Resepi Dan Cara Masak Lemang Noxxa Guna Buluh, Senang, Cepat Dan Jimat Masa

Resepi Dan Cara Masak Lemang Noxxa Guna Buluh, Senang, Cepat Dan Jimat Masa |
Salam semua, salam 2 Syawal, Alhamdulillah, hari pertama Syawal hujan pun turun semalam

Resepi Dan Cara Masak Lemang Noxxa Guna Buluh, Senang, Cepat Dan Jimat Masa

 Hari ini pun petang tu hujan turun, sejuk la sikit bumi nak pergi beraya pun. Ikutkan nak buat entri raya macam awal sangat, ini pun tengok ada 2 dalam draft.

Yang ini draft yang ketiga, disebabkan masih mood raya, nak bercerita yang ini lah. Mood blogging dah hari ini. Hari kedua ni, ramai yang buat kenduri kahwin, memang jalan dah jem sangat, keluar pergi satu tempat kat kenduri kahwin, nak balik tu ada 2 tempat polis trafik tengah jaga.

Tengah lalu pun nampak kereta berhenti tepi jalan dah ada yang kena makan saman polis. Hati - hati la ya korang yang pergi beraya. bukan saja hati - hati semasa memandu. Kena hati - hati takut polis tengah teropong hii.

Musim raya ni memang lemang wajib dihidang atas meja. Menu raya kan, yang ini lah orang cari. Baru - baru ini ada yang kongsi cara nak masak lemang versi noxxa. Terkejut jugak lah kita. Lemang pun boleh masak dalam noxxa. Tapi bukan versi bakar la dah jadi versi rebus dalam noxxa.

Kalau tengok yang dah potong siap, mesti tak sangka masak dalam noxxa jerr tu. Dah lama jugak nampak di group sebelah yang buat lemang noxxa, kalau lah jadi buat suatu hari nanti, ingat nak refer di blog, tak ada lah terkial - kical cari nanti. Walaupun dah save di facebook, takut nanti scroll pulak
jenuh.

Boleh la pergi tanya abam - abam yang jual lemang tepi jalan tu nak mintak buluh kosong :D. Kalau boleh beli, beli ajer lah sebab nak cuba sangat dah ni. hii.

Jom kita tengok langkah demi langkah cara nak masak lemang noxxa senang, cepat, mudah dan jimat masa. Sebenarnya yang payah nak cari buluh jer, kalau yang tinggal kat kampung, ada buluh tu boleh lah pergi tebang ambil. Kalau tak musim raya ni, nak cari kat mana kan. Kot pergi tempat jual lemang, boleh bagi free ke hii.

Dan buluh tu pun kena lah potong ikut ketinggian periuk noxxa.

                                         Resepi Dan Cara Masak Lemang Noxxa Guna Buluh, Senang, Cepat Dan Jimat Masa

 Resepi Dan Cara Masak Lemang Noxxa Guna Buluh, Senang, Cepat Dan Jimat Masa
\

Resepi Dan Cara Masak Lemang Noxxa Guna Buluh, Senang, Cepat Dan Jimat Masa

Resepi Dan Cara Masak Lemang Noxxa Guna Buluh, Senang, Cepat Dan Jimat Masa

Resepi Dan Cara Masak Lemang Noxxa Guna Buluh, Senang, Cepat Dan Jimat Masa

Bahan - Bahan 
1 kg beras pulut 
Daun pisang secukupnya
Garam Secukupnya 
Santan Secukupnya 
Buluh Secukupnya 

Cara - Cara

1. Basuh sekilo beras pulut dan toskan.

2. Letak daun pisang dalam buluh. Kalau dapat yang muda lagi mudah nak masukkan.

3.Letak garam sedikit dalam santan.

4. Kemudian letak pulut dalam buluh. Jangan penuh ya. Kurangkan seinci dari atas.

5. Masukkan santan separas pulut.

6.Susunkan dalam inner yang dah letak air. Tak perlu banyak sangat air. Letak lebih kurang dalam 2 inci.

7. Set High Pressure dalam 30 minit.

8. Dah bunyi beep, tekan off dan lepaskan wap.

Buluh boleh digunakan semula selagi elok. Kalau dah tak elok, guna buluh yg baru ya. Renyah nak potong buluh jer. Panjang buluh macam dalam gambar tu. Tak pun boleh ukur di periuk. Pastikan periuk boleh tutup.

1 buluh comel tu dapat sepiring lemang macam dalam gambar tu.

Mudah kan nak masak lemang noxxa. Siapa sanggup nak cuba boleh la buat.  Kredit semua gambar dan resepi dari Puan Nur Hidayah

1 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post