Cara Block Iklan Yang Tak Sesuai Di Youtube | Panduan Youtube #2 | Salam semua, sis perasan yang entri untuk cara dapatkan subscriber letak video watermark tu pageviews naik tinggi. Ramai rupanya nak jadi youtuber ni. hii. Ok faham, mesti ada orang yang macam sis juga kan baca sana sini, bagaimana nak mantapkan ilmu youtuber pulak ni. Kalau ada tindakan tak apa, terus buat, nampak la kita usaha sikit kan. Sebenarnya buat masa sekarang ni nak bincang pasal isu lain.
Setelah sekian lama,ambil masa setahun lebih, baru iklan dah keluar di youtube. Bukan senang nak senang.
Blogger masak - masak yang pernah sis kenal dulu - dulu semua dah ada akaun youtube. Ada yang subscribers dah sampai 10K dah.Ada yang baru nak berjinak - jinak. Blogger Kak Azie yang famous tu dah 70K subscribers tak silap sis.
Jadi, sis pun ambil semangat kat situ untuk ada akaun youtube sendiri. Semua pakat ambil kelebihan yang ada di youtube untuk jana income adsense. Korang tak nak ke, jom mula sekarang. First action, first result.
Benda pertama sekali fikir dalam kepala ni, nak block iklan yang tak patut. Macam adsense untuk blog la jugak. Korang block kan kalau iklan yang tak patut. Ke tak block ni pakai letak jer. Sekali - sekala pergi la tengok iklan - iklan yang menapak di blog korang ya.
Bukan apa, iklan yang tak sesuai tu rasanya tak payah lah nanti income tak berkat. Kalau ada ternampak di blog sis pun tolong bagi tahu tau, sis pun insan biasa ada yang terlepas pandang. Kalau dah tahu URL boleh block siap - siap terus.
Baca juga : 3 Cara Tingkatkan Jumlah Viewers Youtube Dengan Mudah. Nombor #1 Penting Sangat
Disebabkan masa daftar nak mohon adsense untuk youtube kena join Youtube Partner Program. Atau pun bahasa ringkas YPP. Sis mohon terus guna sekali dengan adsense untuk blog.
Orang kata kalau boleh elak kalau sekali dengan blog ni takut jadi apa - apa kat youtube kiranya blog selamat. Tapi sis dah terjoin nak buat macam mana.
Youtube ni sensitif. Bab copyright tu ramai yang kena. Jadi, korang nak selamat upload la video sendiri. Sebab itu, sampai sekarang sis upload video sendiri.
Video sis kat youtube semua video sendiri, bukan upload hasil orang lain. Kata target nak jana income kan. Cari lah rezeki yang berkat.
Mudah - mudahan apa yang diusahakan itu kita boleh cakap kat diri sendiri, ni lah income yang dapat hasil titik peluh sendiri.
Cara Block Iklan Yang Tak Sesuai Di Youtube
Bagaimana nak block iklan yang tak sesuai di youtube ? Buat yang tengah nak kumpul subscribers atau pun tengah nak cukupkan syarat yang youtube bagi.
Nanti ingat, lepas youtube lulus permohonan korang, secara automatiknya untuk block iklan yang tak sesuai tu, korang boleh pergi di dashboard adsense korang ya.
Sis dulu cari jugak kat mana setting untuk youtube ni, rupanya ada kat dashboard adsense tapi untuk nak block iklan jerr.
1. Scroll di bawah sikit, nampak "blocking controls' dan klik
2. Lepas klik "blocking control" nanti korang akan nampak untuk Youtube Host dan terus klik. Untuk "blocking controls" ni dia sekali dengan blog.
3. Kemudian, korang akan nampak macam gambar di atas, ada 3 ke semuanya. Terpulang korang nak buat cara macam mana.
a. Advertiser URLs
b. Sensitive Categories
c. General Categories
Sis pilih cara manual untuk tick sendiri yang mana tak sesuai keluar di youtube. Jadi, korang klik "general categories"
Baca juga : Cara Untuk Dapatkan Subcribers Letak Video Watermark
4. Bila dah klik tu, terus keluar berderet - deret senarai kategori yang ada. Sakit mata sekejap nak belek satu - satu. Siap ada pakej anak - anak pulak. Biasanya iklan yang tak sesuai ni pasal iklan arak dan casino tu. Yang itu sis dah block siap - siap.
5. Sebagai contoh, ni sis klik di bawah kategori pakaian. Tengok tu berderet anak - anak yang keluar. Kalau korang ada masa boleh lah belek satu - satu kat sini.
6. Akhirnya, selepas pilih kategori yang nak kena block tu, nanti ia akan paparkan kat bahagian atas sekali, apa yang kita tick untuk block iklan yang tak sesuai. Setakat ini, sis jumpa yang 3 kategori itu sahaja. Antaranya pasal night club, iklan arak dan casino.
Kesimpulannya
Ok lah itu sahaja sedikit tutorial buat korang yang mana nak tahu bagaimana nak block iklan yang tak sesuai di youtube. Benda ni nak kata tak penting, penting tau sebab kita pun tak nak iklan yang bukan - bukan lalu kat youtube kita. Setting kat sini akan ada selepas Youtube korang dah approved. Semoga dapat jana income yang lagi diberkati. Jangan lupa sudi - sudi subscribe channel sis ya
Link Youtube : https://www.youtube.com/c/WaniSukarno
Apa - apa persoalan yang korang rasa nak tanya, boleh lah komen di bawah ya. Buat korang yang nak jadi youtuber, kena ingat selepas dah dapat approve dari youtube. Cuba lah tapis - tapis iklan yang nak keluar di youtube korang ya.
Baca juga : Maksud "Audience Retention : Apa Kesannya Terhadap Jumlah Views
panduan yang bagus dan bermanfaat ni Wani, terima kasih :)
ReplyDeletePanduan yang menarik tapi sayang, belum berkesempatan untuk monitize lagi. Sedih
ReplyDeletePost a Comment