Hukum Ibadah Korban Bagi Orang Yang Sudah Meninggal Dunia

Hukum Ibadah Korban Bagi Orang Yang Sudah Meninggal Dunia | Salam semua, sebenarnya ibadah korban ni bagi yang mampu, buat lah. Besar ganjaran Allah bagi. 

Dalam masa yang sama, tak ramai juga yang mengambil tahu hukum ibadah korban ni macam mana. 

Sepertimana yang kita tahu, hikmah ibadah korban ni antaranya dapat mengikis sifat tamak dan mewujudkan sifat murah hati untuk membelanjakan harta ke jalan Allah. 

Bila ada perkongsian ustaz semasa mengajar kat masjid, rupanya boleh, kalau kita niatkan untuk orang yang sudah meninggal dunia. 

Tapi ada tapinya, Yang ini, ada juga kita buat kajian sikit tentang persoalan yang bertanya tentang hal ini.

 Maksud Ibadah Korban 

Maksud ibadah korban adalah menyembelih binatang ternakan berkaki empat seperti lembu, kambing, unta.

Ibadah korban ini dibuat pada Hari Raya Aidiladha, 10 Zulhijjah selepas solat hari raya dan hari tasyrik pada 11, 12 dan13 Zulhijjah

Hukum Korban Bagi Orang Yang Sudah Meninggal Dunia 

Bagi yang tak tahu, apa hukum korban ? Hukum melaksanakan ibadah korban adalah sunat muakkad iaitu sunat yang dituntut untuk melakukannya. 

Hukum korban

Bagaimana pula dengan hukum melaksanakan ibadah qurban untuk arwah

Disebabkan jawapan kepada persoalan ini ada sebut pasal hadis - hadis, jadi kita kongsi kat sini untuk rujukan kita semua ya. 

Semoga ianya dapat menjadi pencerahan kepada sesiapa yang keliru dengan hukum ini.

SOALAN: Ustaz, Ibu saya telah meninggal dunia baru-baru ini. Dan beliau tidak sempat untuk mendaftar nama bagi ibadah korban. Bolehkah saya melaksanakan ibadah korban untuk arwah ibu saya?

JAWAPAN: Persoalan tentang hukum melaksanakan ibadah korban ke atas orang yang telah meninggal dunia ini menjadi satu topik hangat atau soalan yang sering diajukan oleh para pelanggan kepada kami, apabila menjelangnya musim ibadah korban.

Para ulamak telah berselisih pendapat dalam meletakkan hukum pelaksanaan korban ke atas orang yang telah meninggal dunia. 

Maka di sini, kami nyatakan secara ringkas beberapa pendapat yang masyhur di kalangan para ulamak. Antaranya ialah:

PERTAMA: Harus melaksanakan ibadah korban ke atas orang yang telah meninggal dunia dan pahalanya juga sampai kepada si mati. 

Ini adalah pendapat majoriti ulamak dalam mazhab Al-Hanafiyah, Al-Malikiyyah, Al-Hanabilah dan sebahagian As-Syafieyyah.

Hal ini berdasarkan sebuah hadis daripada Saiyidatina Aisyah R.Anha, beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW ketika menyembelih haiwan korban, baginda melafazkan:

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ. اللَّÙ‡ُÙ…َّ تَÙ‚َبَّÙ„ْ Ù…ِÙ†ْ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ Ùˆَآلِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ ÙˆَÙ…ِÙ†ْ Ø£ُÙ…َّØ©ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ

Maksudnya: “Bismillah… Ya Allah, terimalah ibadah korban daripada Muhammad dan daripada ahli keluarga Muhammad dan daripada umat Muhammad” .
(Hadis Riwayat Muslim: 1967)

Umum mengetahui bahawa dikalangan umat Muhammad SAW itu ada yang telah meninggal dunia dan Baginda SAW menjadikan sembelihannya itu untuk umatnya dan ini menjadi dalil bagi keharusan untuk melakukan ibadah korban ke atas orang yang telah meninggal dunia.

KEDUA: Makruh melaksanakan ibadah korban ke atas orang yang telah meninggal dunia. Ini adalah pendapat sebahagian ulamak dalam mazhab Al-Malikiyyah. Al-Kharshi Rahimahullah menyebutkan:
“Dimakruhkan bagi seseorang yang melaksanakan ibadah korban untuk si mati kerana takut akan riak dan bermegah-megah dan juga tidak warid (mendatangkan hasil) perbuatan dalam perkara itu, dan ini sekiranya tidak disediakan oleh si mati dan sekiranya tidak maka si waris boleh melakukannya”. (Syarah Mukhtasar Al-Khalil: 3/42)

KETIGA: Tidak boleh melaksanakan ibadah korban ke atas orang yang telah meninggal dunia, melainkan atas dasar wasiat yang telah ditinggalkan oleh si mati. 

Ini adalah pendapat terkuat di kalangan para ulamak dalam mazhab As-Syafie. Sepertimana yang telah dinukilkan oleh Al-Imam Al-Nawawi, beliau berkata:

Ùˆَلاَ تَضْØ­ِÙŠَØ©َ عَÙ†ِ الغَيـْرِ بِغَيـْرِ Ø¥ِØ°ْÙ†ِÙ‡ِ Ùˆَلاَ عَÙ†ْ Ù…َÙŠْتٍ Ø¥ِÙ†ْ Ù„َـمْ ÙŠُوصِ بـِÙ‡َا

Maksudnya: 
“Dan tidak boleh melakukan korban untuk orang lain melainkan dengan izin daripadanya dan tidak boleh juga melakukan korban untuk orang yang telah meninggal dunia melainkan ia telah diwasiatkan”
(Minhaj At-Tolibin wa Umdah Al-Muftin – Darul Minhaj: M/S: 538)

KESIMPULAN

Berdasarkan beberapa pendapat yang telah dibincangkan di atas, maka kami menyokong pendapat ketiga, iaitu pendapat yang terkuat dalam mazhab As-Syafie dan Al-Imam An-Nawawi.

Oleh itu, kami nyatakan jawapan kami di sini bahawa: 

“TIDAK DIGALAKKAN MELAKSANAKAN IBADAH KORBAN KE ATAS ORANG YANG TELAH MENINGGAL DUNIA, KECUALI SI MATI TELAH MENINGGALKAN WASIAT. 
Ini kerana ibadah korban itu wajib disertakan dengan niat. Maka sudah pasti hanya orang yang hidup sahaja mampu untuk berniat.

Walau bagaimanapun, kami juga meraikan pendapat para ulamak lain yang mengharuskannya. 

Bahkan, kami juga tidak menolak pendapat sebahagian ulamak As-Syafieyyah yang menyatakan bahawa ianya tidak memerlukan kepada wasiat.

Hal ini sepertimana yang telah dinyatakan oleh As-Syeikh Dr. Muhammad Az-Zuhailiy dalam kitabnya Al-Muktamad fi Al-Fiqh As-Syafie: 

“Dan dikatakan sah hukum sembelihan ibadah korban untuk si mati sekalipun tidak diwasiatkan kerana ianya seperti sedekah. Maka sah baginya dan ianya memberi manfaat buatnya”.
 (Al-Muktamad fi Al-Fiqh As-Syafie – Dar Al-Qalam: 2/490).

Semoga segala permasalahan untuk hukum korban untuk arwah ini telah pun terungkai dan terjawab serta dapat difahami dengan baik.

Sumber di ezqurban, baca juga di sini

Baca Juga : 

3 Comments

  1. Jarang2 dengar orang buat qurban untuk orang yang dah meninggal dunia

    ReplyDelete
  2. Oh, harus ye hukum dia..baru tau. Thanks share kak..

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post