5 Cara Memulakan Bisnes Bakeri Untuk Kerja Dari Rumah Sambil Buat Duit

Salam semua, dalam keadaan ekonomi sekarang dan kos sara hidup yang semakin lama semakin meningkat. 

Ini membuatkan ramai di antara kita yang ingin mencari pendapatan sampingan untuk menampung perbelanjaan seharian. Salah satunya adalah bisnes bakeri.

Kerja dari rumah

Benda yang paling mudah nak dijual sebenarnya sebab rata - rata bisnes makanan ni paling laku sekiranya produk tersebut betul - betul mendapat perhatian.

Tetapi tip dan teknik yang betul akan membuka jalan yang lebih luas untuk berbisnes. Zaman sekarang bisnes bakeri tak kira perempuan atau lelaki. 

Sekarang, masing - masing nak tunjuk kemahiran dalam membuat pastry dan kek. Persaingan semakin sengit.

Apakah perasaan jika benda yang kita minat tapi boleh menjana pendapatan hingga 4 angka. Buat pulak secara sampingan hanya dari rumah. 

Serba-sedikit, pasti ianya akan dapat membantu kehidupan kita kan.

Tidak dapat dinafikan lagi, kos sara hidup sekarang sememangnya amat tinggi!

Jika hanya sekadar mengharapkan pendapatan suami sahaja untuk menampung kos kehidupan sekeluarga, ia sememangnya agak sukar.

Lebih-lebih lagi jika mempunyai bilangan anak yang agak ramai. Tengok harga susu, lampin pakai buang, yuran tadika/taska dan banyak lagi lah. 

Semuanya semakin mahal dan harganya sentiasa naik setiap tahun.

Jadi, mahu atau tidak,kita perlu berusaha dan berikhtiar untuk menambahkan pendapatan keluarga!


Kerja dari rumah

5 Sebab Mengapa Bisnes Bakeri Dari Rumah?

Ada banyak sebab mengapa bisnes bakeri adalah cara yang terbaik bagi yang ingin menambahkan pendapatan secara sampingan dari rumah. Salah satu juga cabang cara buat duit  dari rumah. 

Ini adalah panduan bisnes bakeri untuk korang yang berminat.

1. Kos Pemulaan Yang Kecil

Memandangkan permulaan untuk bisnes bakeri ini hanya dari rumah, jadi, kita tidak perlu membayar sewa kedai, dan tidak perlu membeli peralatan-peralatan yang besar dan mahal seperti rak simpanan kek, mesin juruwang, peti ais besar dan sebagainya. 

Kita juga tidak perlu membayar kos pekerja yang hanya bertugas untuk menjaga kaunter sepanjang masa. 

Boleh bermula hanya dari rumah dan menggunakan peralatan-peralatan yang sudah sedia ada di rumah anda.

2. Tidak Perlu Terlalu Menjual

Untuk menjual produk bakeri anda, anda tidak perlu bersusah-payah menerangkan tentang produk anda sehingga berbuih-buih mulut sepertimana yang sering dilakukan oleh penjual produk-produk MLM!

Cukup sekadar anda menunjukkan gambar dan harga! Jika mereka suka, mereka akan order! 

Sebagai contoh tengok di group - group yang menawarkan untuk buat tempahan kuih dan kek. Mereka post gambar - gambar dan harga terus. 

Letak nombor telefon senang untuk whatsaap. Jika ada yang nak order, mereka boleh klik link whatsaap. 

3. Hanya Buat Berdasarkan Tempahan

Ini adalah kelebihan besar bisnes bakeri dari rumah! Hanya perlu membuat kuih / kek / roti hanya selepas anda mendapat tempahan sahaja. 

Jadi, tiada risiko kuih, kek, roti tidak habis dijual sepertimana yang sering berlaku di kedai-kedai bakeri yang terpaksa membuang kuih serta roti-roti mereka yang tidak habis dijual. 

4. Urusan Rumahtangga Masih Terjaga

Memandangkan hanya membuat kuih yang senang dibuat untuk dijual di dalam rumah, maka, masih lagi boleh memantau dan menguruskan anak-anak kan.

Urusan kerja dalam rumah juga masih boleh diteruskan seperti biasa. 

Perkara ini sudah pastinya akan melegakan perasaan suami yang mungkin risau andainya terabaikan urusan anak-anak apabila sibuk berniaga.

5. Permintaan Produk Homemade Bakeri Sangat Tinggi

Homemade bakeri ni sangat tinggi permintaan. Nak jual Cupcake, Muffin, Cheese Tart, Coklat Homemade, Kek Coklat, Kek Lapis, Kek Cheese, Fruit Tart, Roti Jala, Kuih-muih dan pelbagai lagi produk bakeri sentiasa dicari-cari oleh orang ramai setiap hari. 

Lagi - lagi jika ada makanan tersebut yang viral, lagi laju masuk tempahan.  Sebab itu kena pandai cari peluang. 

Tidak kira sama ada untuk dimakan ketika minum petang, ataupun untuk majlis-majlis keraian seperti : 
 
1. Majlis harijadi
2. majlis pertunangan, 
3. Perkahwinan
4. Kenduri
5. Majlis tahlil
6. Rumah terbuka
7. Majlis-majlis korporat seperti seminar, mesyuarat ataupun hari keluarga. 

Boleh dikatakan, hampir setiap minggu akan ada sahaja majlis yang diadakan. Lebih-lebih lagi bila masuk musim perayaan (Tahun Baru Cina / Aidilfitri) dan musim cuti sekolah (Disember).

Hampir setiap hari akan ada sahaja majlis rumah terbuka atau majlis perkahwinan diadakan. 

Kadang-kadang memang tak cukup tangan dan terpaksa tolak beberapa order dari pelanggan.

Jadi, Macam Mana Nak Mulakan Bisnes Bakeri Dari Rumah? 

Sememangnya akan ada banyak pertanyaan dan persoalan yang akan bermain di fikiran apabila mahu memulakan bisnes bakeri ini. 

Antara soalan yang paling kerap ditanya ialah :
1. Nak buat dan jual kuih apa? Kuih apa yang paling banyak permintaan?
2. Berapa nak letak harga?
3. Macam mana nak kira kos produk?
4. Apa peralatan yang diperlukan?.
5. Macam mana nak buat promosi? Macam mana nak buat marketing?.
6. Di mana nak belajar buat kuih?
7. Macam mana nak daftar perniagaan supaya tidak kena saman dengan SSM?

Hah! Banyak betul persoalan yang bermain di fikiran kan?

Tapi jangan risau dan khuatir. Semua jawapan bagi persoalan diatas, telah pun disediakan jawapan dan panduannya di dalam ebook di bawah.

Kerja dari rumah

Ebook Panduan Memulakan Bisnes Bakeri Dari Rumah

Sekarang sudah tidak perlu pening-pening kepada lagi. Info yang lengkap untuk membantu bagi sesiapa yang inging memulakan perniagaan bakeri dari rumah.

Semua info serta perkara yang perlu tahu untuk memulakan bisnes bakeri dari rumah, ada di dalam ebook ini.

Berapakah Harga Ebook Ini?

Dengan memiliki ebook ini, ianya akan dapat menjimatkan masa, tenaga serta wang untuk mencuba secara trial-and-error sewaktu ingin memulakan bisnes bakeri dari rumah ini. 

Orang takut nak buat sebab takut nak ambil tindakan, sedangkan untuk tindakan pertama itu lah yang kita nak. Betul tak. 

Baiklah, tanpa melengahkan masa lagi, tawaran untuk ebook ini dengan harga cuma RM30 sahaja!
Ya! Jangan terkejut, hanya sekadar RM30 sahaja!. 

Nak berbisnes dengan betul tak berkira sangat kalau nak laburkan sedikit duit untuk mendapatkan ilmu dan teknik yang betul. 

Tunggu apa lagi, untuk pembelian boleh klik banner di bawah. Banyak ilmu kat sana yang dibongkarkan.
                                           

2 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post