpahnya berkat dan rahmat.
Allah سبحانه وتعالى berfirman,
تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم
“Pada Malam itu, turun para malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka.”(Surah Al-Qadar; Ayat 4)
Keistimewaan ‘Ar Ruuh’ atau Malaikat Jibril yang disebut dalam ayat di atas adalah bagi menunjukkan kemuliaan (keutamaan) malaikat tersebut.
Sebagaimana malaikat turun ketika ada yang membacakan Al-Quran, mereka juga akan mengelilingi orang-orang yang berada dalam majlis zikir dan majlis ilmu.
Para malaikat akan meletakkan sayap-sayap mereka pada penuntut ilmu kerana malaikat sangat mengagungkan mereka. (Tafsir Al-Quran Al ‘Azhim, 14: 407)
Firman Allah سبحانه وتعالى;
سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْر
“Sejahteralah Malam (yang penuh berkat) itu hingga terbit fajar.” (Surah Al-Qadar; Ayat 5)
Mujahid menyatakan, “Malam tersebut penuh keselamatan di mana syaitan tidak dapat berbuat apa-apa di malam tersebut, baik berbuat buruk atau mengganggu yang lain.” (Tafsir Al Qur’an Al ‘Azhim).
Juga boleh membawa makna bahawa malam tersebut, banyak yang terselamat dari hukuman dan seksaan kerana mereka melakukan ketaatan pada Allah سبحانه وتعالى (pada malam tersebut).
Takdir ini nantinya akan diperlihatkan kepada malaikat dan ia akan mengetahui yang akan terjadi dan mereka akan melaksanakan tugas yang diperintahkan untuknya.
Allah سبحانه وتعالى berfirman,
فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ
“Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah” (Surah Ad Dukhan; Ayat 4)
Ibnu Katsir dalam kitab tafsirnya menerangkan bahawa pada Lailatul Qadar akan diperhalusi di Lauhul Mahfuzh mengenai penulisan takdir dalam setahun, juga akan dicatat ajal maut dan rezeki. Dan turut juga akan dicatat segala sesuatu hingga akhir dalam setahun. Demikian juga diriwayatkan oleh Ibnu ‘Umar, Abu Malik, Mujahid, Adh Dhahhak dan ulama salaf lainnya.
Allah سبحانه وتعالى berfirman,
يَمْحُوا۟ ٱللَّهُ مَا يَشَآءُ وَيُثْبِتُ ۖ وَعِندَهُۥٓ أُمُّ ٱلْكِتَٰبِ
“Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan (apa yang Dia kehendaki), dan di sisi-Nya-lah terdapat Umulkitab (Lohmahfuz).” (Surah Ar Ra’d; Ayat 39)
Dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda
مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
“Sesiapa melaksanakan solat pada malam lailatul qadar kerana iman dan mengharap pahala dari Allah, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampunkan.” (Hadis Riwayat Bukhari r.a.)
Ibnu Hajar Al Asqalani mengatakan bahawa yang dimaksudkan ‘iimaanan’ (kerana iman) adalah membenarkan janji Allah سبحانه وتعالى iaitu pahala yang diberikan kepada orang yang menghidupkan malam tersebut.
Manakala ‘ihtisaaban’ bermakna mengharap pahala dari sisi Allah سبحانه وتعالى, bukan kerana mengharap selainnya seperti berbuat riyak. (Fathul Bari)
‘Lailatul Qadar’ juga dikenali dengan nama ‘Lailatul Syaraf’ bermaksud malam kemuliaan atau ‘Lailatul Tajalli’ yang bermakna malam Allah سبحانه وتعالى melimpahkan cahaya dan hidayahNya kepada orang berpuasa dan beribadat pada sebelah malamnya.
1. Berlaku pada malam sepuluh terakhir dalam bulan Ramadan
Hal ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah R.Anha:
Riwayat al-Bukhari (2017)
Selain itu, terdapat hadis yang diriwayatkan oleh Muawiyah RA:
التمسوا ليلة القدر آخر ليلة من رمضان
Bermaksud: Carilah malam Qadar pada akhir malam Ramadan.
Riwayat al-Nasr (1238)
7 Kelebihan Malam Lailatul Qadar
1. Waktu Diturunkan Al-Quran
Lailatul Qadar menunjukkan keistimewaan kerana pada malam inilah Allah سبحانه وتعالى menurunkan kitab suci utama iaitu Al-Quranul Karim.Ibnu ‘Abbas dan selainnya mengatakan, “Allah menurunkan Al-Quran secara keseluruhan sekaligus dari Lauhul Mahfuzh ke Baitul’ Izzah yang ada di langit dunia. Kemudian Allah menurunkan Al-Quran kepada Rasulullah saw tersebut secara beransur-ansur sesuai dengan peristiwa dan kejadian yang berlaku sepanjang 23 tahun.”
2. Lebih Baik Dari 1000 Bulan
Keutamaan Lailatul Qadar sungguh luar biasa kerana malam ini lebih baik dari 1000 bulan dan bersamaan dengan 83 tahun.Allah سبحانه وتعالى berfirman;
لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ
“Malam Lailatul-Qadar (Malam Kemuliaan) itu lebih baik dari seribu bulan.”
(Surah Al-Qadr atau Al-Qadar; Ayat 3)
An Nakha’I dalam ‘Latha-if Al Ma’arif’ menyatakan, “Amalan di lailatul qadar lebih baik dari amalan di 1000 bulan.” Mujahid, Qotadah dan ulama lainnya berpendapat bahawa yang dimaksudkan dengan lebih baik dari seribu bulan adalah solat dan amalan pada lailatul qadar lebih baik dari solat dan puasa di 1000 bulan yang tidak terdapat lailatul qadar. (Zaadul Masiir).
3. Malam Penuh Keberkatan
Lailatul Qadar adalah malam yang penuh keberkatan berdasarkan firman Allah سبحانه وتعالى,إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُبَارَكَةٍ إِنَّا كُنَّا مُنْذِرِينَ“Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkati dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan.” (Surah Ad Dukhan; Ayat 3)
‘Malam penuh berkat’ ini adalah malam Lailatul Qadar dan ini juga menunjukkan keistimewaan malam tersebut. Ramai malaikat yang akan turun pada Lailatul Qadar kerana banyaknya keberkatan pada malam tersebut dan turunnya malaikat menandakan melimpahnya berkat dan rahmat.
4. Turunnya Jibril Dan Para Malaikat
Keistimewaan dan kelebihan Lailatul Qadar diiringi juga dengan turunnya para malaikat yang diketuai oleh ‘Ar Ruuh’ iaitu malaikat Jibril pada malam al-Qadr dalam suatu angkatan yang besar, penuh gilang-gemilang untuk memberi taufik dan hidayah kepada orang berpuasa dengan seikhlas hati.Allah سبحانه وتعالى berfirman,
تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم
“Pada Malam itu, turun para malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka.”(Surah Al-Qadar; Ayat 4)
Keistimewaan ‘Ar Ruuh’ atau Malaikat Jibril yang disebut dalam ayat di atas adalah bagi menunjukkan kemuliaan (keutamaan) malaikat tersebut.
Sebagaimana malaikat turun ketika ada yang membacakan Al-Quran, mereka juga akan mengelilingi orang-orang yang berada dalam majlis zikir dan majlis ilmu.
Para malaikat akan meletakkan sayap-sayap mereka pada penuntut ilmu kerana malaikat sangat mengagungkan mereka. (Tafsir Al-Quran Al ‘Azhim, 14: 407)
5. Malam Kesejahteraan
Lailatul Qadar disifatkan sebagai keutamaan luar biasa dan kesejahteraan kerana pada malam itu malaikat turun untuk mengucapkan “Salam Sejahtera” kepada seluruh penduduk bumi.Firman Allah سبحانه وتعالى;
سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْر
“Sejahteralah Malam (yang penuh berkat) itu hingga terbit fajar.” (Surah Al-Qadar; Ayat 5)
Mujahid menyatakan, “Malam tersebut penuh keselamatan di mana syaitan tidak dapat berbuat apa-apa di malam tersebut, baik berbuat buruk atau mengganggu yang lain.” (Tafsir Al Qur’an Al ‘Azhim).
Juga boleh membawa makna bahawa malam tersebut, banyak yang terselamat dari hukuman dan seksaan kerana mereka melakukan ketaatan pada Allah سبحانه وتعالى (pada malam tersebut).
6. Dicatatkan Takdir Tahunan
Lailatul Qadar adalah malam penulisan dan dicatatkan takdir tahunan. Imam Nawawi rahimahullah dalam ‘Syarh Muslim’ bahawa catatan takdir tahunan tersebut tentu saja didahului oleh ilmu dan penulisan Allah سبحانه وتعالى.Takdir ini nantinya akan diperlihatkan kepada malaikat dan ia akan mengetahui yang akan terjadi dan mereka akan melaksanakan tugas yang diperintahkan untuknya.
Allah سبحانه وتعالى berfirman,
فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ
“Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah” (Surah Ad Dukhan; Ayat 4)
Ibnu Katsir dalam kitab tafsirnya menerangkan bahawa pada Lailatul Qadar akan diperhalusi di Lauhul Mahfuzh mengenai penulisan takdir dalam setahun, juga akan dicatat ajal maut dan rezeki. Dan turut juga akan dicatat segala sesuatu hingga akhir dalam setahun. Demikian juga diriwayatkan oleh Ibnu ‘Umar, Abu Malik, Mujahid, Adh Dhahhak dan ulama salaf lainnya.
Allah سبحانه وتعالى berfirman,
يَمْحُوا۟ ٱللَّهُ مَا يَشَآءُ وَيُثْبِتُ ۖ وَعِندَهُۥٓ أُمُّ ٱلْكِتَٰبِ
“Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan (apa yang Dia kehendaki), dan di sisi-Nya-lah terdapat Umulkitab (Lohmahfuz).” (Surah Ar Ra’d; Ayat 39)
7. Dosa Diampunkan
Dosa setiap orang yang menghidupkan malam Lailatul Qadar akan diampunkan oleh Allah سبحانه وتعالى.Dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda
مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
“Sesiapa melaksanakan solat pada malam lailatul qadar kerana iman dan mengharap pahala dari Allah, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampunkan.” (Hadis Riwayat Bukhari r.a.)
Ibnu Hajar Al Asqalani mengatakan bahawa yang dimaksudkan ‘iimaanan’ (kerana iman) adalah membenarkan janji Allah سبحانه وتعالى iaitu pahala yang diberikan kepada orang yang menghidupkan malam tersebut.
Manakala ‘ihtisaaban’ bermakna mengharap pahala dari sisi Allah سبحانه وتعالى, bukan kerana mengharap selainnya seperti berbuat riyak. (Fathul Bari)
‘Lailatul Qadar’ juga dikenali dengan nama ‘Lailatul Syaraf’ bermaksud malam kemuliaan atau ‘Lailatul Tajalli’ yang bermakna malam Allah سبحانه وتعالى melimpahkan cahaya dan hidayahNya kepada orang berpuasa dan beribadat pada sebelah malamnya.
Orang yang beribadah atau buat ibadat sepanjang tahun tentu lebih cerah dan mudah mendapatkan 7 keistimewaan dan kemuliaan malam tersebut kerana ibadahnya bersifat kekal, tetap, ikhlas dan konsisten berbanding dengan orang yang beribadah jarang-jarang.
Amalan Malam Lailatul Qadar Pada 10 Malam Terakhir
Lailatul Qadar yang hanya berlaku pada satu malam sahaja dalam tempoh 10 hari terakhir Ramadan.
Justeru itu, pada 10 malam terakhir ramadan, umat islam digalakkan berusaha bersungguh - sungguh untuk menghidupkan malam - malam terakhir ramadan.
Ada hadis yang menunjukkan kesungguhan Rasulullah SAW pada malam 10 terakhir ramadan.
Maksudnya: “Adapun Rasulullah SAW apabila tiba 10 hari terakhir bulan Ramadhan, Baginda SAW membangunkan ahli rumahnya, mengikat kainnya (menjauhi isteri-isterinya) serta menghidupkan malam tersebut.”
[HR Ibnu Hibban 3436]Terdapat beberapa amalan sunnah yang kita perlu lakukan dan perbanyakkan di 10 malam terakhir Ramadan. Antara amalan tersebut adalah :
1. Melakukan qiamullail
2. Solat fardu secara berjemaah
3. Perbanyakkan berzikir dan berselawat
4. Membaca al-Quran
5. Perbanyakkan sedekah jariah.
Maksud Qiamullail
Apa maksud qiamullail ?. Sebenarnya, qiamullail adalah merujuk kepada amalan beribadat pada malam hari dengan mengerjakan solat-solat sunat seperti :
1. Solat Taubat
2. Solat Tahajjud
3. Solat Witir
4. Solat Tasbih dan lain - lain.
Ibadah Qiamullail sangat digalakan di dalam Islam. Qiamullail boleh dikerjakan secara berseorangan atau secara beramai-ramai.
Antara ayat Al - Quran yang menerangkan tentan kelebihan orang yang melakukan qiamullail adalah :
Maksudnya:"Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "Sembahyang Tahajjud" padanya sebagai sembahyang tambahan bagimu, semoga Tuhanmu membangkitkan dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji".(Surah al-Isra': 79)
Cahaya Matahari Tidak Terik, Ini Antara 5 Tanda Malam Lailatul Qadar
Bukan mudah nak dapat tanda - tanda malam tersebut adalah malam lailatul qadar. Hanya hamba - Nya yang terpilih yang merasa malam seribu malam itu adalah malam lailatul qadar.
Menurut dari laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di antara tanda - tanda malam lailatul qadar yang disebut di dalam hadis :
Hal ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah R.Anha:
تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْوِتْرِ مِنَ الَعَشْرِ الأوَاخِرِ مِنْ رَمَضانَ
Bermaksud: Berusahalah mencari Lailatulqadar pada malam terakhir yang ganjil di bulan Ramadan.
Riwayat al-Bukhari (2017)
Selain itu, terdapat hadis yang diriwayatkan oleh Muawiyah RA:
التمسوا ليلة القدر آخر ليلة من رمضان
Bermaksud: Carilah malam Qadar pada akhir malam Ramadan.
Riwayat al-Nasr (1238)
2. Berlaku pada malam yang ganjil dalam bulan Ramadan
Hal ini berdasarkan riwayat yang dinukilkan oleh Imam al-Baihaqi daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW bersabda:
التَمِسوها في العَشرِ الأواخِرِ وِترًا
Bermaksud: Carilah malam al-Qadar pada sepuluh malam terakhir yang ganjil.
Al-Sunan al-Kubra (8559)

3. Malam tersebut tenang dan terang serta tidak panas pada keesokkan paginya.
Hal ini menurut riwayat daripada Ubadah bin al-Somit R.A berkata secara marfu’:
"أَنَّهَا صَافِيَة بلجة كَأَن فِيهَا قمرا ساطعا، سَاكِنة ضاحية لَا حر فِيهَا وَلَا برد، وَلَا يحل لكوكب يَرْمِي بِهِ فِيهَا، وَأَن من أمارتها أَن الشَّمْس فِي صبيحتها تخرج مستوية لَيْسَ لَهَا شُعَاع، مثل الْقَمَر لَيْلَة الْبَدْر، لَا يحل للشَّيْطَان أَن يخرج مَعهَا يَوْمئِذٍ".
Bermaksud: “Sesungguhnya malam tersebut bersih terang, seolah-olah bulan yang menerangi tenang, nyaman tidak terlalu sejuk pada malam tersebut dan tidak terlalu panas dan tiada tempat bagi bintang untuk dilihat dengannya hingga ke waktu pagi. Antara tanda-tandanya adalah matahari pada waktu paginya keluar dalam keadaan tidak bercahaya dengan kepanasan seperti bulan penuh purnama dan syaitan tidak ada tempat untuk keluar bersamanya pada hari tersebut.
(Rujuk: Umdah al-Qari, 11/134)

4. Matahari terbit tidak terang dan tidak panas
Daripada Ubay bin Kaab R.A menyatakan daripada Nabi SAW, sabdanya:
Sementara itu, menurut riwayat daripada Ibn Mas’ud berkata: “Sesungguhnya matahari keluar setiap hari antara dua tanduk syaitan, kecuali pagi malam qadar.”
(Rujuk: Umdah al-Qari, 11/134)
Daripada Ubay bin Kaab R.A menyatakan daripada Nabi SAW, sabdanya:
أَن الشَّمْس تطلع فِي صبيحتها لَا شُعَاع لَهَا
Bermaksud: “Sesungguhnya matahari terbit pada hari tersebut tidak mempunyai cahaya dan kepanasan.”
Sementara itu, menurut riwayat daripada Ibn Mas’ud berkata: “Sesungguhnya matahari keluar setiap hari antara dua tanduk syaitan, kecuali pagi malam qadar.”
(Rujuk: Umdah al-Qari, 11/134)
5. Air masin (laut) bertukar menjadi tawar
Imam Ibnu Hajar menukilkan riwayat al-Baihaqi daripada Abdah bin Abi Lubabah:
(Rujuk: Fathu al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari, 260/4)
Selain itu, menurut riwayat daripada Imam al-Baihaqi menyatakan bahawa:
(Rujuk: Fadail al-Awqat, 247)
Dalam sebuah hadis, Saidatina 'Aisyah RA berkata: “Aku bertanya: “Ya Rasulullah, apa pendapatmu jika aku tahu bilakah malam Lailatulqadar terjadi, apa yang harus aku ucapkan?” Baginda SAW menjawab:
Imam Ibnu Hajar menukilkan riwayat al-Baihaqi daripada Abdah bin Abi Lubabah:
إِن الْمِيَاه المالحة تعذب تِلْكَ اللَّيْلَة
Bermaksud: Sesungguhnya air masin (laut) menjadi tawar pada malam itu.
(Rujuk: Fathu al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari, 260/4)
Selain itu, menurut riwayat daripada Imam al-Baihaqi menyatakan bahawa:
عَنِ الْأَوْزَاعِيِّ، عَنْ عَبْدَةَ بْنِ أَبِي لُبَابَةَ، قَالَ: ذُقْتُ مَاءَ الْبَحْرِ لَيْلَةَ سَبْعٍ وَعِشْرِينَ مِنْ رَمَضَانَ، فَإِذَا هُوَ عَذْبٌ
Bermaksud: Aku telah merasa air laut pada malam ke 27 Ramadan maka rasanya tawar.
(Rujuk: Fadail al-Awqat, 247)
Doa Malam Lailatul Qadar
Antara doa yang boleh diamalkan adalah doa malam lailatul qadar. Amalkan baca doa ini ketika 10 malam terakhir ramadan.
“Ucapkanlah: “Ya ALLAH, Engkau Maha Pengampun dan mencintai orang yang meminta ampun, maka ampunilah aku." (Riwayat at-Tirmizi dan Ibnu Majah)
Ataupun korang boleh baca doa ini panjang sikit.
Allahumma Taqabbal SiyamanaYa Allah terimalah puasa kamiAllahumma Taqabbal SiyamanaYa Allah terimalah puasa kamiAllahumma Taqabal SujoodanaYa Allah terimalah sujudWa Ruku'anaDan rukuk kamiBirahmatika Yaa Rabbal 'AlameenDengan belas kasihan-Mu, wahai penguasa alam semestaAllahumma Innaka 'AfuwwunYa Allah Engkau Maha PemaafTuhibbul 'Afwa Fa'fu AnnaDan engkau senang memaafkan, maka maafkanlah kamiAllahumma Innaka 'AfuwwunYa Allah Engkau Maha PemaafTuhibbul 'Afwa Fa'fu AnnaDan Engkau senang memaafkan, maka maafkanlah kamiFa 'fu Anna Ya KareemMaka maafkanlah kami, wahai yang Maha PemurahFa 'fu Anna Ya RaheemMaka maafkanlah kami, wahai Yang Maha PenyayangFa 'fu Anna Ya Akramal AkrameenMaka maafkanlah kami, wahai Yang Maha PemurahAllahummaghfir lana maa qaddamnaYa Allah, ampunilah kami atas perbuatan kamiWa Ma AkharnaDan atas masa yang kami sia-siakanWa Ma Asrar NaaDan untuk apa yang kami lakukan secara rahsiaWa Ma A'hlal NaaDan untuk apa yang telah kami lakukan secara terbukaWa Ma Anta 'Alamu Bihi MinnaDan untuk apa yang engkau tahu tentang kamiInnakka Anta Sameeul KareebYa Allah, hanya Engkau Maha MendengarBirahmatika Yaa Rabbal 'AlameenDengan Rahmat Mu, wahai penguasa alam semesta
Sumber :
1. SInar Harian
2. Media Maklumat
3. https://ms.wikipedia.org/wiki/Lailatulqadar
4. https://www.mstar.com.my/xpose/ad-din/2022/04/25/bila-waktu-sebenar-lailatul-qadar-ketahui-sebab-allah-sembunyikan-masa-khusus-kena-cari-insyaallah-dapat
5. https://mykmu.net/2021/05/03/inilah-tanda-tanda-malam-lailatul-qadar/
Semoga diberikan peluang untuk kita bertemu Lailatulqadar tahun ini.. Aamiinn
ReplyDeleteTingkatkan amalan kita untuk menemui malam Lailatulqadar
ReplyDeleteMoga kita beroleh lailatulqadar untuk tahun tahun seterusnya pula . Ameen.
ReplyDeletePost a Comment