Resepi Sup Daging Paling Mudah Dan Sedap Guna Perencah Sup Siam

Resepi Sup Daging Paling Mudah Dan Sedap Guna Perencah Sup Siam | Salam semua, Nak share resepi paling senang sangat dah, ikut jerr apa arahan yang dalam paket perencah tu, :D. Lama rasanya tak beli apa - apa jenis perencah segera macam ini, Walaupun pelbagai jenama yang ada di pasaran, tapi mata ini menikam tajam tengok juga yang perencah sup siam keluaran Adabi hii. Adabi memang dah lama dah dalam pasaran, tapi dari semasa ke semasa akan ada produk baru yang dikeluarkan.

Resepi Sup Daging Paling Mudah Dan Sedap Guna Perencah Sup Siam

Keluaran produk perencah segera macam ini memang amat membantu memudahkan kerja memasak di dapur, sebab bahan ke semua dah ditumis, cuma kita yang perlu pandai nak add on bahan apa dalam sup nak tambah karot ke nak tambah batang saderi ke, terpulang.

Baca sini >>>  Resepi Daging Jeruk Lemon Yang Mudah Hanya 3 Bahan



Sup siam kalau hirup saja memang tak ingat dah, semangkuk sekejap jerr. Dah la memang peminat tegar segala jenis sup. Ok apa lagi, jom cuba buat. Sepaket perencah tu dalam RM 1 lebih tapi dah boleh dah untuk 4 orang makan.

Bila guna perencah yang segera macam ini, kena ikut arahan dalam paket, terutamanya bab air tu, terlebih air jawabnya kuah pun macam terlebih cair.

Baca sini >>> Resepi Daging Rebus Air Asam Yang Mudah Dan Sedap

Resepi Sup Daging Paling Mudah Dan Sedap Guna Perencah Sup Siam

Resepi Sup Daging Paling Mudah Dan Sedap Guna Perencah Sup Siam 

BAHAN-BAHAN
1 paket perencah sup siam
3 ulas bawang putih ditumbuk halus
300 gm daging yang dihiris sederhana tebal
1 batang saderi dipotong bulat
1/2 batang karot dipotong sederhana
3 tangkai lada burung diketuk
1 biji ubi kentang dibelah 4
garam secukup rasa

CARA-CARA
1. Tumis bawang putih hingga wangi, kemudian masukkan prencah sup siam.Tumis sekejap hingga wangi
2. Masukkan air dalam 3 cawan ikut arahan di paket perencah, daging, ubi kentang dan lada burung
3. Tutup dan biarkan mendidih sehingga ubi kentang empuk dan daging pun dah lembut
4. Kemudian masukkan potongan batang saderi dan karot, tutup sekejap biarkan ke semua lembut sikit
5. Agak dah masak semua, boleh perasakan dengan garam sekiranya kurang masin.
6. Siap dah boleh hidangkan ! Perah jus limau nipis untuk menaikkan selera.

Baca sini >>> Resepi Daging Masak Merah Yang Mudah Dan Sedap

JEMPUT TONTON VIDEO DI BAWAH 
                       

5 Comments

  1. Sekarang nak masak dah mudah dah, banyak pengeluar produk segera dipasaran.. Akan dating dah tak payah potong2 bumbu lagi, Ada pun ia nampak sedap dan menyelerakan.

    ReplyDelete
  2. singgah sini jugak....
    eh senanglah resepi ni..nak belilah perencah ni nanti..

    ReplyDelete
  3. betul, banyak sangat jenama perencah sekarang sampai tak tahu nak pilih yang mana

    ReplyDelete
  4. singgah sini jap.. mudah je tengok, nampak sedap.

    ReplyDelete
  5. tak pernah cuba perencah sup yang ni, biasa guna kiub aje...boleh la nanti try

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post