Resepi Sedap, Mudah Dan Pantas Nak Buat Akok Kedut Air Fryer, Memang Berkedut |
Salam semua, resepi akok kedut Kelantan ni, kalau ikut sebenarnya macam susah jerr nak buat.
Mungkin susah sebab kita tengok kena bakar dengan sabut kelapa tu kan.
Kita sendiri pun tak nak dengan bermain asap kepul - kepul. :D. Akok Kedut Kelantan, entah kenapa, bulan puasa mesti naik lah kuih ni.
Akok memang hidangan kuih yang wajib atas meja, walaupun tidak setiap hari, tapi memang akan ada atas meja. Tekstur nya yang lembut sebab ada telur, bau asli dan wangi sebab dibakar menggunakan sabut kelapa.
Kadang - kadang pernah terkena beli akok tapi bila makan keras kematu punya akok, Kena tipu nampak luaran macam lembut jerr, bila gigit bukan setakat tak sedap keras pulak tu dah macam kuih bingka dah. Beli kat bazar ni, kes macam ni selalu jugak la berlaku, tapi nak buat macam mana kan.
Kali ini, nak berkongsi resepi akok kedut yang memang berkedut, lembut, bau pandan. Memang sedap dan mudah guna resepi ini. Lama dah nak cuba buat akok kedut ni, bila dah terjumpa resepi akok guna air fryer, terus on, nampak mudah jerr orang buat. Tengok gambar ada effect hangus kat atas tu.
Ada juga resepi akok guna oven tapi tak cuba lagi, kita cuba guna air fryer dulu ya. Bahan - bahan semua mudah dapat dan pantas sebab blend guna blender. Tak la rasa macam susah sangat hii.
Ditambah guna lagi santan kotak dari S&P Santan, cukup rasa lemak santan yang pekat menjadikan kuih akok terasa sedap rasa lemaknya. Begitulah, habis berkias betul :D.
Kali pertama buat ni dah rasa puas hati sebab permukaan hangus atas tu macam beli kat kedai, suka sangat efek hangus tu. Cuma satu jer, bila bakar guna air fryer, bawah nya tu tak garing mana, kipas air fryer pun sebelah atas jer.
Tapi bukan bermaksud, ia tak masak ya. cuma tak nampak hangus sikit. Apa pun rasa sedap, lembut jer yang ini lah baru cukup telurnya, cukup berkedut, dan tak ada lah bila gigit keras macam batu huu.
Kalau korang nak cuba, meh tengok resepi di bawah ya, ini pun ambil di group air fryer, ada yang kongsikan resepi akok, terima kasih kerana berkongsi resepi. Kali ini senang dah nak buat akok homemade, tak payah pergi kedai dan beli kat bazar itupun kalau korang rajin ya.
Resepi di bawah ya, jemput tonton juga di my youtube channel. Mudah jerr nak buat. Jom buat resepi akok mudah dan lembut guna air fryer.
Resepi Sedap, Mudah Dan Pantas Nak Buat Akok Kedut Air Fryer, Memang Berkedut
Bahan-bahan :
Bahan A :
3 biji telur
1 sudu kecil coconut pandan emulco atau pati perahan pandan
Secubit garam
100ml kotak santan (kotak kecil)
3 sudu besar tepung gandum
Bahan B :
Masak air gula dan sejukkan
1 cawan air + 2 sudu gula pasir + 2 sudu gula merah (ikut kemanisan kesesuaian tekak masing-masing )
Bahan C :
1 sudu besar sudu minyak masak ( bagi effect golden )
Cara - cara :
1. Masukkan semua bahan A, bahan B dan bahan C dan blend halus.
2. Kemudian, tuangkan sedikit pewarna hijau dan blend.
3. Masukkan dalam bekas yang sesuai seperti tin foil ( nanti boleh tonton di youtube )
4. Panaskan terlebih dahulu Air Fryer suhu 140 C dalam 5 minit.
5. Masukkan bekas tadi dan bakar dlm AF suhu 180 C selama 10 minit.
6. Ting! Siap dan sedia untuk di makan.
Jom cuba juga resepi burnt cheese cake air fryer. Burnt cheese cake pun dah boleh buat guna air fryer.
Wahhh saya nak try lah nanti. Nampak sedap sangat. Terima kasih share resepi :)
ReplyDeleteWowwww boleh buat dalam AF kaa?
ReplyDeleteKena cuba ni...bestnyaaaa
Suka makan aje
ReplyDeletePost a Comment