Perasmian Rumah Ronald McDonald Di Hospital USM Sedia Menerima Ahli Keluarga Pesakit Kanak - Kanak Pediatrik

Perasmian Rumah Ronald McDonald Di Hospital USM Sedia Menerima Ahli Keluarga Pesakit Kanak - Kanak Pediatrik | Salam semua, baru - baru ini hari Selasa lepas, berkesempatan untuk menghadiri Majlis Perasmian Rumah Ronald McDonald di Hospital USM. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Dato' Mohamad Amar Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan. Tak putus kan cerita pasal Rumah Ronald McDonald ni. Rumah Ronald di sini sentiasa dekat di hati dah. Asyik nak tahu perkembangan macam mana.

Perasmian Rumah Ronald McDonald Di Hospital USM Sedia Menerima Ahli Keluarga Pesakit Kanak - Kanak Pediatrik

Entri sebelum ni pun dah banyak. Tapi,kali ini istimewa sebab akhirnya majlis perasmian untuk Rumah Ronald McDonald ini berlangsung dengan jayanya. Setelah setahun lebih, rumah ini dapat disiapkan sepenuhnya.

Ramai tetamu yang hadir untuk menyaksikan sendiri majlis yang meriah ini. Rasa bersyukur sangat akhirnya wujud rumah ini di Kelantan, yang pertama di pantai timur dan juga  merupakan rumah yang kedua di Malaysia.

Mungkin ada kebanyakan ahli keluarga pesakit boleh tarik nafas lega dah. Iyalah kan bila ada anak yang sakit banyak aspek perlu diambil kira.

Rumah Penginapan Sementara Untuk Keperluan Keluarga Pesakit Pediatrik 

Sebenarnya, rumah ini telah  mula beroperasi pada 23 Jun 2019 lagi. Rumah ini yang dikhususkan untuk keperluan keluarga pesakit pediatrik telah dibina hasil sumbangan dari pelbagai pihak.

Kewujudan rumah ini diharapkan dapat mampu meringankan beban kewangan ketika anak mereka menjalani rawatan di Hospital USM dengan kos penginapan yang amat berpatutan, berharga RM 5 untuk satu malam. Dah murah dah tu kan.

Untuk pengetahuan semua, badan yang bertanggungjawab untuk merealisasikan rumah ini adalah Persatuan Kebajikan Ronald McDonald ( RMHC Malaysia ).

Perasmian Rumah Ronald McDonald Di Hospital USM Sedia Menerima Ahli Keluarga Pesakit Kanak - Kanak Pediatrik

Dalam majlis tersebut, Encik Azmir  Jaafar, selaku Presiden RMHC Malaysia berkata, RMHC Malaysia komited untuk menyediakan lebih banyak kemudahan seperti ini untuk dimanfaatkan oleh masyarakat.

Dan melalui kerjasama strategik dengan Kementerian Kesihatan Malaysia,  kerajaan negeri dan mana - mana penyedia perkhidmatan kesihatan khususnya di hospital - hospital yang berkepadatan tinggi. Dan Hospital USM adalah hospital yang terpilih.

Kita suka sangat dengar apa objektif penubuhan persatuan seperti ini. Ini kerana, ia telah mencapai apa janji RMHC iaitu "Keeping Families Close" untuk memastikan famili sentiasa dekat bersama dengan adanya kemudahan Rumah Ronald McDonald ini.

Perasmian Rumah Ronald McDonald Di Hospital USM Sedia Menerima Ahli Keluarga Pesakit Kanak - Kanak Pediatrik

USM Sebagai Universiti Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan (APEX)

Ada sebab kenapa Rumah Ronald McDonald dibina disini.

Pengiktirafan USM sebagai Universiti Program Pemacuan untuk kecemerlangan (APEX), telah membawa Hospital USM ke hadapan dengan kedudukannya sebagai hospital rujukan utama dan hub kesihatan komuniti di pantai timur melalui APEX fasa kedua bermula tahun 2014 hingga tahun 2025.

Kewujudan rumah ini di sini secara tidak langsung mengukuhkan kedudukan Hospital USM sebagai sebuah hospital yang cakna kepada keperluan pesakit dan waris mereka, khususnya di Pantai Timur.

Fokus yang diutamakan adalah aspek kesejagatan, kesejahteraan dan kemanusiaan khususnya golongan sasaran B40.


Perasmian Rumah Ronald McDonald Di Hospital USM Sedia Menerima Ahli Keluarga Pesakit Kanak - Kanak Pediatrik

Dapat Meringankan Beban Untuk Golongan  Sasaran B40

Dalam majlis tersebut juga, Dato' Mohd Amar dalam ucapannya berkata, Kerajaan Negeri Kelantan amat gembira melihat inisiatif yang dilaksanakan oleh RMHC Malaysia. Tanggungjawab sosial tu kena ada untuk saling bantu membantu.

Kita pun boleh nampak sisi lain jenama McDonald's bukan sekadar hanya restoran semata - semata. Tetapi juga, sebagai program kebajikan untuk masyarakat.

Secara tidak langsung, konsep rumah penginapan sementara seperti ini amat unik kerana ia membolehkan keluarga pesakit yang datang dari jauh untuk berada dekat dengan anak - anak.

Rumah ini sebenarnya dikhususkan kepada pesakit kanak - kanak yang sedang menerima rawatan terutamanya dari keluarga berpendapatan rendah.

Bila dengar yang Hospital USM telah menerima lebih 20,000 pesakit pediatrik setiap tahun. Macam tak boleh nak bayang, ramainya kanak - kanak menerima rawatan di sini. Dan bayangkan juga jika ahli keluarga pesakit asyik ulang - alik ke hospital yang mana datang dari jauh.

Rumah ini bukan sahaja dapat memberi manfaat kepada rakyat Kelantan yang kebanyakannya mendapatkan rawatan di sini, malah ia juga akan meringankan beban majoriti besar yang mengunjungi Hospital USM kerana mereka terdiri daripada golongan berpendapatan rendah yang datang daru jauh dari kawasan luar bandar dan negeri - negeri lain.

Perasmian Rumah Ronald McDonald Di Hospital USM Sedia Menerima Ahli Keluarga Pesakit Kanak - Kanak Pediatrik

Kemudahan Yang Ada Di Rumah Ronald McDonald Di Hospital USM, Kelantan Dengan Bayaran RM 5 

1. Bilangan bilik tidur: 18 yang boleh memuatkan 18 keluarga dalam satu masa.
2. Mempunyai 72 katil.
3. Kemudahan Bilik Sensori Ronald McDonald yang lengkap dengan peralatan multi deria khas untuk membantu perkembangan kanak - kanak istimewa.
4. Kemudahan lain yang disediakan seperti ruang makan, ruang istirehat, dapur bilik dobi dan juga bilik permainan.

Kemudahan yang dah cukup lengkap untuk keselesaan penghuni di rumah ini. Tak perlu risau nak tidur mana, nak makan mana. Semuanya dah ada di sini dengan bayaran serendah RM 5 untuk satu malam.

Perasmian Rumah Ronald McDonald Di Hospital USM Sedia Menerima Ahli Keluarga Pesakit Kanak - Kanak Pediatrik

Sokongan ahli keluarga memainkan peranan yang besar sama ada fizikal atau emosi dan juga merupakan faktor yang penting bagi menggalakkan pemulihan kesihatan pesakit kanak - kanak pediatrik.

Kalau ahli keluarga sendiri yang tak bagi sokongan penuh, siapa lagi kan. Dengan adanya keluarga berada dekat dengan mereka dalam kawasan hospital, pesakit kanak - kanak ini akan lebih bersemangat dan gembira.

Sepanjang proses pemulihan, secara tidak langsung kesan positif pun dapat dilihat.

Sumbangan Ikhlas Untuk Tabung Merah Di Semua Restoran McDonald's

Buat korang yang perasan tabung merah di setiap kaunter di restoran McDonald's, ringan -ringankan tangan untuk menderma seikhlas hati bagi membantu anak - anak yang tidak bernasib baik. Mereka pun berhak diberikan layanan yang sempurna seperti kanak - kanak lain.

Dengan tabung inilah, Rumah Ronald McDonald yang bernilai kira - kira RM 4 juta ini dapat disiapkan dengan sempurna. Tanpa sumbangan ikhlas ini, tidak mungkin rumah ini wujud di Hospital USM.

Terima kasih buat pelanggan - pelanggan McDonald's yang sentiasa prihatin untuk masa depan anak - anak ini. Setiap sen yang disumbang di restoran McDonald's begitu bermakna kepada kanak - kanak ini.

Perasmian Rumah Ronald McDonald Di Hospital USM Sedia Menerima Ahli Keluarga Pesakit Kanak - Kanak Pediatrik

Majlis perasmian diakhiri dengan upacara memotong reben menandakan rumah ini dilancarkan dengan rasminya. Syukur alhamdulillah.

Perasmian Rumah Ronald McDonald Di Hospital USM Sedia Menerima Ahli Keluarga Pesakit Kanak - Kanak Pediatrik

Dapat menyaksikan sendiri majlis perasmian yang bersejarah ini, membuktikan yang Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia telah menjayakan misi dalam membantu kanak - kanak dan keluarga yang kurang bernasib baik.

Di antara program lain oleh RMHC yang terdapat di Hospital USM termasuklah Gift Of Smile. Ia merupakan program bantuan kewangan penuh untuk kanak - kanak yang dilahirkan sumbing bibir dan lelangit untuk pembedahan pembetulan.

Perasmian Rumah Ronald McDonald Di Hospital USM Sedia Menerima Ahli Keluarga Pesakit Kanak - Kanak Pediatrik

Sekiranya ada yang berminat untuk menghulurkan sumbangan berbentuk  wang tunai ataupun makanan amat dialu - alukan. Berminat untuk menjadi sukarelawan untuk RMHC Malaysia juga lagi dialu-alukan untuk membantu kempen - kempen yang dianjurkan oleh RMHC Malaysia.

Banyak lagi perancangan RMHC di masa depan demi membantu kanak - kanak dan keluarga yang kurang bernasib baik. Wani sendiri sebagai orang awam pun memang menyokong penuh program sebegini. Semoga usaha murni RMHC Malaysia untuk membantu lebih ramai kanak - kanak tercapai.

Perasmian Rumah Ronald McDonald Di Hospital USM Sedia Menerima Ahli Keluarga Pesakit Kanak - Kanak Pediatrik

Untuk maklumat lanjut mengenai RMHC, boleh layari di https://rmhc-malaysia.my/. Sekiranya korang kenal dengan pihak yang memerlukan bantuan boleh hubungi di

Ronald McDonald House Charities Malaysia 

Level6, Bangunan TH Damansara Uptown 3, No 3,
Jalan SS21/39, 47400 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan 

Tel : 603 7843 3388
Fax : 603 7843 3393

1 Comments

  1. alhamdulillah...satu usaha yang bagus dari pihak mcdonald

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post