Salam semua, rasa nak buat coretan la kat blog ni, sebenarnya tak tahu sakit apa pun,sampai lah buat keputusan nak pergi hospital.
Sebab sebelum ni pun macam ada tanda - tanda tak menyenangkan bahagian tepi bawah perut sikit, macam terasa menyucuk - nyucuk.
Itu pun dah lama tapi buat tak tahu. Ikutkan macam - macam terbayang dalam fikiran ni, ya lah penyakit ni dah pelik - pelik sekarang. Lebih - lebih penyakit orang perempuan ni.
Pergi hospital kena set appointment dulu bila nak pergi jumpa doktor, maklum lah kan hospital kerajaan, ni ramai yang sakit dan yang dah buat appointment tu , mereka didahulukan huu.
Pergi hospital baru tahu betapa pentingnya nikmat sihat yang Allah bagi yang selalu kita terlepas pandang. Pandang sana sini yang sakit, ya Allah lemah semangat kita.
Setelah tiba hari yang dijanjikan nak jumpa doktor, feeling rasa lain macam, dalam kepala ni tak usah cakap terbayang macam - macam sakit dah. Rasa macam kemurungan pun ada asyik fikir hal sakit.
Aduh lemah semangat betul bunyi sakit. Padahal tak tahu sakit apa pun lagi. Nasib jumpa dengan doktor perempuan. Bagi tahu dia macam ada rasa menyucuk kat bahagian bawah pinggang sikit.
Kemudian, macam - macam soalan keluar daripada mulut doktor. kencing berapa kali, membuang pun berapa kali. Period ok ke tak. Semua tu, doktor nak diagnose kita sakit apa sebenarnya.
Kemudian doktor cadangkan buat X- Ray kat bahagian bawah pinggang. Dah lama tak buat x-ray, dulu kena pegang besar gedabak bawak pergi jumpa doktor kan.
Pergi hospital baru tahu betapa pentingnya nikmat sihat yang Allah bagi yang selalu kita terlepas pandang. Pandang sana sini yang sakit, ya Allah lemah semangat kita.
Setelah tiba hari yang dijanjikan nak jumpa doktor, feeling rasa lain macam, dalam kepala ni tak usah cakap terbayang macam - macam sakit dah. Rasa macam kemurungan pun ada asyik fikir hal sakit.
Aduh lemah semangat betul bunyi sakit. Padahal tak tahu sakit apa pun lagi. Nasib jumpa dengan doktor perempuan. Bagi tahu dia macam ada rasa menyucuk kat bahagian bawah pinggang sikit.
Kemudian, macam - macam soalan keluar daripada mulut doktor. kencing berapa kali, membuang pun berapa kali. Period ok ke tak. Semua tu, doktor nak diagnose kita sakit apa sebenarnya.
Keputusan Ujian Air Kencing Dan X-Ray
First, pergi ambil ujian air kencing. Berdebar jugak tunggu result. Alhamdulillah, selepas doktor check tak ada apa, cuma kita pulak yang takut pergi cakap bukan apa doktor risau dengan penyakit berkaitan dengan orang perempuan.Kemudian doktor cadangkan buat X- Ray kat bahagian bawah pinggang. Dah lama tak buat x-ray, dulu kena pegang besar gedabak bawak pergi jumpa doktor kan.
Sekarang di hujung jari, klik - klik dah sampai kat komputer di bilik doktor.
Rupanya baru nampak situ bila doktor cakap ada najis. Emm terus rasa.. memang dah betul apa yang doktor nak jangka tu.
Rupanya baru nampak situ bila doktor cakap ada najis. Emm terus rasa.. memang dah betul apa yang doktor nak jangka tu.
Akui diet pemakanan ke laut sikit. Kekurangan pengambilan fiber dalam diet kita itu yang jadi najis melekat tak nak keluar tu, dan boleh asbab nak sakit sembelit.
Doktor bagi tarikh lain untuk temujanji selepas 1 bulan.
Doktor bagi tarikh lain untuk temujanji selepas 1 bulan.
Semua Ubat Jenis Cecair
Walaupun dengar sembelit, orang kata ala sembelit jerr pun tak ada lah sakit serius sangat, jangan pandang ringan tau walaupun sembelit.Boleh jadi parah. Teringat balik pengalaman pergi jumpa doktor bulan 2 yang lepas.
Dapat ubat semua jenis cecair untuk minum tak ada pun dalam bentuk pil. Doktor ada bagi ubat untuk melembutkan najis.
Dapat ubat semua jenis cecair untuk minum tak ada pun dalam bentuk pil. Doktor ada bagi ubat untuk melembutkan najis.
Ada satu ubat tu manis macam gula, dah macam minum air gula. Dah la pekat. Nak telan tu main sikit - sikit.
Sambil makan ubat, pemakanan pun kena jaga. Alhamdulillah selepas 1 bulan pergi jumpa balik doktor, dan cakap kat dia tak ada dah rasa macam cucuk -cucuk tu membuang pun elok dah.
Sambil makan ubat, pemakanan pun kena jaga. Alhamdulillah selepas 1 bulan pergi jumpa balik doktor, dan cakap kat dia tak ada dah rasa macam cucuk -cucuk tu membuang pun elok dah.
Sebelum ni macam ada menyucuk tu rasa tak terlintas pun sembelit, sampailah nampak dengan mata sendiri selepas x- ray.
Begitulah sedikit cerita pengalaman pergi jumpa doktor. Di antara ubat yang diberi oleh doktor adalah Natural Fibre Drink Fybogel. Kena jadikan air, bila lama kacau tekstur macam jeli dalam perisa oren.

Minum sekali sehari tak silap. Kali kedua pergi, doktor tanya nak lagi tak Fybogel ni, farmasi hospital bekalkan lagi dalam 2 kotak.
Kalau kat kedai farmasi nak dekat RM 30 jugak sekotak ni.
Lepas tu dah tamat kat situ dah temujanji kat hospital. Doktro suruh jaga pemakanan seharian biar seimbang.
Apa Itu Sembelit ?
Ada sesiapa kat sini yang pernah sembelit. Rasa sakit setiap kali ingin membuang air besar pasti menyeksakan sesiapa saja, malah menyebabkan pelbagai implikasi.Sembelit kalau tak dicegah atau buat tak kisah akan terjadinya sembelit teruk.
Sembelit memang amat menyakitkan dan dialami orang dewasa mahupun bayi dan kanak-kanak.
Bagaimanapun, cara hidup sihat dan aktif boleh membantu melegakan dan mengurangkan sakit akibat sembelit.
Sembelit berlaku apabila seseorang itu membuang air besar kurang tiga kali seminggu dan golongan warga emas berusia 65 tahun ke atas dikatakan lebih berisiko mengalami sembelit.
Najis akibat sembelit tidak semestinya bersifat keras, kering dan berketul namun ramai penghidap sembelit perlu meneran dengan kuat setiap kali mengeluarkan najis.
Sembelit menyebabkan penghidapnya berasa tidak puas selepas membuang air besar selain perut menjadi buncit atau kerap sakit perut.
Ia juga boleh menyebabkan beberapa simptom seperti :

1. Bau mulut dan tubuh yang tidak menyenangkan
2. Sukar menumpukan perhatian
3. Mudah mengantuk
4. Malas
5. Kelesuan yang kronik,
6. Artritis
7. Hilang selera makan
8. Sakit kepala
9. Masalah kulit.
Apa Punca Sembelit ?
Ikutkan apa yang sis baca di facebook Dr Zubaidi Hj Ahmad, banyak faktor - faktor yang boleh menyebabkan sembelit.
Bergantung kepada individu. Badan kita ni tak sama. Ini di antara punca - punca sembelit :
2. Ubat-ubat penahan sakit seperti tramadol dan ubat untuk kemurungan boleh menyebabkan sembelit juga.
3. Orang yang kerap mengambil ubat pelawas untuk buang air besar juga boleh mengalami masalah ini.
Penggunaan ubat ini untuk jangka panjang akan melemahkan otot-otot usus untuk melakukan pergerakan peristalsis.
Pesakit yang mengalami luka pada dubur (fissure in anus) yang cuba mengelakkan diri dari membuang air besar (kerana berasa sakit ketika membuang air besar), juga boleh mengalami sembelit.
4. Pesakit anemia (kekurangan sel darah merah) yang mengamalkan pil zat besi (iron), juga boleh mengalami sembelit.
5. Pesakit yang mengambil ubat tahan sakit seperti tramadol atau morphine juga mengalami masalah sembelit.
6. Wanita yang hamil juga mengalami masalah sembelit terutama di akhir kehamilan. Ini kerana saiz rahim semakin membesar.

Mereka yang mengalami tekanan emosi juga mungkin mengalami masalah ini.
7. Susu juga boleh menyebabkan sembelit bagi sesetengah orang. Penggunaan ubat julap atau ubat laxative yang merangsang buang air besar bertujuan untuk detoks.
7. Susu juga boleh menyebabkan sembelit bagi sesetengah orang. Penggunaan ubat julap atau ubat laxative yang merangsang buang air besar bertujuan untuk detoks.
Selain itu, antara punca lain sembelit adalah :
1.Perubahan diet, terutama diet yang tidak cukup sayur.
2. Tidak cukup minum air
3. Tidak banyak melakukan pergerakan fizikal, terutama mereka yang sakit terlantar di katil.
.
Namun ada kalanya sembelit adalah tanda penyakit yang bahaya. Ada pesakit yang mengalami penyakit ini tanpa menyedarinya.
.
Namun ada kalanya sembelit adalah tanda penyakit yang bahaya. Ada pesakit yang mengalami penyakit ini tanpa menyedarinya.
Antaranya penyakit yang berkaitan dengan saraf di otak seperti Parkinson's atau Multiple Sclerosis.
Ia boleh memberi kesan terhadap penyakit saraf pada otot-otot usus besar yang mengganggu pergerakan peristalsis otot di situ.
Sebagai contoh, pesakit diabetes yang tidak mengawal gula dalam darah dengan baik, saraf-sarafnya akan mengalami kerosakan.
Masalah hormone thyroid yang rendah atau hypothyroidism juga boleh menyebabkan sembelit yang berulang.
Lebih berbahaya, sembelit mungkin tanda awal penyakit kanser usus (rectum cancer atau colon cancer), terutama jika najis yang keluar itu bercampur darah.
Jika tidak diatasi dengan betul, sembelit menyebabkan pengambilan makanan berkhasiat menjadi kurang bernilai.
Masalah hormone thyroid yang rendah atau hypothyroidism juga boleh menyebabkan sembelit yang berulang.
Lebih berbahaya, sembelit mungkin tanda awal penyakit kanser usus (rectum cancer atau colon cancer), terutama jika najis yang keluar itu bercampur darah.
Boleh Mendatangkan Risiko Penyakit Termasuk Kanser
Toksin dalam aliran darah akibat sembelit menimbulkan beban kepada hati untuk menjalankan proses penyahtoksin secara berkesan dan hasilnya nutrien tidak dapat sampai kepada sel yang memerlukannya.
Sembelit juga menyebabkan bahan bertoksik tidak dinyahkan dengan sempurna dari tubuh secara cekap.
Sembelit juga menyebabkan bahan bertoksik tidak dinyahkan dengan sempurna dari tubuh secara cekap.
Keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan paras molekul radikal bebas.
Najis yang mengeras akibat sering mengalami sembelit mudah melekat pada dinding usus besar dan boleh menyebabkan usus tersumbat.
Sembelit didapati mampu menyebabkan pembentukan kanser usus besar dan kantung terbentuk pada dinding kolon tanpa berlaku keradangan selain apendiks mengalami keradangan.
Selain itu, mengalami masalah sembelit yang berpanjangan turut menyebabkan bahan bertoksin mengitari seluruh tubuh.
Ada pelbagai punca sembelit namun yang paling utama ialah apabila sering mengabaikan isyarat membuang air besar iaitu kerap menahan pembuangan najis.
Najis yang mengeras akibat sering mengalami sembelit mudah melekat pada dinding usus besar dan boleh menyebabkan usus tersumbat.
Sembelit didapati mampu menyebabkan pembentukan kanser usus besar dan kantung terbentuk pada dinding kolon tanpa berlaku keradangan selain apendiks mengalami keradangan.
Selain itu, mengalami masalah sembelit yang berpanjangan turut menyebabkan bahan bertoksin mengitari seluruh tubuh.
Abaikan Isyarat Nak Membuang Air Besar Punca Utama Sembelit
Mesti ada ni kan, buat tak tahu rasa nak membuang tapi suka lengahkan.
Ramai yang menangguhkan buang air besar kerana terlalu sibuk atau leka dengan satu-satu perkara.
Ramai yang menangguhkan buang air besar kerana terlalu sibuk atau leka dengan satu-satu perkara.
Lama kelamaan ia akan menjadi tabiat yang boleh memberi kesan negatif kepada diri. Kurang minum air dan makanan tinggi serat juga boleh menyebabkan sembelit.
7 Cara Mengatasi Sembelit
1. Banyakkan minum air
Banyakkan minum air, sekurang-kurangnya tiga liter sehari. Cara paling mudah adalah dengan memerhati isyarat tubuh dan minum apabila mula terasa dahaga.Jika air kencing mula berwarna kuning pekat, banyakkan minum air.
2. Diet Pemakanan Yang Sihat. Banyakkan makanan fiber
Sebenarnya gaya pemakanan yang sihat dan betul, seseorang itu tidak akan mengalami sembelit.Jadi, makanan untuk sembelit lebih banyak serat termasuk bijirin, roti gandum penuh, nasi dan sekurang-kurangnya lima hidangan buah dan sayuran sehari.
3. Bersenam Secara Kerap
Lakukan senaman secara kerap. Di samping mengurangkan tekanan, bersenam juga mampu meningkatkan kadar metabolisme dan apabila metabolisme meningkat, proses untuk membuang air besar juga semakin pantas.
3. Bersenam Secara Kerap
Lakukan senaman secara kerap. Di samping mengurangkan tekanan, bersenam juga mampu meningkatkan kadar metabolisme dan apabila metabolisme meningkat, proses untuk membuang air besar juga semakin pantas.4. Buang Air Besar Dengan Mencangkung
Buang air besar dengan mencangkung kerana ia mudah membantu mengeluarkan najis dari dubur berbanding cara duduk.Berbaring dan kaki dinaikkan ke atas juga merangsang otot untuk membantu mengelakkan sembelit.
Banyakkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan selain pastikan minum air secukupnya supaya proses pembuangan air besar berjalan lancar.
Namun, sekiranya penghidapnya tidak dapat menahan rasa kesakitan melampau, langkah terbaik segera bertemu doktor bagi mendapatkan ubat yang dapat membantu mengatasi sembelit.
Ubat melembutkan najis akan diberikan bergantung kepada keseriusan masalah yang dialami itu.
5. Pengambilan Makanan Herba Seperti Halia Dan Kunyit
Mengambil makanan herba seperti halia dan kunyit yang boleh menguatkan fungsi hati, juga membantu mencegah sembelit.6. Jauhi Rokok
Jauhi rokok kerana perokok tegar mudah mengalami sembelit.7. Belajar Untuk Menangani Tekanan
Biasa dah dengar kalau sakit - sakit ni ada kaitan jugak dengan tekanan kan. Belajar menangani tekanan. Tekanan yang tidak terkawal boleh memberi kesan kepada fungsi badan.Sembelit Boleh Penyebab Buasir
Sembelit yang kronik sememangnya menyakitkan dan boleh menyebabkan buasir.Faktor pemakanan antara elemen yang memainkan peranan penting penyebab buasir.Banyakkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan selain pastikan minum air secukupnya supaya proses pembuangan air besar berjalan lancar.
Namun, sekiranya penghidapnya tidak dapat menahan rasa kesakitan melampau, langkah terbaik segera bertemu doktor bagi mendapatkan ubat yang dapat membantu mengatasi sembelit.
Ubat melembutkan najis akan diberikan bergantung kepada keseriusan masalah yang dialami itu.
Berasa macam nak mari tanda - tanda sembelit tu, check balik apa yang kita makan ya.
Baca Juga :
Baca Juga :
Sembelit banyak berkait rapat dengan amalan pemakanan kita
ReplyDeletePost a Comment