Resepi Biskut Nestum Rangup Sukatan Cawan

Resepi Biskut Nestum Rangup Sukatan Cawan | Biskut nestum antara biskut popular jugak nak buat. Bukan saja untuk biskut boleh guna cornflakes, nestum pun dah boleh buat biskut. Kalau pandai kreatif, macam - macam boleh buat dengan nestum ni. 



biskut nestum


Baca sini : Resepi Biskut Dahlia Yang Rangup Dan Cair Di Mulut

Baru - baru ini, kita ada masuk contest untuk S&P santan dan dapatlah cipta resepi biskut biskut nestum yang menggunakan serbuk krim kelapa. 

Memang tak sangka betul, sangat sedap rupanya. Saja - saja masuk contest, kot ada rezeki kan. 

Dalam biskut ni ada letak nestum tapi bila ada sekali dengan serbuk krim kelapa, memang bau dan rasa tu lagi sedap. Maka terjadilah biskut nestum rangup. 

Ala - ala macam biskut kelapa tapi ada nestum boleh bayangkan tak. Nasib baik nak mencuba sebab ada serbuk krim kelapa ni la. 

Memudahkan pulak dan boleh cipta resepi atas kreativiti masing - masing.

Biskut ni sebenarnya tak payah terap, siapa - siapa yang malas nak main terap boleh ikut resepi ini. 

Kita sendiri pun kalau masuk bab nak buat biskut malas sangat nak terap, bercinta sungguh kan. 

Dalam blog ni pun dah banyak kali buat biskut yang tak payah terap ni, tapi kalau tengok ke bentuk biskut tu macam main terap kan. Sebenarnya tak pun. 

Ada rahsia tu nak dapatkan potongan macam tu.

biskut nestum

Suka buat macam ni, bila dah tengok yang program tv baking yang mat saleh punya buat biskut doh disejukkan dulu. 

Kalau di sana mereka dah panggil biskut "icebox". Kita kadang- kadang buat biskut ikut mood juga, tak nak main terap ke apa ke, memang terus simpan doh dalam peti hii.

Baca sini : Resepi Biskut Cornflakes Yang Mudah Dan Rangup

Jom kita tengok resepi ya, tak susah sangat pun, tapi banyak jenis tepung guna. 

Biskut nestum ni rangup ya. Biskut tak nanti raya jer boleh makan, bukan musim raya pun boleh. Tapi untuk resepi ini, pastikan ada serbuk krim kelapa tu ya. 

Produk S&P tu ada jerr kat pasaran, rasanya tak nampak serbuk krim kelapa jenama lain ada yang ini jerr. Selamat mencuba biskut nestum sukatan cawan. 

Jemput tonton video ya kalau nak tengok cara potongan tu, takut tak reti.  Jemput subscribe juga. 


Resepi Biskut Nestum Rangup Sukatan Cawan 

Bahan - bahan
2 cawan tepung gandum*
1 sudu teh baking powder*
1/2 sudu teh baking soda*
1 sudu besar tepung beras*
1 sudu besar tepung jagung*
1 cawan gula halus
1 sudu teh esen vanila
1 biji kuning telur
1/2 cawan nestum
2 sudu besar susu tepung
250 gm butter ( senang beli yang dah seketul buttercup 250 gm )
1 paket serbuk krim kelapa santan s&p

Ke semua bahan yang bertanda * dikacau rata tak payah ayak tak apa.

Cara - cara
1. Kacau rata butter dan gula halus sehingga sebati.
2. Masukkan 1 sudu teh esen vanila dan juga kuning telur.
3. Kacau rata dan masukkan susu tepung.
4. Masukkan tepung gandum secara berselang seli sambil gaul rata.
5. Kemudian masukkan 1 paket serbuk krim kelapa s&p santan dan kacau rata hingga adunan sebati.
6. Masukkan nestum dan gaul sampai jadi doh.
7. Sediakan cling wrap dan ambil separuh doh letak atas cling wrap.
8. Bentukkan dalam kedaan memanjang dan balutkan doh dengan cling wrap ( boleh rujuk video ).
9. Kemaskan kedua - dua bahagian hujung.
 10. Doh perlu disejukkan semalaman.
11. Keluarkan doh dari peti dan potong terus dengan pisau yang tajam dalam ketebalan yang sederhana. Buang setiap cling wrap yang ada bagi setiap potongan.
12. Susun atas loyang yang telah dialas jarakkan sikit dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150°C dalam masa 17 minit atau sehingga keperangan.
13. Keluarkan bila dah suam sikit boleh sejukkan atas redai.
14. Simpan dalam bekas kedap udara.

Nota : mesti ramai tertanya - tanya kenapa potong tak buang dulu cling wrap ? Ada sebabnya

1. Ikut pengalaman saya, Kalau buang dulu cling wrap doh tu jadi tak stabil. 

Lagipun kalau main sentuh doh dengan tangan masa nak potong tangan kita panas sentuh doh yang sejuk nanti lama - lama jadi melekat di tangan. 

Potong terus dengan pisau sekali dengan cling wrap lagi selamat.

2. Faktor cuaca yang panas juga.

3. Tips kat sini potong dengan pisau mesti tajam.

Satu lagi selepas susun dalam loyang, biarkan pada suhu bilik  sepenuhnya sebelum dibakar untuk mengelakkan suhu terkejut antara sejuk dan panas nanti masak tak sekata.

Baca sini :  Resepi Biskut Tart Nenas Gulung Yang Paling Gebu Dan Sedap

9 Comments

  1. Sedapnyaa biskut nestumnya. nampak helok dan cantik je kak wani buat. hehe

    ReplyDelete
  2. pandaila dia buat..cantik je hasilnyaa..mesti sedap ni

    ReplyDelete
  3. Tips yang menarik.. memang nampak cantik biskut tu umpama diterap.. rupanya ada tips yang ohsem ye..

    ReplyDelete
  4. biskut nampak simple dari segi rupa tapi i am sure rasa dia sedapkan ?

    ReplyDelete
  5. Simple je...tapi tu la...bila la kerajinan nak sampai ni hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post