Jenama - jenama IDTV di Malaysia Untuk Siaran TV Digital myFreeview Percuma

Jenama - jenama IDTV di Malaysia Untuk Siaran TV Digital myFreeview Percuma | Salam semua,  sejak kebelakangan, selalu lalang - lalang kempen siaran TV Digital MyFreeview ni di tv. Sejujurnya, kita tak ambil tahu sangat, sebab dah ada kat rumah ni pasang Njoi jer. Itu yang tak tahu ambil tahu sangat kot. Lama dah hentikan dah Astro bayaran bulanan tu, cukup lah tak padan. Kat rumah tak berapa nak tonton tv, Cukup dah ada internet pun rasa syukur sangat, boleh buat macam - macam hii.

Jenama - jenama IDTV di Malaysia Untuk Siaran TV Digital myFreeview Percuma

Tapi nak kongsi la juga kat sini, apa itu siaran TV Digital myFreeview ni. Siapa kat sini dah pasang myFreeview ni ?.  Kita rasa ramai yang masih tak tahu kewujudan myFreeview ni kan. Myfreeview adalah siaran TV Digital yang diwujudkan dalam usaha kerajaan Malaysia untuk memberhentikan siaran analog secara berperingkat.

Kalau perasan iklan lalu kat TV pun, sekejap ada update terkini, kawasan mana yang kena nak tutup siaran analog.

Untuk pengetahuan kalian semua, projek ini dikenali sebagai DTT ( Televisyen Telestrial Digital ). Inisiatif yang bagus dari Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dalam menyediakan khidmat penyiaran TV dan radio yang terbaik untuk rakyat.


Siaran Digital myFreeview adalah PERCUMA 

Kalau korang tanya bayar ke tidak, takut ada bayar bulan- bulan. Jawapannya tidak ya, semua siaran menerusi myFreeview adalah percuma. Cuma yang perlu bayar sekali sahaja untuk membeli IDTV baru atau dekoder DVB-T2 dan juga membayar yuran pemasangan sekiranya perlukan pemasangan aerial luaran UHF atau perkhidmatan penyeleggaraan.

Jenama - jenama IDTV di Malaysia Untuk Siaran TV Digital myFreeview

Disebabkan untuk mendapatkan siaran myFreeview ini, ada 2 pilihan sama ada boleh menggunakan set TV biasa yang dah sedia ada asalkan ia mempunyai sambungan masuk AV / HDMI yang boleh disambungkan kepada dekoder DVB - T2 menggunakan kabel AV / HDMI.

Ataupun pilihan kedua, boleh beli set TV baru IDTV. Set TV baru mempunyai label atau cop DTTV dengan pengesahan SIRIM yang telah dilengkapi dengan penala digital ( built - in digital ) atau dikenali sebagai IDTV ( Integrated Digital Televisyen ). Kalau sesiapa yang dah ada IDTV ni boleh menerima terus siaran digital myFreeview tanpa dekoder pun ya.

Persoalan kat sini ramai yang nak tahu jenama IDTV yang mana yang ada di pasaran sekarang. Takut ada yang risau, setakat ini ada 14 jenama IDTV yang telah mendapat pengesahan SIRIM di pasaran. Korang boleh tengok video pendek di bawah jenama tv apa yang label IDTV di pasaran sekarang ini.

Baca sini :  3 Langkah Dengan Safi Balqis OxyWhite


                       

Di antara jenama - jenam IDTV yang ada di pasaran sekarang adalah :

1. LG
2. ISONIC
3. Haier
4. Skyworth
5. Hisense
6. Sony
7. SAMSUNG
8. Daevoo Electronics
9. Toshiba
10. Philips
11. Sharp
12. Pensonic
13. Panasonic
14. TCL

Itu lah ya ada 14 jenama IDTV setakat ini, jadi boleh pergi kedai elektronik tengok yang mana berkenan. Tak lama dah tu 30 September akan tamat siaran analog. Mari lah kita sama- sama menyokong inisiatif kerajaan untuk rakyat ni ya. Tak rugi pun. Lagipun, akan ada banyak penambahan siaran tak lama lagi, dah la tanpa bayaran bulanan.

Untuk maklumat lanjut tentang myFreeviw ini, korang boleh ke laman web atau media sosial myFreeview seperti di bawah :

6 Comments

  1. banyak jenama yang ada dalam list ya

    ReplyDelete
  2. dulu dah ada tvbox...tapi rosak pulekkkk baru2 ni...kena beli yang baru la untuk setup semula siaran tv digital...

    ReplyDelete
  3. kak waniiiii, ray jalan2 smbil klik ads ni

    ReplyDelete
  4. Sha lama dah pakai Myfreeview nie.. lebih jelas siarannya.. Masa mula2 dulu banyak betul channel nya.. siap ada channel drama je.. drama yang lama2 diulang tayang..

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post