Ikut 6 Tips Mudah Ini Untuk Kek Marble Cantik Gebu, Lembut Dan Sedap | Salam semua kek marble paling simple nak buat. Tak ada topping bagai tapi makan tak berhenti.
Ada yang cari tips dan teknik dalam membuat kek marble. Mungkin, mereka dah cuba buat tapi tak menjadi keknya.
Tak tahu kesilapan kat mana. Lebih kurang dengan teknik yang betul untuk buat kek. Dalam banyak - banyak kek yang tak ada topping, sis sebenarnya lebih suka kek marble.
Sebut kek marble, sudah terbayang ada corak marble kat atas, bila potong lagi cantik macam corak marble kan. Sebab tu kot dipanggil kek marble.
Ramai peminat kek marble ni kan. Kek marble ni lebih kurang macam kek mentega klasik. Cuma jadikan marble sebab separuh adunan ditambah dengan serbuk koko.
Kalau yang pandai melorek, maka hasilnya pun cantik lah. Kek marble ni sangat best kalau buat makan untuk tea time.

Penyediaan mudah la jugak nak kata susah tak susah kot. Putar pun guna mixer. Lagipun tak payah fikir nak ada topping dah.
Banyak faktor yang diambil kira dalam menghasilkan kek marble yang gebu, lembut dan sudah tentu sedap.
Banyak faktor yang diambil kira dalam menghasilkan kek marble yang gebu, lembut dan sudah tentu sedap.
Kalau yang rasa takut - takut nak buat tu, mungkin rasa tak ada keyakinan nak buat takut tak jadi.
Baca sini : 10 Resepi Kek Yang Sedap Dan Mudah Pilihan Pembaca Di Blog Wani Sukarno
Walaupun kek marble boleh dikategorikan paling senang tapi rasanya ramai masih gagal nak buat kek marble.
Baca sini : 10 Resepi Kek Yang Sedap Dan Mudah Pilihan Pembaca Di Blog Wani Sukarno
Walaupun kek marble boleh dikategorikan paling senang tapi rasanya ramai masih gagal nak buat kek marble.
Biasanya sis suka juga pergi korek ilmu dekat facebook Chef seperti Chef Siti ni. Chef dari Singapura, Banyak buat kelas baking untuk yang nak belajar baking.
Belajar buat kek kena belajar dari kesilapan. Kalau kata buat kek sekali dah jadi, silap tu. Nanti kali kedua tak jadi.
Belajar buat kek kena belajar dari kesilapan. Kalau kata buat kek sekali dah jadi, silap tu. Nanti kali kedua tak jadi.
Macam mana, mungkin adalah yang kita terlepas pandang kan. Kat sini pun ada dah post entri tips dan teknik yang betul untuk membuat kek, lebih kurang lah juga teknik yang sama untuk kek marble, cuma ada pertambahan sikit.
Ini sis kongsi daripada pengalaman juga. Dan juga kongsi tips dari CHEF SITI MASTURA
Ini sis kongsi daripada pengalaman juga. Dan juga kongsi tips dari CHEF SITI MASTURA
Ikut 6 Tips Mudah Ini Untuk Kek Marble Cantik Gebu, Lembut Dan Sedap
1. Pemilihan Jenis Butter
Kek marble yang sedap adalah bergantung juga kepada jenis butter yang digunakan. Kalau guna butter yang berkualiti tinggi seperti Anchor, ScS dan lain - lain.Itu untuk contoh lah ya. Memang lagi sedap guna butter yang mahal.
Dari segi bau, rasa pun dah lain. Ya lah kan kadang- kadang kita nak buat kek nak bajet, asal makan jerr.
Tapi kalau tak sedap guna marjerin tu memang kualiti kek pun tak sedap juga. Seeloknya, guna lah butter yang berkualiti tinggi sikit.
Tapi kalau tak sedap guna marjerin tu memang kualiti kek pun tak sedap juga. Seeloknya, guna lah butter yang berkualiti tinggi sikit.
Kalau nak habis murah pun, korang guna lah Buttercup. Sis pun guna Buttercup. Puas hati lah setakat ni.
Resepi kek marble ni ada macam - macam. Ada yang letak ovalette dan ada resepi yang tidak letak ovalette.
2. Penggunaan Ovalette Dalam Kek Marble
Resepi kek marble ni ada macam - macam. Ada yang letak ovalette dan ada resepi yang tidak letak ovalette.
Sebenarnya fungsi ovalette dalam kek adalah untuk menghasilkan kek lebih spongy sikit selain daripada lembut dan kek jadi lebih gebu. Lepas bakar nampak lain dah permukaan kek.
Macam smooth jer. Itu kalau yang suka tekstur kek marble macam tu, memang dia akan letak lah. Tapi sis tak berapa suka, entah kenapa sebab macam berbau sangat kot.
Ada sis cuba letak bahan ovalette nak buat kek, macam tak boleh nak makan pulak. Ya lah, tekak masing- masing kan.
Ada sis cuba letak bahan ovalette nak buat kek, macam tak boleh nak makan pulak. Ya lah, tekak masing- masing kan.
Citarasa berbeza. Kalau yang suka letak boleh lah letak, kalau suka jenis kek marble klasik tak perlu letak.
Nak tengok rupa kek marble yang guna ovalette, korang boleh google sendiri. Lain sikit bila dah bakar. Dan ini mungkin merupakan tips permukaan kek marble cantik. Korang boleh cuba nanti ya.
3. Nak dapatkan Corak Cantik, Guna Senduk Atau Sudu Yang Sama
Kek marble yang cantik kena tengok bila potong tu, nampak lorekan marble yang menarik. Nak lagi lorekan yang sama, guna lah sudu atau senduk yang sama.Nak tahu cara nak buat corak kek marble tu mudah jer. Boleh tonton video di bawah. Biasa sis guna sudu jer, letak dalam 3 kali setiap kali berselang - seli dengan adunan coklat.
Ada yang buat tompok - tompok, ikut kreativiti masing - masing.
InsyaAllah hasil potongan mesti cantik.
Ada yang buat tompok - tompok, ikut kreativiti masing - masing.
InsyaAllah hasil potongan mesti cantik.
4. Jangan Panik Jika Melihat Kek Mula Gelap Di Dalam Oven
Bila kek berada di dalam oven, nampak kek mula gelap sikit, kadang - kadang kita ni dah panik. Terus nak turunkan suhu.Jangan buat macam tu ya. Buat macam tu kek jadi "tenggelam" di tengah.
Ada caranya untuk elakkan kek menjadi gelap, letak kertas timah di atas kek dalam 15 - 20 minit terakhir masa membakar.
Jangan sesekali turunkan suhu semasa kek tengah dibakar, itulah yang kek jadi tenggelam tu. Tapi sis sendiri buat tak pernah tutup pun dengan kertas timah.
Ok elok jer masak. Nampak keperangan sikit atas permukaan tu, tapi tak adalah hangit. Kalau suhu dan masa yang sesuai rasanya kek akan masak sekata.
5. Gunakan Suhu Yang Sesuai Untuk Bakar Kek
Pernah jadi kek merekah, kalau merekah sikit tak apa lagi. Ni kalau dah merekah macam nak meletus tu, ini mesti ada masalah dengan suhu oven.Oven yang berbeza, suhu untuk bakar kek pun berbeza juga. Suhu bakar kek marble untuk oven sis guna suhu 150 C. Kena faham suhu oven masing - masing.
Jika suhu terlalu rendah pun tidak memberi hasil yang terbaik juga. Jadi tenggelam kek ada.
Jika suhu terlalu rendah pun tidak memberi hasil yang terbaik juga. Jadi tenggelam kek ada.
Sebab itu nak follow resepi orang jangan follow sangat bab suhu tu, ikut suhu oven masing - masing. Nanti tak pasal- pasal ada terhangit kek.
Cara bakar kek marble, pastikan sebelum letak loyang kek ke dalam oven, oven mestilah dipanaskan terlebih dahulu.
Pastikan suhu dan masa juga tepat. Sekiranya dah habis masa, bila test dengan lidi masih keluar basah, itu tanda kek belum masak dan perlu tambah masa.
Gula memainkan peranan penting dalam menghasilkan kek yang berkualiti dan sedap. Selalunya, kalau kita baca resepi ada gula letak banyak sangat mesti kita nak kurangkan betul tak.
Tahu tak jika kurangkan gula terlalu banyak, kek akan cepat "bercendawan", warna kek pun pucat dan kek pun akan keras sedikit.
Salah satu fungsi gula di dalam kek ialah untuk membuat kek tahan lama dan gula memberi warna pada kek dan juga untuk kek menjadi lembut.
6. Pengurangan Gula Boleh Menyebabkan Kek Menjadi Keras Dan "Bercendawan"
Tahu tak jika kurangkan gula terlalu banyak, kek akan cepat "bercendawan", warna kek pun pucat dan kek pun akan keras sedikit.
Salah satu fungsi gula di dalam kek ialah untuk membuat kek tahan lama dan gula memberi warna pada kek dan juga untuk kek menjadi lembut.
Kalau nak kurangkan sukatan gula tu boleh, tetapi tidak boleh kurangkan terlalu banyak ya. Mungkin 10 atau 15 % dari sukatan asal.
Itu lah sahaja 6 tips mudah untuk petua kek gebu untuk kek marble setakat yang sis tahu.
Itu lah sahaja 6 tips mudah untuk petua kek gebu untuk kek marble setakat yang sis tahu.
Kepada yang baru belajar nak buat kek, nak tahu teknik dan tips lain dalam pembuatan kek, boleh klik link di bawah.
Baca sini : 15 Tips Penting Ini Bagi Yang Baru Belajar Nak Buat Kek
Nak cari resepi kek marble lembut, gebu dan sedap, cuba resepi ini. Korang klik jer video di bawah ni ya. Sis guna Buttercup.
Baca sini : 15 Tips Penting Ini Bagi Yang Baru Belajar Nak Buat Kek
Nak cari resepi kek marble lembut, gebu dan sedap, cuba resepi ini. Korang klik jer video di bawah ni ya. Sis guna Buttercup.
Kalau guna butter yang berkualiti lagi sedap. Jangan lupa klik di description untuk resepi kek marble.
Cara Simpan Kek Marble Tahan Lama
Kalau tanya sis kek marble tahan berapa lama ? Jawapan sis bergantung, biasanya kek kalau dah bakar hari ini.
Bila dah semalaman kat luar, memang lusa tu, masukkan dalam peti sejuk bahagian bawah.
Tak pernah sis simpan dalam seminggu kat luar. Nak lama lagi korang simpan frozen, Nanti nak makan boleh panaskan balik.
Ok, itu saja. Selamat mencuba.
Assalamuallaikum dan selamat hariraya Wani,
ReplyDeletesedapnya nampak kek marble Wani, elok nampak kejadiannya. Tkasih atas tipsnya ya, kak Watti pun suka kek ni.
Assalamuallaikum dan selamat hariraya Wani,
ReplyDeletesedapnya nampak kek marble Wani, elok nampak kejadiannya. Tkasih atas tipsnya ya, kak Watti pun suka kek ni.
bagus juga perkongsian tips ni sebab wana pun suka buat kek marble.. tq wani.. :)
ReplyDeleteTips yang menarik. Kalau nak cuba buat nnti boleh la ikut tips yg wani bg ni
ReplyDeleteTips yang bagus
ReplyDeleteBagus tips ni
ReplyDeletesaya pun suka kek marble, lagi2 kalo lembut dan tak kering...sedap!
ReplyDeletePost a Comment