Rumah Ronald McDonald Ke Dua Di Hospital USM Kubang Kerian Kini Telah Dibuka ( Tahniah ) | Salam semua, buat korang yang sentiasa mengikuti blog ini, kalau perasan ada kita selalu buat entri untuk Rumah Ronald McDonald yang pertama di Kelantan dalam masa yang sama yang pertama di Pantai Timur.
Rumah Ronald McDonald yang telah dibina di Hospital USM ini adalah yang kedua di Malaysia selepas yang pertama di buka di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur pada tahun 1999.
Jadi, orang Kelantan kenalah bangga ya, bukan sebarang rumah ya. Sebenarnya rumah ini akan membawa banyak manfaat kepada 18 keluarga pesakit pediatrik. Nanti kita cerita lanjut.
Kita sendiri pun sebenarnya tak sabar nak lihat Rumah Ronald McDonald yang siap sepenuhnya nanti. Sejak menjadi saksi ketika majlis memorandum persefahaman lagi di antara Hospital USM dan juga Persatuan Kebajikan Rumah Ronald McDonald Malaysia
Kemudian, saksi kepada majlis pecah tanah di tanah kosong yang luas, kita juga sempat menghadiri majlis doa selamat semasa pembinaan baru bermula dan akhirnya Rumah Ronald McDonald yang kedua yang bernilai RM 4 juta ini, kini mula beroperasi di Hospital Universiti Sains Malaysia USM Kubang Kerian.
Teringat balik, rasa macam tak percaya pejam celik jerr. Sebaik saja masuk, ternampak rumah ini tak sangka dah siap, macam tak percaya jer. Iya lah sejak tahun lepas lagi nak tahu perkembangan rumah ini.
Akhirnya hari Sabtu lepas 22 Jun ada majlis gotong - royong bagi membersihkan kawasan sekeliling dan dalaman rumah ini, sebelum nak menyambut ahli keluarga pesakit pediatrik. Ini lah rupa rumah yang dah siap sepenuhnya, dulu tengok dalam pelan jer.
Aktiviti Gotong- Royong Di Rumah Ronald McDonald Ke 2 Di Hospital USM
Kehadiran ramai sukarelawan yang datang membantu bagi sama - sama menjayakan majlis gotong - royong ini. sebelum dirasmikan sepenuhnya untuk keluarga pesakit, kenalah cuci yang mana patut. Kita tengok hari tersebut, pakat sibuk dengan aktiviti masing - masing. Ada yang menyapu, mengelap, mengemas katil dan sebagainya lah.
Keterujaan nak tengok setiap ruang dalam rumah ini. Setiap ruang yang menyediakan 18 bilik tidur, ruang makan, ruang rehat, dapur, bilik dobi dan juga bilik permainan. Dah cukup memberi keselesaan kepada ke semua keluarga pesakit.
Nak tengok ke ? Sebelum tu, kita meninjau dulu dengan aktivit gorong - royong ya. Kita pun join sama untuk bergotong - royong. :)
Nampak tak. rajin - rajin sukarelawan bertungkus lumus buat kerja, sebelum nak bagi keluarga pesakit datang ke rumah ini dengan suasana persekitaran yang bersih.
Kalau korang nak tahu Rumah Ronald McDonald yang direalisasikan hari ini adalah sumbangan RHMC Malaysia, McDonald's Malaysia, rakan - rakan niaga dan pelanggan - pelanggan McDonald's yang menyumbang melalui tabung RMHC yang terletak di lebih daripada 275 restoran McDonald di seluruh negara.
Upacara Menanam Pokok Sempena Pembukaan Rumah Ronald McDonald Di Hospital USM
Dalam masa yang sama, ada upacara menanam pokok di tengah - tengah ruang rumah ini, rumah ini konsep ruang terbuka nampak langit di tengah - tengah. Cantik pulak tengok dengan lantai simen yang ceria berwarna merah dan kuning iaitu simbol warna untuk McDonald.
Ruang ini boleh menjadi ruang rehat untuk sama - sama berkumpul ahli keluarga pesakit yang lain yang sama - sama menemani anak mereka yang sakit.
Upacara menanam pokok ini, dirasmikan oleh YBhg. Profesor Dato' Dr Ahmad Sukari Halim, Pengarah Kampus kesihatan Hospital USM. Turut hadir juga Encik Amir Jaafar, Presiden RMHC dan juga pengarah Urusan McDonald's Malaysia.
Majlis Pembukaan Rumah Ronald McDonald Di Hospital USM Yang Bernilai RM 4 Juta
Pada 23 Jun, alhamdulillah dapat menyaksikan sendiri majlis pembukaan Rumah Ronald McDonald pertama di Kelantan. Ramai yang turut sama - sama hadir bagi meraikan pembukaan untuk rumah ini. Turut sama dalam majlis tersebut adalah YBhg. Profesor Datuk Dr. Asma Ismail, Naib Canselor Universiti Sains Malaysia.
Penyerahan kunci bilik telah diserahkan kepada 3 keluarga pesakit. Apabila melihat reaksi anak kecil ini, raut wajah mereka yang adakalanya nampak gembira, budak kan, tengok ramai orang suka lah mereka.
Kita sempat berbual dengan ibu kepada pesakit kanak - kanak ini, mendengar perkongsian cerita daripada seorang ibu yang sentiasa berulang - alik ke hospital untuk rawatan anak, rasa meruntun jiwa ini.
Sekarang alhamdulillah, boleh tarik nafas lega dan tersenyum dan diharapkan beban yang ditanggung selama ini dapat dikurangkan.
Lengkap Dengan Pelbagai Kemudahan Yang Dapat Memberi Keselesaan Kepada Keluarga Pesakit
Dengan adanya Rumah Ronald McDonald di Hospital USM, ahli keluarga akan sentiasa dapat bersama dengan anak - anak mereka sepanjang tempoh mereka menerima rawatan di hospital. Cuba bayangkan, kalau yang di luar daerah Kota Bharu, datang jauh - jauh semata - mata nak bawa anak merawat, sampai sini dah pun letih nak mandi, nak rehat sekejap.
Jadi dengan adanya rumah tumpangan ini dapat membantu mereka. Lagipun, ia juga akan menggalakkan pemulihan kesihatan pesakit - pesakit kanak - kanak dengan kadar yang pantas kerana sokongan fizikal dan emosi dari ahli keluarga.
Ok lah ya, kita pergi hari tu, dan masuk dalam rumah, memang lengkap dengan kemudahan dengan bilik tidur yang selesa macam bilik hotel, kalau boleh nak try jugak satu malam kat situ. hii. Ini di antara kemudahan yang ada di Rumah Ronald Mcdonald di sini
1. Bilik Tidur
2. Bilik Dobi
Bilik Dobi ini terletak di hujung ruang belakang sekali, siap disediakan dengan 3 biji mesin basuh. Ingat tak ada bilik mendobi ke, mestilah kena ada untuk kemudahan penghuni nak basuh baju ke. Penyidai kain pun ada ya senang nak jemur baju. Jadi, tak adalah takut risau nak basuh baju tak ada tempat mendobi.
3. Bilik Dapur
Sebaik saja masuk bilik dapur, macam tak percaya sebegini luas, lengkap dengan peti sejuk beku, dapur untuk memasak. Sekiranya ada keluarga pesakit nak masak ramai - ramai ke kat dapur ni tak ada masalah.
Peralatan memasak seperti periuk nasi, blender, microwave, pelbagai minuman ada disediakan di sini. Dah lengkap semua, rasa macam nak memasak di sini.
4. Bilik Sensori Ronald McDonald
Sejak tahun lepas lagi, kita nak tahu sangat macam mana rupanya bilik sensori tu, macam menarik jer dengar bila bilik ini menyediakan peralatan multi deria khas yang disumbangkan kepada hospital USM untuk membantu perkembangan kanak - kanak istimewa.
Untuk pengetahuan korang semua, peralatan kat sini memang mahal ya. Sebaik sahaja masuk ke dalam bilik ini, terus terpandang peralatan itu semua, memang menarik sungguh, iya lah kalau budak - budak masuk lagi teruja mereka melihat nak sentuh itu nak sentuh ini, mudah - mudahan dengan peralatan ini, sedikit sebanyak dapat membantu kanak - kanak yang sedang menerima rawatan di hospital ini.
5. Bilik Permainan
Bilik permainan pun ada disediakan di rumah ini, ibu bapa yang sedang menjaga anak mereka yang sakit, mungkin ada anak - anak kecil yang dibawa ke sini. Bilik permainan seperti ini, boleh menghiburkan anak - anak kecil
6. Sudut BBQ
Pelbagai kemudahan yang disediakan di sini ya, selain daripada ruang rehat depan tv, ada ruang juga untuk BBQ. Mana lah tahu kan, bila berkumpul keluarga pesakit ramai - ramai, nak mengeratkan silaturahim boleh buat makan - makan untuk BBQ.
Terima Kasih Kepada Pihak Penaja Untuk Sumbangan Di Rumah Ronald McDonald Di Hospital USM
Kalau korang perasan daripada gambar - gambar di atas, ke semua barang- barang dan peralatan -peralatan yang ada di dalam rumah ini adalah hasil sumbangan dari penaja -penaja yang sama - sama ingin membantu dalam memberi keselesaan kepada semua penghuni rumah ini.
Nampak tak pokok di dinding, yang itu lah nama ke semua penaja - penaja yang memberi sumbangan untuk rumah ini. Sekiranya ada pihak yang sudi menaja dan memberi sumbangan di sini amat digalakkan.
Memang setiap apa yang pihak penaja memberi sumbangan di sini akan nampak contohnya macam bilik dapur ini sumbangan daripada siapa.
Fungsi Persatuan Kebajikan Rumah McDonald Malaysia (RMHC)
Rasanya ramai lagi yang masih tidak tahu apa fungsi Persatuan Kebajikan Rumah McDonald Malaysia ni kan. Secara ringkasnya RMHC merupakan organisasi bukan berasaskan keuntungan dengan misi untuk mewujudkan, mencari dan menyokong program - program yang mampu meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan kanak - kanak.
Ada empat program utama yang dijalankan oleh RMHC :
1. Rumah Ronald McDonald
2. Bilik Sensori Ronald McDonald
3. Gift Of Smile
4. Program Pek Kembali Ke Sekolah
Nampak tak tabung merah di sebelah kiri gambar di bawah. Kalau korang nak tahu, dana untuk program - program yang dijalankan diperoleh daripada sumbangan ikhlas individu menerusi tabung yang terdapat di restoran - restoran McDonald dan juga tajaan serta sumbangan dari rakan korporat.
Nanti kalau ada baki duit beli kat McDonald, ringankan lah tangan untuk masukkan ke dalam tabung merah ini, bukan apa, ia dapat membantu kanak - kanak di luar sana yang kurang bernasib baik.
Bila sama - sama menjadi sebahagian keluarga besar ini, perasaan tu rasa lain macam, lebih lagi bila bersembang sendiri dengan keluarga penjaga pesakit di sini. Jom lah sama - sama kita ringankan beban keluarga pesakit walaupun hanya menderma ia dapat memberi impak besar kepada keluarga pesakit.
Rumah Ronald McDOnald || Bayaran Yang Dikenakan Hanya RM 5 Untuk Sehari
Ohh sebelum terlupa, sebenarnya ada syarat - syarat yang tertentu sebelum keluarga pesakit boleh diterima untuk menginap di rumah ini. Bayaran untuk sehari adalah RM 5. Keutamaan akan diberikan kepada keluarga pesakit yang tinggal di luar Kota Bharu.
Rumah ini hanya dikhaskan untuk pesakit kanak - kanak pediatrik sahaja yang berumur 18 tahun ke bawah. Sebelum di daftarkan di sini, perlu berdaftar terlebih dahulu dengan Jabatan Kebajikan Hospital USM.
Diharapkan sangat, pembaca yang membaca entri ini dapat hebohkan kewujudan rumah ini kepada yang lain. Mungkin ada saudara kita, kawan kita yang mempunyai anak - anak yang sentiasa memerlukan rawatan di hospital USM. Sila klik butang share tanda prihatin.
Untuk maklumat lanjut mengenai RMHC, sila layari https://rmhc-malaysia.my/

Pertama kali terpandang bilik tidur, terus dalam hati luasnya bilik, siapa sangka kan, sangat selesa siap dengan kipas dan aircond. Sekiranya ada keluarga yang ramai sikit pun tak risau sangat sebab tilam boleh tarik ada di katil ini. Bilik air pun luas lengkap dengan pemanas air.

Alhamdulillah, banyak manfaatnya.
ReplyDeletealhamdulillah dah dibuka..cantik tempat dia..selesa la waris nak tinggal sini
ReplyDeletePost a Comment