Bacaan Talkin Lengkap Dalam Bahasa Rumi Untuk Kita Menginsafi Diri

Bacaan Talkin Lengkap Dalam Bahasa Rumi Untuk Kita Menginsafi Diri | Salam semua, dah lama post ni dalam draft. Bila dengar semalam abah sis bagi tahu yang Ayah Chik ada jemput ke majlis tahlil untuk arwah anaknya sabtu depan, sis baru teringat dah  cukup sabtu depan genap 40 hari arwah pergi. Sis teringat yang post ni masih dalam draft. Tapi kami tak  dapat pergi Sabtu depan. Mungkin kami sekeluarga akan pergi sebelah malam, semua adik beradik sis balik kampung, lagipun Sabtu depan tu ada majlis.

Bacaan Talkin Lengkap Dalam Bahasa Rumi Untuk Kita Menginsafi Diri

Baru - baru ini, sis banyak mendapat perkhabaran di facebook tentang sahabat - sahabat yang telah pergi meninggalkan dunia yang bersifat sementara ini. Kebanyakan kawan geng masak yang pernah request wani dulu di facebook. Yang seorang tu dapat tahu sebab suami arwah mewakili facebook kepunyaan arwah dengan memberitahu status bahawa arwah sudah tak ada.

Semoga arwah ditempatkan ke dalam golongan orang yang soleh. Sis terfikir adakah kematian kita nanti akan ada perkhabaran di facebook mungkin diwakili dari ahli keluarga untuk memaklumkan bahawa kita sudah tidak ada lagi di dunia ini. Mungkin ?.

Kita pun bakal menyusul, semoga kita berusaha untuk mempertingkatkan amalan kita untuk dituai di akhirat kelak. Mudah - mudahan Allah mengampuni dosa kita dan terima ibadah kita selama ini.

Sampai sekarang masih terdengar alunan suara tok imam yang membaca ayat bacaan talkin semasa pengebumian arwah sepupu dulu. Terasa masih baru .Kadang - kadang teringat, Memang diri terasa takut dan gementar  tubuh. Kalau sebelum ini, sis hanya tonton dalam drama tv.

Tapi tidak ada "sesuatu" yang membangkitkan perasaan dalam diri. Kali ini betul - betul depan mata. Menghayati dengan tekun walaupun sekali sekala suara tok imam tenggelam sebab jarak tempat sis berdiri agak jauh sikit.

Pernah terbaca cuba gantikan SAYA BIN IBU SAYA. Dengan nama kita agak - agak apa perasaan kita nanti.

Mati Itu Pasti


Bacaan Talkin Lengkap Dalam Bahasa Rumi Untuk Kita Menginsafi Diri

Tidak ada nak niat untuk menakutkan cuma ingin mengingatkan daripada terus dalam kealpaan apa tujuan kita hidup di dunia ini. Kadang - kadang kita tenggelam sekejap dengan perhiasan dunia yang sementara, tapi untuk terus berada di jalan yang betul kena pandai seimbangkan untuk kehidupan dunia dan di akhirat.ayat  bacaan talkin ni sis ambil dari doa ayat dan zikir.

Arwah nenek dan atok wani sebelah bonda dah tak ada. Bonda wani baru sahaja kehilangan bapa saudara yang terakhir  iaitu adik arwah atok wani yang telah dijemput pencipta beberapa hari lepas. Bermakna satu generasi adik beradik sebelah atok dah tak ada.

Hanya tinggal adik perempuan terakhir arwah nenek iaitu mak saudara bonda sis. Sumber bacaan talkin ni sis dapat kat  SINI

Semoga dengan merenung bacaan talkin, kita dapat memahami maksud yang disampaikan. 

Bacaan Talkin Lengkap dalam Bahasa Rumi 

Maha Suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam.
Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa.
Maha Suci Tuhan yang menjadikan mati.
Dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.
Maha Suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran.
Untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai.
Dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.
Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa.
Melainkan zat Allah Taala, Dialah Tuhan yang Maha Besar berkuasa menghukum.
Manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadhrat Allah Taala.
Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA.
Hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah.
Yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.
Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.
Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah.
Dengan sebenar-benarnya melainkan Allah.
Dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.
Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA.
Apabila datang kepada kamu dua malaikat yang serupa dengan kamu.
Iaitu Mungkar dan Nangkir, maka janganlah berasa gentar dan takut.
Janganlah kamu berdukacita dan risau.
Serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.
Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA.
Bahawasanya Mungkar dan Nangkir itu hamba Allah Taala.
Sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.
Apabila mereka menyuruh kamu duduk.
Mereka juga akan menyoal kamu.
Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka.
Dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul.
Janganlah berasa gementar, janganlah cuak.
Dan janganlah bergopoh-gapah.
Biarlah tenang dan berhati-hati, hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu kiblatku,
Malahan solah lima waktu,
Puasa di bulan Ramadhan,
Mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku,
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,
Bahkan dari masa hidup hingga aku mati
Aku mengucap: “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah”.
Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu.
Inilah dia suatu dugaan yang paling besar.
Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh.
Sehingga sampai satu masa kelak.
Kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.
Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA.
Bahawasanya mati ini adalah benar.
Soalan malaikat Mungkar dan Nangkir di dalam kubur ini adalah benar.
Bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar.
Berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar.
Dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar.
Minum di kolam air nabi adalah benar.
Ada syurga dan neraka adalah benar.
Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya.
Begitu juga Tuhan yang Maha Berkuasa.
Akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.
Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah.
Dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.
Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu.
Tuhan jua yang menetapkan hati kamu.
Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala.
Menjinakkan hati kamu yang liar.
Dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu.
Yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini.
Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan.
Dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.
Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak
diseksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.
Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalhamdulillahi
rabbil alamin.


Diharapkan bila membaca atau mendengar setiap patah perkataan untuk bacaan talkin dalam bahasa rumi ini, dapat membuka hati, buka minda yang hidup kita atas dunia ini adalah bersifat sementara. 
Setiap yang bernafas, pasti akan mati – “Kullu nafsin za iqatul maut”

Baca Juga : 

2 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post